CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Port Lepak Samseng

23-12-2013 10:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15019| Komen: 31

                                                                            
Keadaan kawasan perumahan yang tidak terurus.                                                                                                                                   

RAWANG - Penduduk Taman Rawang Putra dalam dilema mengenangkan nasib mereka yang tinggal di kawasan perumahan bermasalah dari segi kemudahan dan keselamatan disebabkan tiada jawatankuasa bangunan sejak beberapa tahun lalu.
       
Selepas ambil alih sistem pengurusan pemaju kepada penduduk, beberapa masalah mula dikesan termasuk kegagalan penghuni menjelaskan bil penyelenggaraan dan beberapa pemilik mula menyewakan rumah.
       
Sebanyak 30 peratus unit tersebut kini kosong dan terdapat di antaranya telah dirosakkan, diceroboh dan dijadikan rumah sampah.
       
Seorang penduduk, Sabariah Abd Hamid, 43, berkata, untuk Blok B yang didudukinya hanya enam unit diduduki pemilik asal dan bakinya adalah penyewa selain banyak unit kosong dijadikan kawasan lepak didakwa kumpulan samseng.
       
“Saya beli rumah masa tahun 2006 dan ketika itu pengurusan berada dalam keadaan baik, berbeza dengan sekarang apabila kawasan di sini tidak terurus dan kotor.
       
“Faktor terlalu ramai penyewa menyebabkan usaha mengumpulkan yuran penyelenggaraan buntu menyebabkan kini perkarangan kawasan perumahan tidak berpagar menyumbang kepada perlakuan jenayah termasuk kereta saya pernah hilang dua tahun lalu dan sehingga kini belum ditemui,” katanya.
       
       
Seperti kampung warga asing
       
Seorang lagi penduduk, Siti Noraizi Soid, 33, berkata, penyelesaian perlu ada iaitu dengan melantik jawatankuasa dan ia perlu dilakukan dengan kerjasama semua penduduk.
       
“Kami seperti hidup dalam perkampungan warga asing dan kami mahu hidup seperti dulu.
       
“Sekarang masalah kerosakan, penyelenggaraan, pengurusan sampah dan kecurian tiada pihak yang menguruskan menyebabkan kebajikan kami terabai,” katanya.
       
Seorang lagi penduduk, Tan Lay Hoon, 46, berkata, ada merancang untuk berpindah namun sayangkan rumahnya di kawasan itu dan bimbang sekiranya dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
       
“Rumah di sini tidak boleh dijual kerana sudah empat tahun tidak bayar cukai tanah menyebabkan tiada wang untuk menyewa atau membeli rumah lain.
       
Saya sangat berharap jawatankuasa dapat dilantik dan menyelesaikan permasalahan secara baik kerana tidak sanggup hidup dalam tekanan apabila terlalu banyak kecurian berlaku,” katanya.

10

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-12-2013 09:48 AM
dah tahu port lepak samseng kenapa polis tak pantau dan tak selesaikan masalah ni?
Quote Kassim_Patalon 22-12-2013 09:48 AM
pilis tak nak pantau karena mureka hanya sekadar melepak
Quote noor2 22-12-2013 09:52 AM
Kassim_Patalon posted on 22-12-2013 09:48 AM
pilis tak nak pantau karena mureka hanya sekadar melepak

...............
Quote sueism 22-12-2013 09:58 AM
Kassim_Patalon posted on 22-12-2013 09:48 AM
pilis tak nak pantau karena mureka hanya sekadar melepak

tak salah pun melepak kalau melepak pun kena pantau
samseng dah tak boleh lepak cuma boleh lepak kat
rumah mak pak aje , apa standard telur samseng kan?

Quote Irwan-Ahmad 22-12-2013 10:21 AM
aku rasa umno akan terus pimpin sampai 20 tahun lagi ...so sebagai rakyat mesia elok la stenbai duit yg cukup utk sentiasa pindah bila kawasan sekitar rumah dah dibanjiri warga asing atau mat rempit  

ada kawan aku pon menghadapi masalah camni,   jiran dia cuma satu keluarga melayu dan satu lagi cina,  yg lain semua india dan bangla,  dgr citer cina tu dah sedang kumpul duit utk pindah




calling ...@lompatikam @Anak_Nogori  @mashimaru83   

nak tanya camner islam boleh bantu Melayu cari lebih banyak duit utk sentiasa pindah ke kawasan perumahan lain bila tempat tinggal asal dah kd kampung rempit, hisap, warga asing,  india ?   
Quote Irwan-Ahmad 22-12-2013 10:28 AM
@noor2  @Kassim_Patalon  : kenapa polis tak pantau dan tak selesaikan masalah ni?

________________________


pasal polis kita sibuk nak pakai spender bertanding bina badan ...utk mengharumkan nama mesia









pastu ramai datin akan call....


polis kita bz ni ...  ............ 'baaaannn   nyak'   kerja dia



Last edited by Irwan-Ahmad on 22-12-2013 10:29 AM

Quote noor2 22-12-2013 10:32 AM
Irwan-Ahmad posted on 22-12-2013 10:28 AM
@noor2  @Kassim_Patalon  : kenapa polis tak pantau dan tak selesaikan masalah ni?

_______________ ...

kisahnya....
Quote HUHA 22-12-2013 10:33 AM
asyik2 sinar harian ...
Quote Kassim_Patalon 22-12-2013 10:35 AM
polis tu ada buat servis escort tak? outcall boleh?
Quote Irwan-Ahmad 22-12-2013 10:43 AM
noor2 posted on 22-12-2013 10:32 AM
kisahnya....

pape pon sazali samad mmg hensem,  bini aku suka spender dia yg no 4 tu,  asik bising dgn aku gi beli spender camni dan pakai masa malam romantik



mampus la aku,  entah mana nak gi beli spender seksi camni   patut la ada ulama yg jeles pastu ckp 'hukum bina badan'



[youtube]2pyNilLrujc[/youtube]

[youtube]9CwFEpfs6hE[/youtube]
Last edited by Irwan-Ahmad on 22-12-2013 10:48 AM

Quote noor2 22-12-2013 10:49 AM
Irwan-Ahmad posted on 22-12-2013 10:43 AM
pape pon sazali samad mmg hensem,  bini aku suka spender dia yg no 4 tu,  asik bising dgn aku gi b ...

hensemkah? idakla i kenal siapa dia..tp mcm pernah tgk la muka dia ..pelakon ke hape..

Quote pakwetizzaqyah 22-12-2013 11:02 AM
mana ayahando?
Quote Irwan-Ahmad 22-12-2013 11:05 AM
noor2 posted on 22-12-2013 10:49 AM
hensemkah? idakla i kenal siapa dia..tp mcm pernah tgk la muka dia ..pelakon ke hape..

nangis jelah kebanggaan ketuanan pulak noor tak kenal  



Quote noor2 22-12-2013 11:06 AM
Irwan-Ahmad posted on 22-12-2013 11:05 AM
nangis jelah kebanggaan ketuanan pulak noor tak kenal

dia ada belakon pilem yusuf selam tak? hiks...i ni bukan suka duk puja2 org.. tu sebab i tak kenal sapa pun...nak sebut nama pelakon pun payah...cuma kenal lakonan ja...
Quote Irwan-Ahmad 22-12-2013 11:12 AM
noor2 posted on 22-12-2013 11:06 AM
dia ada belakon pilem yusuf selam tak? hiks...i ni bukan suka duk puja2 org.. tu sebab i tak  ...

ntah la,  aku dah lama tak layan tibi
Quote Irwan-Ahmad 22-12-2013 11:15 AM
noor2 posted on 22-12-2013 11:06 AM
dia ada belakon pilem yusuf selam tak? hiks...i ni bukan suka duk puja2 org.. tu sebab i tak  ...

tapi noor,  penah jugak dgr polis dan tentera tak boleh join bidang entertainment termasuk modeling,  entah undang dah tukar ke
Quote noor2 22-12-2013 11:15 AM
Irwan-Ahmad posted on 22-12-2013 11:12 AM
ntah la,  aku dah lama tak layan tibi

kat rumah tak dak tb kah? tu wife tgk spender lelaki tu kat mana? bukan klat tv gak ke...hiks lawak la pulak




i nak logoutla...nak keluaq
Quote PEPPERMAN 22-12-2013 11:22 AM
kenapa polis tak pantau?

sebab takda orang buat report?
Quote mashimaru83 22-12-2013 11:37 AM
Irwan-Ahmad posted on 22-12-2013 10:21 AM
aku rasa umno akan terus pimpin sampai 20 tahun lagi ...so sebagai rakyat mesia elok la stenbai duit ...
Irwan-Ahmad
nak tanya camner islam boleh bantu Melayu cari lebih banyak duit utk sentiasa pindah ke kawasan perumahan lain bila tempat tinggal asal dah kd kampung rempit, hisap, warga asing,  india ?
Apakah terdapat dalam hukum Islam menyuruh umatnya pindah ke kawasan perumahan lain apabila tempat tinggal asal dah jadi seperti yg anda cakap?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.194269 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top