CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ramai tak sedar bahana pil kurus!

30-10-2012 09:41 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 29947| Komen: 149



KUALA LUMPUR – Keinginan mempunyai badan yang cantik dan langsing dengan cepat menyebabkan sebilangan pengguna hari ini tidak menghiraukan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan yang boleh membahayakan diri mereka.

Ada antara mereka yang cuba mengambil jalan singkat untuk mengurangkan berat badan tanpa mengamalkan diet yang seimbang sehingga menyebabkan mereka menderita penyakit seperti bulimia (memuntahkan makanan) dan anoreksia (takut untuk makan).

Lebih membimbangkan, terdapat pihak yang terlalu taksub dengan kempen penjualan pil-pil kurus seperti pil Duromine yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada diri sendiri.

Pil berkenaan tidak boleh dibeli di farmasi ataupun kedai ubat kerana ia merupakan ubat kawalan dan boleh didapati melalui preskripsi doktor sahaja.

Menurut seorang pengamal perubatan, Dr. Hamdi Mohd. Noor (gambar kecil), pil Duromine sebenarnya hanya dibenarkan kepada mereka yang mengalami risiko perubatan sekiranya terus mempunyai berat badan berlebihan.

Beliau berkata, pil tersebut akan bertindak merangsang otak untuk mengawal selera makan seseorang.

“Duromine juga cuma diberikan kepada mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang melebihi 30  agar berat badan mereka dapat dikurangkan.

“Ia selalunya diambil untuk tempoh masa yang singkat dan sekiranya tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dua minggu maka pengambilannya harus dihentikan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Dalam perkembangan yang sama, Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr. Norfazilawaty Abdul Latif memberitahu, pil tersebut mempunyai banyak kesan sampingan yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

“Sesiapa yang mengambil pil tersebut sebenarnya berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti kegagalan buah pinggang, gangguan atau susah untuk tidur, sembelit, mati pucuk dan banyak lagi.

“Pil tersebut juga akan mengganggu metabolisme hati di mana hati tidak dapat memproses glukosa dengan sempurna dan akhirnya ia akan menjejaskan kesihatan,” katanya.

Tambah Norfazilawaty, pengambilan pil tersebut merupakan jalan terakhir kepada mereka yang mengalami masalah berat badan kerana ia bukanlah cara yang betul untuk mengurangkan berat badan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan supaya mengubah cara hidup yang sedia ada kepada amalan yang lebih sihat.

Ujarnya, menjaga pemakanan, bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang  merupakan cara yang  sihat dan tidak membahayakan kesihatan.


1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 30-10-2012 07:48 AM
janganla makan mentekedarah...tu sebab gemok..
Quote shernazz 30-10-2012 07:49 AM
member aku makan pil lami..
lame2 dia rase berdebor2..cm nak buat keje cepat aje
aku pon ade makan..pastu aku rasa cm nak makan pon tak selera..terus brenti..
dia makan sampai menggigil..
terus aku soh dia stop...insaf seketika
Quote noor2 30-10-2012 07:57 AM
shernazz posted on 30-10-2012 07:49 AM
member aku makan pil lami..
lame2 dia rase berdebor2..cm nak buat keje cepat aje
aku pon ade makan ...

bahayanya...
Quote gaara_X 30-10-2012 08:31 AM
gemok ke..kurus ke.....syukur laa ngan apa yang ada...nak sihat..amalkan makan secara sihat.....bukan amik benda yang memudaratkan...tak semua orang cun, handsome semuanya bagius......
Quote AHMADVW 30-10-2012 08:35 AM
duromine ni ubat cut selera makan
xenixal ubat buang minyak

kalau model /fitness. bodybuilder biasa pkai fat burner,,nak bg ripped , ketat muscle
Quote putehkundor 30-10-2012 08:43 AM
nak kurus kena usaha sendiri. jgn bergantung dgn ubat ubatan.

bersenam, lebihkan pergerakan. kira secara kasar jumlah kalori yg kita ambil.
portion size kena kawal.

dah mcm2 tragedi yg kita dengaq tentang bahaya pil2 kurus ni.
tapi makin ramai sykt berlumba lumba keluarkan benda2 cam ni....
kita pun jd rambang mata..
Quote TanSriJess 30-10-2012 08:47 AM
ubat kurus bg pompuan yg paling mujarab -- " makan hati "
Quote missus_meow 30-10-2012 08:48 AM
rsnye ade gak yg sedar n tau ... tp nk short cut punye pasal - xmo exercise, mkn x ingat ... telanlah pil nk senang katenya
Quote surwanis 30-10-2012 08:49 AM
shernazz posted on 29-10-2012 11:49 AM
member aku makan pil lami..
lame2 dia rase berdebor2..cm nak buat keje cepat aje
aku pon ade makan ...

mcm ubat utk gym tu je bunyik nye

Quote BidadariAnggun6 30-10-2012 08:55 AM
nak kurus tapi malas... cuba la bersenam, join gym... cari instructor yg hot, pinoy yang ensem.. baru semangat nak bersenam hari2 ..
Quote ogata 30-10-2012 08:55 AM
bagi aku la stok2 yg nak kurus dan nak diet ne ada sebahagian nya stok bodoh piang..diet tu bukan bermaksud langsung xmakan dan makan pil kurus.. diet blh la juga d ertikan jaga pemakan dan makan dgn kadar yg tertentu..

cth cousin aku sendiri..2 org amal diet...sorg guna pil pelansingan bdan dan makan pil kurus..tapi masyaAllah makan melantak mcm pelihara hantu raya 10ekor....makan pil diet p pemakan xjaga..dah tu bila rasa makan byk esok stop mkn..ikat perut langusng  tak nak sentuh makanan..biar perut kosong.. tup tup bang~ pengsan masuk hospital usus berdarah sebab asid dlm perut melampau2 dan usus jadi tipis kesan dr pil pelansingan dan slimming teh...


berbeza dgn cousin aku yg sprg..gemuk gedempol..nekad nak kurus...xda nye ambik pil bagai..jaga pemakan..bersenam..xmakan makanan berminyak...makan sayur buah- buahan makan sup..tapi xmakan nasi selama 5bulan..hasil memuaskan..dari 75kg ke 57 kg dlm masa 5bulan..sikit pun duit xruak beli pil pelansing.
Quote salimrock 30-10-2012 08:57 AM
noor2 posted on 30-10-2012 07:57 AM
bahayanya...

yea noor, ubat kurus ni lah yg paling bahaya, bikin spoilt mood, kawan wa pernah makan, dia siap nasihat org lain agar jgn cuba pil ni,

kawan wa yg sorng pun pernah, makan sebijik je, pastu tak leh tido, menggigil, berdebar2 , pastu tobat tak makan ubat ni lagi...

wa pernah tgk kat tv pun ada sorang pompuan ckp dia amik pil ni pasal nak kurus, tp apa guna kurus kalo diri kita tak happy, bad mood je, tido tak cukup
Quote noor2 30-10-2012 09:03 AM
salimrock posted on 30-10-2012 08:57 AM
yea noor, ubat kurus ni lah yg paling bahaya, bikin spoilt mood, kawan wa pernah makan, dia siap n ...

bahaya sampai bawak ke jantung...

adik lelaki noor pulak dia nak gemuk..dia makan pil gemuk tanpa pengetahuan keluarga..berapa kali dia makan..muka bengkak..kaki bengkak..mengelabah mak pi bawak klinik..doktor kata bahaya nasib baik belum lagi merosakkan organ penting mcm buah pinggang dan jantung...sejak tu dia tak makan lagi....sampai sekarang badan dia kurus jela..
Quote srikandicintaku 30-10-2012 09:15 AM
sy pnh mkn acai berry...
rase mnyesal..ptutlar sjk mkn tu..dada sy sllu sakit2...xde selra makan..rupenyer pil tu beracun...
lpas tu serik dh nk mkan pil2 diet nih...
Quote cemp 30-10-2012 09:15 AM
cemp plak kalo susah ati lagi kuat makan
serik da nak ambik pil kurus ni..
dulu penah ambik pil merit tu tp takde hasil pon..
yela nak harap pil jer ape pon tak boleh kena gak jage makan, exercise semua..
Quote salimrock 30-10-2012 09:22 AM
noor2 posted on 30-10-2012 09:03 AM
bahaya sampai bawak ke jantung...

adik lelaki noor pulak dia nak gemuk..dia makan pil gemuk tan ...

sungguh beruntung org yg nak gemuk ni, makan la byk mana pun, tp susah gemuk..he.he..
Quote Peya 30-10-2012 09:25 AM
g je gym, aku ni jenis chubby n sll g gym. Walaupun tak kurus2 tapi aku rasa body fit n sihat. Makan mcm biasa, takde sekat2, mana boleh tak makan nasi wooooooo....lapar siyol!!!

Kawan aku yg makan mcm2 jenis produk pelansingan ni mmg kurus tapi nampak lesu n tidak bermaya je.
Quote Munnalicious 30-10-2012 09:31 AM
shernazz posted on 30-10-2012 07:49 AM
member aku makan pil lami..
lame2 dia rase berdebor2..cm nak buat keje cepat aje
aku pon ade makan ...

Iols pon ada makan pil lami jugak, mmg iols tau pil tu merbahaya... Tp iols nak jugak, iols pi beli kt cokit, tp before tu mmg peniaga tu kata, pil Lami mmg ada deolls jual tp deolls xgalakkan org beli sbb pil ni dah ditarik balik ke hape tah oleh kementerian kesihatan n dia suh iols cuba teh herba org kampong, semuanya ok! tp iols cakap, nak jugak Lami tu, iols beli 2 botol.

Esok tu iols mkn tp xde ape2 pon, pastu mkn lg mkn lg mkn lg xde apa2 pon, xd debar2 ke pening ke hape ke,last2 iols stop n tinggal lg beberapa balance dalam botol 1 n botol 2 xterusik pon~
Quote hijau_serindit 30-10-2012 09:33 AM
aku penah try makan pil nk kuruskan badan. beli kt kiosk jamu2. baru 2x makan, dada dh rasa sgt berdebar2. terus stop makan. takot jadi mudarat ke lain, haru je nanti..

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.306295 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top