CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangkuk Tandas Pecah

31-12-2013 06:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18971| Komen: 94

Chicago: Seorang wanita yang juga ibu  dua anak, Sarah Massey, 33, mengakui  pernah menyebabkan mangkuk tandas pecah selepas duduk di atasnya.
Sarah yang berasal dari Chicago dan mencatat rekod dengan garis pusat pinggul sepanjang  213 sentimeter kadangkala tidak muat untuk memasuki pintu bangunan atau pasar raya.

Sarah seberat 203 kilogram mengakui saiz tubuhnya yang terlebih besar itu menyukarkan kehidupannya dan dia turut menerima bantuan AS$1,236  (RM4,070) kerana berdepan kesukaran untuk bergerak.

“Setiap hari ada saja komen dilemparkan kepada saya sama ada yang baik mahupun yang buruk.

“Dulu saya malu dengan keadaan tubuh saya tetapi kini tidak lagi,” katanya.

Di sekolah, saya selalu diejek mempunyai pinggul seperti lori sampah tetapi keadaan saya ini diwarisi daripada keluarga dan tidak banyak yang boleh dilakukan.
SARAH yang mempunyai ukuran punggung 213 sentimeter sibuk memasak di dapur.

“Dulu saya selalu bimbang dengan apa yang orang kata mengenai diri saya tetapi sekarang saya bangga dengan diri sendiri,” katanya.    Sarah berkata, kini dia juga tidak segan untuk tampil melakukan sesi fotografi kepada peminat yang meminati susuk tubuh wanita bersaiz besar.

Selepas menemui komuniti jejaka di Internet yang menghargai saiz tubuhnya, Sarah berkata, dia tidak pernah kekurangan peminat.  “Semuanya bermula apabila saya mengambil gambar untuk satu sesi penurunan berat badan. Seorang rakan yang juga jurugambar kemudian memuat naik foto saya di Facebook.  


“Terdapat ramai pengikut yang gemarkan foto saya dan rakan saya itu kemudian tampil dengan idea untuk menghasilkan gambar model yang bertubuh besar. Semua foto saya mendapat sambutan hangat,” katanya.   Walaupun Sarah selesa dengan bentuk tubuhnya, tetapi memenuhkan almari pakaiannya memakan perbelanjaan yang tinggi.

“Disebabkan saiz tubuh saya yang besar, sukar untuk saya membeli pakaian di kedai biasa. Bahagian atas tubuh saya bersaiz 7 kali XL, manakala bahagian bawah 10 kali XL, jadi saya terpaksa menempah pakaian khusus.  Kebanyakan pakaian saya dibeli secara dalam talian kerana terdapat beberapa kedai yang menjual pakaian untuk individu dengan saiz tubuh terlebih  besar. “Pakaian bersaiz besar sangat mahal, jadi saya perlu membelanjakan kira-kira  AS$659 (RM2,171) setiap bulan untuk membeli pakaian,” katanya. 

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 31-12-2013 08:22 AM
Nice ass. ...
Quote fifie_olin 31-12-2013 08:34 AM
mkn pe la leh jd camni...
kalo psl genetik ...kalo control mkn leh jek kurus kan...
jenuhnya nk bwk bdn sebesau tu
Quote wookiehoney 31-12-2013 08:37 AM
tak penat ke?
Quote crazecousa 31-12-2013 08:43 AM
hahaha "pinggul spt lori sampah" ..... x tahan dia punya ayat
Quote lady_rara 31-12-2013 08:55 AM
adooii seram aku tengok
Quote Psychedelia 31-12-2013 09:04 AM
Genetik/keturunan katanya... hmmm
Quote shiro82 31-12-2013 09:07 AM
diet la sikit sarah.........sarah sarah.....
Quote taikor 31-12-2013 09:19 AM
Blakang boleh bawa orang
Quote alahai 31-12-2013 09:23 AM
orang cakap pompuan gumuk susah nak pregnant, tp dia ni ada anak 2....


gemuk keturunan plus  tak dijaga makan minum mmg camni....
Quote najib888 31-12-2013 09:28 AM
@MissNigga pun cmni gak kot?
Quote dino 31-12-2013 09:29 AM
taikor posted on 31-12-2013 09:19 AM
Blakang boleh bawa orang

amboi.... nak duk blkg ke?
Quote taikor 31-12-2013 09:44 AM
dino posted on 31-12-2013 09:29 AM
amboi.... nak duk blkg ke?

Boleh bawak anak lah
Quote MissNigga 31-12-2013 09:48 AM
najib888 posted on 31-12-2013 09:28 AM
@MissNigga pun cmni gak kot?

iols ni petite sajork.. kawan iols cakap, pungkoq iols leper
Quote undark 31-12-2013 10:18 AM
mesti makan x ingat dunia... dah la x mau jaga makan.. senaman pun liat tu...
Quote budakmanentah 31-12-2013 10:19 AM
ini dinamakan punggong bersofa...siap sedia empuk
Quote myakayina 31-12-2013 10:39 AM
kesiannya dia..   mungkin bole buat plastic surgery buang segala lemak2 yg tak sepatutnya tu..
Quote ifanonline 31-12-2013 10:40 AM


harap2 forumer @kak_sue tak semacam ni...

Quote queen_aurora 31-12-2013 10:59 AM
kalo kne hempap
Quote amyainsamad 31-12-2013 11:04 AM
besar btl.........

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.224025 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top