CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pencuri Sumbat 4 Ekor Lembu Dalam Kereta

6-1-2014 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15358| Komen: 86

Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta




KULIM - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
   
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
   
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.
   
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran.

15

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote protonpersona 5-1-2014 06:18 PM
orang kedah  ni memang kepelikang tanpa batasang...dulu pun ada satu kes kat kulim gak curi lembu masuk kreta wira...orang sama kah???
Quote putr@polo 5-1-2014 06:21 PM


DUA lelaki terpaksa meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang membawa empat ekor lembu yang dipercayai dicuri dari sebuah kandang ternakan, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam selepas kereta tersebut mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat Kulim, awal pagi Ahad. Foto BERNAMA
Quote protonpersona 5-1-2014 06:21 PM
Quote emelia1509 5-1-2014 06:28 PM
kesian nye tgk lembu tu..mcm terseksa je kena sumbat dlm wira tu:Q
Quote jetrofa 5-1-2014 06:28 PM
lembu manala yg tak nak merasa naik proton  wira...keseronokan lembu2 tu aku tengok..tu belum preve yg sarat dgn ciri2 keslamatan
Quote putr@polo 5-1-2014 06:30 PM
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

PENCURI SUMBAT EMPAT EKOR LEMBU DALAM PROTON WIRA DIKESAN


Kulim, 5 Jan - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.

"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Chin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supt C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA
Quote dino 5-1-2014 06:31 PM
jetrofa posted on 5-1-2014 06:28 PM
lembu manala yg tak nak merasa naik proton  wira...keseronokan lembu2 tu aku tengok..tu belum preve  ...

kebangga peyno nih....
Quote kodokbawang 5-1-2014 06:32 PM
tak obvious ke kalau lombu2 tu dok dalam kete???bergoyang2 camtu...cam gampang je...
Quote ikan_nemo 5-1-2014 06:34 PM
terkseksa binatang tue ...
Quote slippergombak 5-1-2014 06:43 PM
Persoalan aku, nak ker wanita2 umno nih naik wira...? Ketua mereka pun hanya naim mercedes jerk...
Quote ushioz 5-1-2014 06:47 PM
cam mana lah boleh didik lembu masuk.
Quote noor2 5-1-2014 06:47 PM
berkali2 i baca kut tersalah baca....4 ekor lembu dalam satu kereta wira??...

kesiannya lembu tu...

padan muka kereta rosak dan berputih mata...
ni kalau tak kena tangkap mesti mencuri lagi...
Quote taikor 5-1-2014 06:49 PM
inilah cara manusia buat kat lembu lepas tu berangan nak masuk sorga
Quote sapp73 5-1-2014 06:55 PM
mendap kereta...
Quote shogun77 5-1-2014 06:58 PM
jenoh nk sumbat lembu dlm qeta aih.
harga myak naik, abeh org mengamuk..
ni lembu plak naik..
Quote tomatome 5-1-2014 07:08 PM
ala baiknye lembu tu.. elok je duk diam
Quote torres9 5-1-2014 07:12 PM
kat kulim selalu je ada macam2 kes..orang kedah pelik2 la perangainya
Quote msxx 5-1-2014 08:06 PM
Tak terpikir mcm mane la nk sumbat 4 ekor dlm wira, mesti ambl masa gak...
Quote jetrofa 5-1-2014 08:14 PM
dino posted on 5-1-2014 06:31 PM
kebangga peyno nih....

Yg kebangga sangat tu preve n suprima kot...silap komen siap ngko d tuduh "itu-itu juga" :lol

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.175517 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top