CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Terkini Lihat artikel

Tengku Fakhry kalah kes saman

8-11-2012 10:07 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12258| Komen: 50



KUALA LUMPUR - Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra (gambar) yang memfail saman berjumlah RM150 juta terhadap polis kerana mendakwa ditahan secara salah, gagal dalam tuntutannya semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd. Yusof menolak permohonan Tengku Fakhry dengan kos RM40,000 di dalam kamar.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad memberitahu pemberita bahawa Hakim Zabariah memutuskan demikian dengan alasan bahawa Tengku Fakhry tidak pernah dihalang untuk keluar ataupun memasuki Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kelantan pada Julai 2009.

Katanya, Hakim Zabariah juga menyatakan bahawa penahanan yang wujud hanyalah terhadap kereta Bentley yang dilaksanakan atas titah Pemangku Sultan ketika itu iaitu Tengku Muhammad Faris Petra.

Sepanjang prosiding yang bermula 8 Oktober lalu, seramai lima saksi plaintif dan lima saksi defendan, memberi keterangan.

Tengku Fakhry memfail saman itu pada 9 Disember tahun lepas dengan menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Ketua Pengawal Peribadi Sultan Kelantan, Asisten Superintendan Noorazman Ismail, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.




Sumber



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_blingblings 8-11-2012 02:43 AM
Banyak lagi kes berkenaan Tengku ni...
Quote Acong 8-11-2012 09:38 AM
patut suh kereta bently tu saman IGP....... time tu ada chance menang kot......
Quote redz85 8-11-2012 09:55 AM
RM 150 juta... macam mana dia kira?
Quote fatehana 8-11-2012 09:55 AM
x memasal bayar kos kat gomen then kat loyer lg
tp konpem dia nie akan wat rayuan
udah2 ler tue, nie isu adik badik aje sebenarnya
Quote fatehana 8-11-2012 09:56 AM
redz85 posted on 8-11-2012 09:55 AM
RM 150 juta... macam mana dia kira?

nie rasanya saman malu jadi dia leh letak sesuka hati dia aje
Quote shamsadis 8-11-2012 09:59 AM
kelantan...ermmm
Quote redz85 8-11-2012 09:59 AM
fatehana posted on 8-11-2012 09:56 AM
nie rasanya saman malu jadi dia leh letak sesuka hati dia aje

banyak nya dia tuntut... seram aku
Quote akughi 8-11-2012 10:07 AM
shamsadis posted on 8-11-2012 09:59 AM
kelantan...ermmm

jgn mcm tu...nnt geng2 kelantang bako kerusi
Quote shamsadis 8-11-2012 10:09 AM
akughi posted on 8-11-2012 10:07 AM
jgn mcm tu...nnt geng2 kelantang bako kerusi


tukar je kepimpinan negeri...Tun pun dah pencen dah...
Quote addamnor 8-11-2012 10:19 AM
fatehana posted on 8-11-2012 09:55 AM
x memasal bayar kos kat gomen then kat loyer lg
tp konpem dia nie akan wat rayuan
udah2 ler tue, n ...

Heh pasti ke issue adik beradik shj yang wujud dlm istana kubang kerian tu?

Melihat luaran nmpak seperti siblings related situation but somehow larger than that
Quote fatehana 8-11-2012 10:21 AM
addamnor posted on 8-11-2012 10:19 AM
Heh pasti ke issue adik beradik shj yang wujud dlm istana kubang kerian tu?

Melihat luaran nmpa ...

hmmmmmmmm takat itu ajelah yg boleh diulas
lain2 x bolehlah
Quote fatehana 8-11-2012 10:22 AM
redz85 posted on 8-11-2012 09:59 AM
banyak nya dia tuntut... seram aku

biasalah tue alang2 nak tuntut biar tuntut sebanyak yg boleh
dpt tue x taw lg


Quote akughi 8-11-2012 10:26 AM
shamsadis posted on 8-11-2012 10:09 AM
tukar je kepimpinan negeri...Tun pun dah pencen dah...

pemimpin negeri tu yg tak nak turun....nnt tak de gaji pulak.... Tun ade pencen....
Quote nazadiyah 8-11-2012 10:31 AM
sesuai sgt tak jd tengku mahkota
Quote shamsadis 8-11-2012 10:33 AM
akughi posted on 8-11-2012 10:26 AM
pemimpin negeri tu yg tak nak turun....nnt tak de gaji pulak.... Tun ade pencen....


dia dapat pencen kalo dia turun walaupun jadi ahli parlimen sepenggal tetap dapat pencen...tak nak turun sebab giler kuasa...
Quote mute 8-11-2012 10:33 AM
ape susah rakyat maheran kasi bayar ler  
Quote akughi 8-11-2012 10:37 AM
shamsadis posted on 8-11-2012 10:33 AM
dia dapat pencen kalo dia turun walaupun jadi ahli parlimen sepenggal tetap dapat pencen...tak n ...

dia pun ramai yg bagi derma akhirat kat dia..ape yg dia risau..kalo tak de duit...kuarkn la fatwa derma duit pade org pencen dapat ganjaran pahala..nnt dapat tiket masuk syurga
Quote kaklehot 8-11-2012 11:32 AM
tengku fakhry ni mmg ada masalah dalaman kot...kena istiqamah ye tengku huhu
Quote pot_pet 8-11-2012 11:51 AM
tengku ni senanye yg bERMASALAH

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.048989 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top