CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Swasta Tidak Boleh Naikkan Caj Sewenang-Wenangnya

20-12-2013 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10998| Komen: 69


KUALA LUMPUR 19 Dis. - Kos rawatan hospital swasta dikawal oleh kerajaan menerusi Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2006, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Katanya berpandukan peraturan itu, hospital swasta tidak boleh menaikkan kos rawatan dengan sewenang-wenangnya.
"Sekiranya ada sebarang rungutan, pesakit boleh membuat aduan kepada kementerian," katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Yunus Kurus di Dewan Negara hari ini.

Yunus meminta penjelasan mengenai garis panduan terkini berhubung kos rawatan hospital swasta berikutan banyak dakwaan berhubung caj rawatan yang dikenakan melambung tinggi.

Terdahulu menjawab soalan asal Yunus, Dr Hilmi berkata kerajaan memperuntukkan RM54 juta kepada kementerian untuk melaksanakan pendidikan kesihatan kepada rakyat.

Beliau berkata menerusi pendidikan kesihatan itu kementerian membuat pelbagai program bagi menggalakkan rakyat mengamalkan cara hidup sihat, antaranya menerusi pengedaran risalah dan kempen kesihatan kepada pelajar sekolah.

"Bagi mengekang kos rawatan dan perubatan kesihatan yang meningkat setiap tahun, kementerian mengambil pendekatan pencegahan penyakit oleh kerana kos rawatan bagi penyakit seperti kanser dan jantung adalah tinggi," katanya.

"Kempen-kempen yang dijalankan adalah seperti Program Communication for Behavioural Impact (Combi), pelaksanaan Program Komuniti Sihat, Perkasa Negara (Kospen), memperkenal pusat-pusat promosi kesihatan komuniti dan program Doktor Muda bagi murid sekolah," katanya. 

5

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 19-12-2013 03:35 PM
dah nama pun spital swasta
Quote sueism 19-12-2013 03:36 PM
Spital swasta
Quote Anak_Nogori 19-12-2013 03:40 PM
yg kurang mampu tu nak beli motor pun susah...jangan ngada2 pi hospital Swasta plak...memang mahal..gi klinik kerajaan...bayar sehinggit je..lepas tu tolong bising..svsnya lambat..ubatnya tidak mujarab..
Quote haryatie 19-12-2013 03:45 PM
da nama nya swasta..mahal la.
kan org2 yg byk duit jerk suka pegi swasta....x kan merungut kut..da duit byk tentu la x de hal...
kalau rasa x mampu pegi la siptal gomen..
Quote krustykrab 19-12-2013 03:46 PM
rugi aku tak ambik medik dulu...kalau tak dah kaya jadi dokter
Quote Anak_Nogori 19-12-2013 03:49 PM
dino posted on 19-12-2013 03:35 PM
dah nama pun spital swasta

nak gak saya dengar..di negara maju charge hospitalnya lagi murah..
Quote isms 19-12-2013 03:49 PM
gomen murah, sevisnya pun murah
swasta mahai, sepadanya ler dgn sevisnya

sekian laporan dari aku yg pernah warded kt spital gomen n peh2 refer ke swasta
mahai2 tp puas ati, berbaloi ler ngan apa yg dibayar
dpd murah, tp ko x puas ati, semua nak kena ajo n tanya
Quote siti_kus 19-12-2013 03:51 PM
tp mahal melampau2.
Quote toksira 19-12-2013 03:54 PM
Timbalan menteri kata sekiranya ada sebarang rungutan, pesakit boleh membuat aduan kepada kementerian

Lepas tu apa kementerian nak buat?
Re-imburse duit tu kpd pengadu ke?

Or simply keluarkan satu lagi press statement utk remind hospital2 swasta agar tak charge gila2
Banyak mana aduan yg kementerian perlu terima sebelum bertindak?
Se guni surat aduan/

Macam la diorang tu kesah sangat reminder mcm tu...
Quote annehuda 19-12-2013 03:56 PM
pendek kata, jagalah kesihatan dr skrang... sbb tulah harga ayam ikan daging suma naik skrang sbb kerajaan nk suruh kite makan sayur sihat tubuh badan tau
Quote misspokoyo 19-12-2013 04:03 PM
kalo rasa2 tak mampu.. tak payah lah g spital swasta.... g gomen je... gomen pon byk dah improve skrg...
Quote isms 19-12-2013 04:04 PM
rsnya x  dok isu pun
sbb tiada unsur paksaan
kalau mampu g swasta
x mampu dok ler gomen
Quote True-X 19-12-2013 04:04 PM
G je klinik gomen..cabut gigi kl peknen free jaaa..kl x peknen pon lagi murah dr rege nasi ayam
Quote neotoxin 19-12-2013 04:04 PM
misspokoyo posted on 19-12-2013 04:03 PM
kalo rasa2 tak mampu.. tak payah lah g spital swasta.... g gomen je... gomen pon byk dah improve skr ...

tak sabar menanti
Quote R2D2 19-12-2013 04:07 PM
ada jugak yg pergi swasta tu sambil2 nk tunjuk sebab cover dgn medical card
Quote little_sis 19-12-2013 04:07 PM
betul, kena jaga kesihatan dan pemakanan, bersenam etc... lps tu kalo dpt penyakit pun, sekurang2nya dh berusaha jaga kesihatan..
Quote misspokoyo 19-12-2013 04:07 PM
neotoxin posted on 19-12-2013 04:04 PM
tak sabar menanti

tp swasta pon blh tahan gak..me time check up kat swasta.. sama lama dgn check up kat gomen.. hantar anak kat swasta pon sama... dekat 2,3 jam... tp cara periksa mmg tip top r
Quote dualchicks 19-12-2013 04:09 PM
bila kutuk hospital kerajaan...pastu complain pembangkang kecoh ... vuduh
Quote Anak_Nogori 19-12-2013 04:10 PM
annehuda posted on 19-12-2013 03:56 PM
pendek kata, jagalah kesihatan dr skrang... sbb tulah harga ayam ikan daging suma naik skrang sbb ke ...

termasuk harga gula dan rokok.

agak2 statistik yg pi hospital tu berpenyakit apa?..

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.052124 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top