CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tolak Konsert, Bunga Api Sambut Tahun Baharu

30-12-2013 10:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6160| Komen: 12



SHAH ALAM – Pemuda Umno mencadangkan kerajaan tidak menganjurkan sambutan ambang tahun baharu 2014 dengan konsert dan pertunjukan bunga api.

Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata, kehadiran tahun baharu sebaliknya lebih wajar diisi dengan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di surau-surau dan masjid di seluruh negara.

“Sama-sama kita berdoa agar negara lebih aman serta dijauhkan bencana pada 2014 dan  tahun-tahun mendatang. Bagi kaum bukan Islam, beribadatlah di rumah ibadat masing-masing,” katanya.

Menurut Jamawi, cadangan itu juga bertujuan untuk keselamatan rakyat yang mungkin terancam dengan himpunan penyokong pembangkang.

“Dengan membatalkan sambutan tahun baharu, polis boleh bertindak tegas kepada mana-mana individu yang berhimpun di Dataran Merdeka atas apa alasan sekalipun. Keselamatan rakyat Malaysia harus kita pertahankan,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri yang tidak terlibat banjir berganding bahu menghulur bantuan kepada mangsa banjir.

“Hampir setiap tahun di beberapa negeri dilanda banjir sehingga menyebabkan jutaan ringgit barangan rosak dan hilang. Malah, sehingga kini mangsa-mangsa banjir masih lagi trauma dan kebingungan.

“Bantuan sedia ada masih tidak mencukupi dan banyak lagi kekurangannya. Namun sikap yang prihatin yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia selama ini amat dipuji,” katanya.


3

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
2

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 29-12-2013 08:32 AM
jap lagi kena cop pembangkang la ni,musuh kerajaan
Quote gogo2 29-12-2013 08:32 AM
Semua pengangkutan awam patut dihentikan pada 31hb dan 1hb.
Quote gogo2 29-12-2013 08:32 AM
Semua jalan kena tutup. Pastu, semua solat buat kat rumah. Ini utk mencegah kemungkaran.
Quote noor2 29-12-2013 08:35 AM
huh ingatkan gambar ni pemuda2 umno...
Quote gogo2 29-12-2013 08:37 AM
Solat hajat 2014 patut diharamkan kerana 2014 tuh kalendar kafir.
Quote vespa_oren 29-12-2013 08:50 AM
gogo2 posted on 29-12-2013 08:37 AM
Solat hajat 2014 patut diharamkan kerana 2014 tuh kalendar kafir.

Pemuda UMNO nie xdapat bezakan kalendar maal hijrah (hijrah nabi) dengan kalendar masihi (tahun kelahiran nabi isa)
Quote Nash^Roy 29-12-2013 08:53 AM
gogo2 posted on 29-12-2013 08:37 AM
Solat hajat 2014 patut diharamkan kerana 2014 tuh kalendar kafir.

Setuju. . Alang2 nak jd islamik
Quote abgboroi 29-12-2013 08:55 AM
letak ajer laa konsert tersebut bukan utk org islam...apa susah sangat...

ehem...tan sri nyanyi tak malam tahun baru ni ehe....
Quote dualchicks 29-12-2013 09:02 AM
apabila totoks umno insap...anda bila lagi?
Quote DeMax 29-12-2013 09:13 AM
Nash^Roy posted on 29-12-2013 08:53 AM
Setuju. . Alang2 nak jd islamik

Kami Ummah Sunni takde masalah raya sambutan tahun kalendar kafir. Kalu mo islam sgt sila jgn guna teknologi such as FB, komputer etc coz ni semua ummah kafir yg cipta. Ummah  Arab pujaan korg semua tu terer bab potong kepala n bom ke hulu ke hilir je..siap bertempik kebesaran tuhan ...tak sabor nak sambut 1 januari 2014
Quote ikan_nemo 29-12-2013 09:14 AM
setazah gogo luper makan ubat ker pagi nie .. meraban jer
Quote pakwetizzaqyah 29-12-2013 09:17 AM
dari sejak merdeka adat konsert dn bunga api.. dah 2014 plak nk poyo tk nk konsert...time raya pemuda umno jugak yg mengkayakan cina beli mercun berkati2. lol

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045005 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top