CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bini Sambung Tidur, Tak Sedia Sarapan Dibelasah Suami!

6-1-2014 12:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13872| Komen: 155

Gambar hiasan

Gombak: Akibat enggan bangun daripada tidur dan menyediakan sarapan selepas dikejutkan, seorang lelaki yang hilang pertimbangan tergamak memukul dan menghentak kepala isterinya ke dinding selain memijak serta  mengugut ingin membelasah wanita itu dalam kejadian di kediaman mereka di Selayang Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 20-an itu yang terjaga daripada tidur mengejut isterinya berusia 25 tahun supaya bangun dan menyediakan sarapan.

Menurut sumber, wanita itu yang difahamkan kepenatan meminta kebenaran suaminya itu untuk menyambung semula tidur buat seketika dan akan menyediakan sarapan kemudian.

“Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kemarahan suaminya yang bertindak mengamuk dan terus memarahi mangsa dengan menghamburkan kata-kata kesat.

“Suami mangsa  mengambil pisau di dapur sebelum mengugut ingin membunuh mangsa, namun  ditenangkan adiknya yang menyaksikan kejadian itu,” katanya.

  Sumber berkata, suami mangsa yang masih tidak berpuas hati kemudian memukulnya.

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chupachups 6-1-2014 07:56 AM
Lelaki melayu makin hampeh!!
Quote MissQaseh 6-1-2014 07:58 AM
pffttt.. sblm kawen disayang-sayang, lps kawen ditangan-tangan..
Quote shysari 6-1-2014 08:06 AM
Susah sgt ke nak buat sarapan sendiri...haisshhh..
Quote d-7-0ne 6-1-2014 08:06 AM
kepenatan sbb apa? bini patut bngun dan buat sarapan, laki xpatut bertindak ganas......
Quote TeRasKiLo 6-1-2014 08:09 AM
setakat roti bakar tu...sendiri bikin la
Quote clarizsa 6-1-2014 08:10 AM
huh... bengong pnya suami.. bini tu bkn kuli.. sarapan buat sndri la.. x pun g bli... hampeh..
Quote Kassim_Patalon 6-1-2014 08:10 AM
selangor darul sarapan
Quote FlowerGirl 6-1-2014 08:11 AM
Mati kebulur ke jantan tu kalau bini x buat sarapan dlm masa setengah ke,sejam ke. Kot kebulur sgt pi lah makan kt kedai. Apa nko ingat bini tu kuli batak nko??
Yg bini lak..tahu jenis laki suka makan celik2 mata pagi..siapkan awal mlm sebelum tido!ambik nko
Quote haryatie 6-1-2014 08:12 AM
x makan pagi pun smpai nak bunuh2 bini..
blum ada lagik org mati kalau x breakfast..
hampeh nyer jntn...
Quote Muntz 6-1-2014 08:13 AM
Ntah2 laki tu mintak kena 'layan', tapi bini tu taknak pasal ngantuk sangat.
Quote fifie_olin 6-1-2014 08:14 AM
bkn nya si laki tu beriya2 soh msk pon...
ko buat air milo pns...dgn roti bakar pon dh memadai...
janji perot laki tu lapar kan...

skali amek ko kena penumbok sulong...aku rs yg buat laki dia mrh sgt...sbb mlm td pon si bini ni x msk utk dinner.... pekena air kosong jek....
Quote aiskrimvanilla 6-1-2014 08:14 AM
makin pening dengan zaman skang ni.
Quote peYno 6-1-2014 08:20 AM
bangsa melayu ni hnya berani tunjuk samseng kat sesama melyu, bini n anak jeee... dgn sqmseng cina keling takut
Quote jengkoil 6-1-2014 08:21 AM
Pusing2 cite bini blasah laki tak beli sarapan..laki pkl bini tak buat sarapan..
bulan depan anak pukul ibu tak bagi bekal gi sekolah....cucu pukul nenek tak bagi duit nak gi cyber cafe main kuda
Quote epalgebuu 6-1-2014 08:22 AM
mcm cerita recycle jeeee
Quote blackred99 6-1-2014 08:24 AM
adui, buatla sendirik sarapan, pemalas btol.
Quote Bell 6-1-2014 08:28 AM
Aku tak kisah bini aku tak sedai sarapan.....aku makan kedai...
Quote Megahertz 6-1-2014 08:52 AM
Bell posted on 6-1-2014 08:28 AM
Aku tak kisah bini aku tak sedai sarapan.....aku makan kedai...

abis la kedai tu..... tuan dia nak meniaga apa pulak lepas ni ?
Quote leezzaliza 6-1-2014 08:56 AM
Laki bini sama2 bangang.. Elok la tu..

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.056799 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top