CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Robert Kuok Terkaya

8-1-2014 04:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15024| Komen: 121

Robert Kuok


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$16.7 bilion (RM54 bilion) bagi 2013, mengikut Indeks 300 Bilionair oleh Bloomberg.


Beliau berada di tempat ke-50 daripada senarai 300 bilionair dunia sehingga akhir tahun lalu.
Bagaimanapun, nilai kekayaan beliau merosot daripada AS$17.9 (RM58 bilion) serta kedudukan ke-41 yang direkodkan pada Januari 2013.

Kuok yang meninggalkan Malaysia sejak empat dekad lalu untuk menetap di Hong Kong, mempunyai kepentingan di dalam syarikat pengilang sawit, Wilmar dan rangkaian perhotelan Shangri-La Asia.

Rakyat Malaysia kedua terkaya ialah pemilik Maxis dan Astro, Tan Sri Ananda Krishnan dengan nilai kekayaan AS$8.8 bilion (RM28.6 bilion) untuk berada di kedudukan 140 dunia.
Sementara ketiga ialah Tan Sri Lim Kok Thay, iaitu anak kepada pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong dengan kekayaan AS$7.5 bilion (RM24.3 bilion) dan berada di tempat ke-173.


Rakyat Malaysia yang terakhir berada dalam kelompok itu ialah, Pengasas Public Bank Bhd., Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai kekayaan AS$6.9 bilion (RM22.4 bilion) untuk berada di kedudukan 193.

Dalam pada itu, Pengasas Microsoft, Bill Gates kembali menduduki carta orang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$78.5 bilion (RM255 bilion).
Sebelum ini, kedudukan tersebut dipegang oleh pemilik syarikat telekomunikasi dari Mexico, Carlos Slim dengan nilai kekayaan AS$73.8 bilion (RM240 bilion).


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ocho 7-1-2014 05:36 PM
adess camne rasa jadik org kaya bilion2 nih ..darah sama juga merah ..
Quote spiderman80 7-1-2014 05:49 PM
@BotakChinPeng Bloombarggg datang bulan lagi.
Quote AbukRokok 7-1-2014 06:06 PM
org mesia ke? dah duk hongkong
Quote batman_2007 7-1-2014 06:14 PM
Raja sarawak tu tak tersenarai ke ?
Quote ringcat 7-1-2014 06:17 PM
kalau dia tak monopoli gula dulu, sorry la dia nak mula bertapak kaya.
tu pun Cina kata tertindas.

lebih setengah abad kita semua makan gula monopoli Kuok, kini dah berpindah
ke tangan Syed Mokhtar.
Quote Yourway 7-1-2014 06:19 PM


umur robert kuok juga panjang.
Tahniah.
Quote rashiman 7-1-2014 06:19 PM
batman_2007 posted on 7-1-2014 06:14 PM
Raja sarawak tu tak tersenarai ke ?

Raja sarawak hanya tersenarai dlm akhbar KeAdilan aje... setiap 5 tahun sekali menjelang pru.
Quote dragger 7-1-2014 06:19 PM
kalau aku kayaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Quote kucingTomey 7-1-2014 06:20 PM
carlos slim paling kaya
Quote ifanonline 7-1-2014 06:20 PM
ringcat posted on 7-1-2014 06:17 PM
kalau dia tak monopoli gula dulu, sorry la dia nak mula bertapak kaya.
tu pun Cina kata tertindas.
...

bagi la melayu pulak kaya...bukan kaya ambik rasuah cam anggota polis melayu...
Quote rashiman 7-1-2014 06:21 PM
ringcat posted on 7-1-2014 06:17 PM
kalau dia tak monopoli gula dulu, sorry la dia nak mula bertapak kaya.
tu pun Cina kata tertindas.
...

tauke gula berpindah ke warga felda.
Quote ajie2000 7-1-2014 06:21 PM
melayu mana..?..melayu??..



melayu sebok berpolitik..
Quote taikor 7-1-2014 06:21 PM
spiderman80 posted on 7-1-2014 05:49 PM
@BotakChinPeng Bloombarggg datang bulan lagi.

@BotakChinPeng , member ko lupa makan obat lagi
Quote dragger 7-1-2014 06:23 PM
org2 kaya camni biasanya keje dia pam duit je ke luar negara.. masuk saham merata2 dunia

setiap bank kat malaysia ni mesti ada sorang jaga account dia, manage duit dia

dia cuma hello je kat pegawai bank tu nak hala duit tu ke mane2 dia suka

duit tak jadi masalah

kalau kita ni lebih 10hb setiap bulan dah sibuk tgk online bank maybank2u.com nak check brapa baki tinggal dalam bank.

Quote taikor 7-1-2014 06:23 PM
Tidak sekaya Pak Uban Sarawak, Mamadey dan Akak Pink...
Quote BotakChinPeng 7-1-2014 06:27 PM
taikor posted on 7-1-2014 06:21 PM
@BotakChinPeng , member ko lupa makan obat lagi

pekerja bloomberg yang lupa makan ubat

Quote ringcat 7-1-2014 06:30 PM
hebat ke kaya dengan kaedah monopoli?
monopoli pulak gula,benda asas sebuah negara.

mula2 dengan monopoli gula kat Malaya, pastu dia guna modal
tu buat hotel Shangrila etc etc seterusnya berkembang.

kalau atuk sedara kau dapat kuasa monopoli gula sebuah negara,
dia pun boleh jadi Bilionaire.

lagikan SM Faisal dapat monopoli jual kereta Ferrari kat Mesia dah kaya,
inikan pulak monopoli GULA.
Quote batman_2007 7-1-2014 06:31 PM
rashiman posted on 7-1-2014 06:19 PM
Raja sarawak hanya tersenarai dlm akhbar KeAdilan aje... setiap 5 tahun sekali menjelang pru. ...

Ngeh ngeh ngeh. Boleh jadi kan.
Quote rashiman 7-1-2014 06:38 PM
taikor posted on 7-1-2014 06:23 PM
Tidak sekaya Pak Uban Sarawak, Mamadey dan Akak Pink...

Tersenarai ke...pak uban sarawak dlm bloomberg

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.077037 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top