CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Anak Mati Dalam Kereta; " Kami Terlupa " Kata Nye !

3-1-2014 10:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 47547| Komen: 403



Kuantan: “Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam.


Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis.

Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya  kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar dari rumah mereka di Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam, bersama lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah.

Katanya, bapa mangsa kemudian menghantar dua anak bersama isterinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir ke sebuah sekolah menengah di Pandan, di sini.

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 3-1-2014 07:33 AM

KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri  dalam kenderaan bapa, semalam.

Quote melonmadu 3-1-2014 07:41 AM
Dulu pun ada jugak kes mcm ni kan? Yg maknya sibuk gi meetg terlupa anak dlm kereta kalau tak salah
Quote sekngucing 3-1-2014 07:41 AM
cara2 org islam bunuh anak

1. rogol dan bunuh
2. flush dlm toilet
3. buang dari tingkat 22
4. tinggalkan si shoping complex
5. tinggal dlm keta sambil buka enjin keta
Quote d-7-0ne 3-1-2014 07:43 AM
laaaa.........boleh pulak lupa......

Quote fifie_olin 3-1-2014 07:45 AM
anak rmi....begitu la kan...leh lupa...
aku x leh trima la alasan tu...
Quote lady_rara 3-1-2014 07:45 AM
dah nyata dan terang faktor kecuaian ibu bapa....
Quote fifie_olin 3-1-2014 07:46 AM
melonmadu posted on 3-1-2014 05:41 AM
Dulu pun ada jugak kes mcm ni kan? Yg maknya sibuk gi meetg terlupa anak dlm kereta kalau tak salah

ye la yg cikgu tu...berjela2 gak la benang psl dia...rmi dok hentam...pe cite cikgu tu gaknya...pencen awal kot
Quote pinksarah 3-1-2014 07:48 AM
bahaya betul la bila sudden change of routine...

takziah utk family arwah..
Quote umie 3-1-2014 07:52 AM
disbbkan dah byk kes kecuaian yg disbbkan oleh makpak yag bodoh bangang..boleh x dorang ni di hadapkan kemahkamah
Quote JunkMail 3-1-2014 07:52 AM
tepok dahi aku baca berita ni..bole pulak terlupa? adoiyaii
Quote akuMNdia 3-1-2014 07:52 AM
mak pak jenis ni mmg tak reti nak cek kereta depan belakang ke sebelum tinggalkan kereta tu..??
Quote haryatie 3-1-2014 07:54 AM
terlupa...ishhh..
mcam mana boleh lupa kat ank sendiri...
buat ank x pernah lupaa..........
Quote shachihata33 3-1-2014 07:54 AM
yg kes dulu terlupa sebab sebelum ni rutin menghantar anak, suami yg hantar. tp sebab suami xdpt hantar so cikgu tu lupa hantar dan tertinggalkan dalam kereta.

Yg kes ni, mungkin sebab lama sgt cuti sekolah, tiba2 kena hantar anak sampai terlupa yg sorang tu belum hantar taska. harapnya mmg bukan disengajakan sebab anak ke 5. tak kan sengaja bunuh.
Quote nour2001 3-1-2014 07:56 AM
mengejar duit mengejar kerja sampai lupa anak ada di tempat duduk belakang..and then salahkan takdir..fart off..aku benci kalau baca berita mcm ni....
Quote dealova04 3-1-2014 08:00 AM
Lupa?????yg plg kecik aka bongsu boleh lupa?
Quote mbhcsf 3-1-2014 08:07 AM
I think anak kelima tu bukan rezeki kot dan ada sebabnya ALLAH ambil balik  - rezeki-Nya

dah 'lupa'   kan?

okay. fair.
Quote mbhcsf 3-1-2014 08:07 AM
al fatihah. bless you baby.
Quote nebulagazer 3-1-2014 08:10 AM
mbhcsf posted on 3-1-2014 08:07 AM
I think anak kelima tu bukan rezeki kot dan ada sebabnya ALLAH ambil balik  - rezeki-Nya

dah 'lu ...

Betul jgk kata kamoo
Quote nebulagazer 3-1-2014 08:11 AM
Innalillah...kdg aku bsyukur ade ocd...sbb aftr kuar kereta harus aku keliling dlu cek mane patot .

Lihat semua komen(403)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.111215 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top