CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati-Hati Selepas Keluarkan Duit Melalui Atm

23-12-2013 10:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13187| Komen: 82

Gambar hiasan



Shah Alam: “Lelaki yang menetak saya bagaikan binatang kerana tergamak bertindak begitu sehingga hampir meragut nyawa saya walaupun wang yang disamun sudah diperoleh,” kata Ismail Zainal, 54, mangsa samun tiga lelaki berparang di tempat letak kereta berhadapan Bangunan UMNO, Seksyen 14, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 11.10 pagi itu, Ismail yang juga pegawai kewangan sebuah syarikat swasta baru mengeluarkan wang syarikat berjumlah RM3,500 daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank berhampiran tempat kejadian.


Menurutnya, selesai mengeluarkan wang, dia menuju ke tempat letak kereta tanpa mengesyaki ada yang memerhatikannya dan ketika kejadian, kawasan tempat letak kereta berkenaan lengang.

Beliau berkata, dia menuju ke keretanya kerana perlu menyerahkan wang berkenaan kepada kerani syarikatnya sebelum sebuah kereta Proton Saga BLM tiba-tiba berada di belakang, menghalang keretanya.


“Seorang lelaki berpakaian kemas keluar dari kereta berkenaan dan terus merampas sampul surat berisi wang RM3,500 yang dipegang saya. “Takut dicederakan, saya tidak melawan ketika suspek merampas sampul berkenaan. Walaupun sampul surat berisi wang sudah dirampas, tiba-tiba seorang rakan suspek keluar dari kereta dan terus menghayun parang mengenai bahagian kanan kepala saya sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana sempat mengelak hayunan parang itu daripada mengenai tepat kepalanya.


Kejadian itu disedari seorang lelaki yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian yang kemudian membawanya ke sebuah hospital swasta berhampiran dalam keadaan berlumuran darah. Mangsa sempat memaklumkan kepada isterinya, Noor Nita Ahmad, 50, mengenai kejadian sebelum anak lelaki sulungnya membuat laporan polis.

Pasukan perubatan mengambil masa dua jam untuk merawat kecederaan itu termasuk menjahitnya kerana tetakan berkenaan menyebabkan luka agak dalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan mengenai dan berkata satu pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Darah (IPD) Shah Alam kini sedang berusaha mengesan suspek.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian sudah dijalankan dan rakaman percakapan beberapa individu yang melihat kejadian sudah diambil.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkawan menggunakan senjata yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ushioz 21-12-2013 10:47 AM
malaysia masih aman.
Quote farah.noty 21-12-2013 10:49 AM
vavi nye penyamun nih.
Quote ellZack 21-12-2013 10:49 AM
cara apa yang selamat untuk keluar duit dalam jumlah yang banyak?
Quote carly_lah 21-12-2013 10:51 AM
bahayanya... mesti depa dah aim dari mula dia kuarkan duit tue.... erm... nauzubillah....
Quote siti_kus 21-12-2013 10:51 AM
Kurang ajar. Dh ambik duit dh la. Eeei geram aku
Quote tri-max 21-12-2013 10:53 AM
Musim Bonus & gaji ...
penyangak AMIK kesempatan, sib baik 3500 jer, klu 35K
Quote magnus 21-12-2013 10:53 AM
Lahanetnyelah penyamun...
Quote TuntungReturn 21-12-2013 10:56 AM
ellZack posted on 21-12-2013 10:49 AM
cara apa yang selamat untuk keluar duit dalam jumlah yang banyak?


kalau nak bank in duit,nak kuwakan duit jumlah yg banyak boleh mintak bantuan polis tolong ikot...tips nak pegi bank jgn dok pakai kemas2..pakai paling selekeh....

Quote R2D2 21-12-2013 10:57 AM
kalau pun selamat lps keluarkan duit
hati2 pulak ketika dlm kereta
kes yg pernah berlaku
masa trafik jem cermin dipecahkan
pemandu terpinga-pinga..mcm mana nk kejar
jalan tgh sesak
Quote kumboiNyoq 21-12-2013 10:59 AM
malaysia sgt aman
Quote GhostWalking 21-12-2013 10:59 AM
Takutnya weh
Quote silingdiong 21-12-2013 11:03 AM
Pee Emm mendengar tentang masalah keselamatan rakyat....

iya, dia dengar...dan masih mendengar...dan masih mendengar...dan masih mendengar...(ulang 1000x)....
Quote spiderman80 21-12-2013 11:08 AM
Saya percaya Akak Rosmah pun takut juga nak keluarkan duit kat ATM kan? Saya percaya suaminya Najib akan menemaninya ke ATM setiap kali beliau memerlukan wang untuk beli barangan dapur.
Quote R2D2 21-12-2013 11:09 AM
silingdiong posted on 21-12-2013 11:03 AM
Pee Emm mendengar tentang masalah keselamatan rakyat....

iya, dia dengar...dan masih mendengar... ...

ya
mereka mendengar sebab tu akan ada lab
sebab tu diletak byk billboard...duit projek masyuk!
Quote ellZack 21-12-2013 11:10 AM
TuntungReturn posted on 21-12-2013 10:56 AM
kalau nak bank in duit,nak kuwakan duit jumlah yg banyak boleh mintak bantuan polis tolong ikot. ...

alhamdulillah..
untung la aku tak yah pura2 selekeh sebab memang dah sedia selekeh..
tapi nak cari polis hensem untuk escort tu macam susah je..
btw, cadangan diterima..


Quote eny 21-12-2013 11:11 AM
utk ummah moslem sunni leh amalkan bc ayat kursi,,nk upah bodyguard kite bkn PM, kembali sj ke 'silent defence weapon'
Quote HannahMontana 21-12-2013 11:13 AM
ellZack posted on 21-12-2013 10:49 AM
cara apa yang selamat untuk keluar duit dalam jumlah yang banyak?

masa org ramai ko ambil peluang,,,jgn pergi time sunyi dan bank sudah tutup.

kalau ko tetap ken tetak dna samun ,ko pergi jumpa heshamuddin ,tanya dia, part mana di Malaysia ni yg masih aman....sebelum ko minta ganti-rugi apa yg patut sebab kononnya ko ni percaya sgtlah cko heshamudin yg Malaysia masih aman.
Quote azin 21-12-2013 11:23 AM
Seharusnya msia perluaskan penggunaan bank kad sbb sy di oz jarang ade cash dlm tgn..hampir semua kedai boleh swipe bank kad je, dan online banking..
Quote ellZack 21-12-2013 11:26 AM
HannahMontana posted on 21-12-2013 11:13 AM
masa org ramai ko ambil peluang,,,jgn pergi time sunyi dan bank sudah tutup.

kalau ko tetap ken ...

jumpa heshamudin and tetak dia dulu sebelum tanya part mana malaysia ni selamat..
giteww..


Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.038255 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top