Mohd Noor dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam, selepas mengaku bersalah mencuri dua peket Milo dan dua botol Indocafe bernilai RM100.98 dari sebuah pasar raya. KUALA TERENGGANU - Menggunakan alasan terdesak mendapatkan wang untuk membeli lampin pakai buang anak, seorang buruh mengaku mencuri dua peket Milo dan dua botol Indocafe bernilai RM100.98. Walau apa jua alasan diberikan, Mohd Noor Mohamad, 38, dari Kota Bharu, Kelantan, tetap menerima pembalasan atas perbuatannya itu apabila dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Mohd Noor mengaku bersalah mencuri dua peket Milo yang setiap satu seberat dua kilogram dan dua botol Indocafe seberat 200 gram setiap satu di Pasaraya Hock Keng Seng, Gong Badak, di sini. Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu, kira-kira jam 1.05 petang, 29 Disember lalu. Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nurliyana R Azmi, manakala Mohd Noor diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad. Terdahulu, Mohd Nor dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan perlu menanggung isteri yang kini sarat mengandung anak kedua dan anak sulung berusia 5 tahun. Berdasarkan fakta kes, tindakan mencurigakan Mohd Noor membawa barangan terbabit keluar dari pasar raya disedari seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas sebelum segera menahannya. Hasil pemeriksaan, Mohd Noor yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan curi mengaku tidak membuat sebarang pembayaran sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
|
7
Bagus |
10
Marah |
3
Terkejut |
3
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT