CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Tips Menjaga Mata Yang Sihat

10-1-2014 03:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9871| Komen: 25


Kini semakin ramai yang memakai kaca mata akibat masalah penglihatan tidak kira usia atau jantina. Namun walaupun anda berkaca mata, jangan biarkan rabun terus meningkat dan menganggu kebebasan anda.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tips yang mampu membantu anda lari dari terus memakai kaca mata: Amalkan makanan yang seimbang
Mengambil makanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk mata anda. Memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan bukan saja baik untuk tumbesaran tubuh badan dan kulit tetapi mampu membantu melindungi masalah mata seperti katarak dan AMD. Lobak merah antara sumber makanan terbaik untuk penjagaan mata.

Pakai kaca mata hitam
Pancaran matahari yang kuat boleh merosakkan mata dan meningkatkan risiko serangan katarak. Oleh itu jika anda berada di luar atau sedang melakukan aktiviti di bawah cuaca panas, pastikan kaca mata anda mempunyai sinar UV ynag boleh menghalang cahaya matahari dari merosakkan pandangan mata anda.

Berhenti merokok
Kepada perokok di luar sana, jangan ingat bahaya merokok hanya menyerang kesihatan tubuh badan sahaja. Ini kerana kandungan rokok juga boleh meningkatkan peluang pembentukan penyakit seperti katarak dan AMD. Apa kata anda gantikan tabiat merokok dengan mengunyah gula-gula getah untuk membiasakan diri.

Lakukan aktiviti bersenam
Oksigen yang mencukupi dan peredaran darah yang baik adalah penting untuk mata. Elak tidur yang kurang sebaliknya dapatkan tidur yang berkualiti untuk merehatkan mata yang penat bekerja. Ketika anda tidur, mata dapat berehat dari pencemaran habuk dan cahaya.

Diharap tip-tip yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Selamat mencuba!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chubby_bb 24-1-2014 02:44 PM
thanks untuk info ini TT
Quote qasehnuramy 24-1-2014 02:59 PM
chubby_bb posted on 24-1-2014 02:44 PM
thanks untuk info ini TT

wlcm...saya kena share sbb saya pun seorg yg bermata 4
Quote weeween 30-1-2014 04:47 PM
jangan banyak main fb ngan twitter. mata cepat letih... hehe
Quote qasehnuramy 31-1-2014 08:46 AM
weeween posted on 30-1-2014 04:47 PM
jangan banyak main fb ngan twitter. mata cepat letih... hehe

hahahahah betul2....asyik ngadap komputer ngn hp je mata pun letih
Quote Jannatul_Aisya 31-1-2014 03:41 PM
ade kopi yg boleh bg penglihatan mata pulih, elok ke ek minuman tu?
Quote qasehnuramy 1-2-2014 11:13 AM
Jannatul_Aisya posted on 31-1-2014 03:41 PM
ade kopi yg boleh bg penglihatan mata pulih, elok ke ek minuman tu?

klu betul2 origibal kopi tnpa bahan cmpuran mungkin betul...
skrg ni kat pasaran byk kopi tiruan je..

Quote Jannatul_Aisya 1-2-2014 10:24 PM
qasehnuramy posted on 1-2-2014 11:13 AM
klu betul2 origibal kopi tnpa bahan cmpuran mungkin betul...
skrg ni kat pasaran byk kopi tiruan  ...

oh yeah... nk beli tp tk pnh pulak tgk testimoni ape2..
Quote qasehnuramy 2-2-2014 11:13 AM
Jannatul_Aisya posted on 1-2-2014 10:24 PM
oh yeah... nk beli tp tk pnh pulak tgk testimoni ape2..

kekdg ada testimoni pun klu xsesuai ngn kita xjadi jugak cik janna..


Quote cik_luna 2-2-2014 11:38 AM
mata makin rabun
rasa x selesa sesekali x pakai cermin mata
Quote qasehnuramy 2-2-2014 11:43 AM
cik_luna posted on 2-2-2014 11:38 AM
mata makin rabun
rasa x selesa sesekali x pakai cermin mata

tu lah kan..sama la kita....
bgn tido capai cermin mata dulu...smpai nk tido baru buka
bila xpakai rasa xselesa plak...power makin hari makin naik


off topic jap..suka avatar cik luna...

Quote cik_luna 2-2-2014 01:15 PM
qasehnuramy posted on 2-2-2014 11:43 AM
tu lah kan..sama la kita....
bgn tido capai cermin mata dulu...smpai nk tido baru buka
bila xpak ...

terpikir nk wat laser je
tapi mcm mahal ja, mcm takut ja
cantek eh avatar aii?
jang geun suk
Quote qasehnuramy 2-2-2014 01:36 PM
cik_luna posted on 2-2-2014 01:15 PM
terpikir nk wat laser je
tapi mcm mahal ja, mcm takut ja
cantek eh avatar aii?

laser mahal sgt....mana nk cekau duit...
lagipun hanya mampu bertahan beberapa tahun jer...
seriau gak nk buat laser tu...kang salah laser buta mata hitam ku




yea..1st time tgk dlm drama He's Beautiful trus jatuh cinta..
mlm ni tv9 jgn lupa pukul 10pm...ada dia...oto ka jo


Quote cik_luna 2-2-2014 03:11 PM
qasehnuramy posted on 2-2-2014 01:36 PM
laser mahal sgt....mana nk cekau duit...
lagipun hanya mampu bertahan beberapa tahun jer...
seri ...

noted
Quote Jannatul_Aisya 2-2-2014 06:29 PM
qasehnuramy posted on 2-2-2014 11:13 AM
kekdg ada testimoni pun klu xsesuai ngn kita xjadi jugak cik janna..

Oh yeah.. Hehe... Gune care semulajadi tgk je bnda hijau2
Quote qasehnuramy 3-2-2014 09:57 AM
Jannatul_Aisya posted on 2-2-2014 06:29 PM
Oh yeah.. Hehe... Gune care semulajadi tgk je bnda hijau2

boleh mujarab ke tgk benda hijau2??

Quote Jannatul_Aisya 3-2-2014 01:02 PM
qasehnuramy posted on 3-2-2014 09:57 AM
boleh mujarab ke tgk benda hijau2??

boleh.. dulu ms diploma selalu tgk pokok2 sbb amik agriculture kan,..so time mata ok sikit.. power tkde naik2
Quote qasehnuramy 3-2-2014 04:19 PM
Jannatul_Aisya posted on 3-2-2014 01:02 PM
boleh.. dulu ms diploma selalu tgk pokok2 sbb amik agriculture kan,..so time mata ok sikit.. power ...

owh mcm tu ke....hmmm

Quote 5tar 5-2-2014 10:56 AM
nice info..tq...
Quote fatihah6172 5-2-2014 03:38 PM
x penah jaga mata, keje pun dlm bidang IT, ngadap lappy all the time dr zaman study almost 7 years ++
Alhamdullillah setiap bulan pegi check, xde mslh lg..tips pun x hado, cuma makan carrot, makan sayur, vit C, tgk benda2 hijau pun boleh releks kan mata, lg 1, aku suka tgk matahari, tp waktu pagi..sekejap ke, dlm 5 second..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.072961 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top