CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sara Keluarga Dengan Nasi Lemak

13-1-2014 12:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7691| Komen: 51

Jasni (kiri) menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai daripada Hanif (kanan) ketika berkunjung ke rumahnya, semalam.


HULU BERNAM – Seorang isteri tabah menjaga suaminya yang kini terlantar setelah mengalami serangan strok sejak awal November tahun lalu.

Jasni Mohamed Junid, 44, kini bergantung harap pada sumber pendapatan dengan menjual nasi lemak setelah suaminya, Samsir Zainal Abidin, 49, yang menjadi tempatnya bergantung kini tidak dapat bergerak.

Menurutnya, suaminya berkhidmat selama 26 tahun sebagai kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

"Saya jual nasi lemak di tepi jalan dekat perumahan ini saja. Tak banyak untung pun tapi cukuplah dari langsung tidak ada," katanya yang ditemui ketika kunjungan Belia Sekopi Daerah Hulu Selangor (Belia Sekopi) di rumahnya di Taman Bernam Jaya, semalam.

Jasni berkata, suaminya mula dikesan mengalami tanda-tanda strok ketika kembali dari berkursus pada awal September 2013.

"Suami dilihat tak dapat seimbangkan pergerakan ketika berjalan dan hari demi hari tahap kesihatannya kian menurun.

"Saya bawa suami buat pemeriksaan di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) dan kami diminta buat temu janji untuk rawatan seterusnya di Hospital Sungai Buloh (HSB). Selang beberapa hari kemudian, suami mengalami serangan strok yang teruk sehingga dia koma selama dua hari,” katanya.

Katanya, suaminya terpaksa menjalani pembedahan pada 24 November 2013 setelah mengalami darah beku pada saluran darah di kepala, paru-paru dan paha.

"Strok yang menyerang suami berpunca dari darah beku tersebut. Selepas selesai menjalani rawatan di HSB, suami dibenarkan pulang, namun belum pulih sepenuhnya dan masih bergantung pada bekalan oksigen.

"Tak ada rawatan lain yang boleh dibuat kecuali susulan pada April nanti. Saya akan berusaha dapatkan rawatan alternatif untuk memulihkan sepenuhnya penyakit suami," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Belia Sekopi, Hanif Khan Sairan berkata, kunjungan mereka bukan saja untuk memberi dan menyampaikan sumbangan makanan keperluan harian daripada Penaung Belia Sekopi, Zam Hasri Jaafar, tetapi untuk mengajak lebih ramai pihak untuk membantu.

“Kami melihat Samsir memerlukan kerusi roda untuk membantu pergerakannya selain bantuan susu dan kain lampin dewasa.

“Kami harap ada badan kebajikan, pertubuhan bukan kerajaan, orang berkemampuan yang prihatin bagi memberi sumbangan untuk keperluan harian keluarga ini,” katanya.


3

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leylapple 13-1-2014 10:01 AM
“Kami harap ada badan kebajikan, pertubuhan bukan kerajaan, orang berkemampuan yang prihatin bagi memberi sumbangan untuk keperluan harian keluarga ini,” katanya.


patutnya JKM, baitulmal dah blh turun padang utk bagi bantuan...
Quote vv2005 13-1-2014 10:04 AM
allahuakbar,..pengorbanan seorang isteri.
Quote ringcat 13-1-2014 10:07 AM
KTMB tak tolong apa2 ke staf dia ni?
Quote shakirajefrydin 13-1-2014 10:23 AM
pengurusan zakat selangor adalah yang terbaik sehingga dimaklumkan tiada orang miskin dan homelss di selangor..
Quote ogata 13-1-2014 10:31 AM
bagus mak cik ni ada inisiatif berjual nasi lemak.....
Quote sofea_jenab 13-1-2014 10:37 AM
moga akak ni tabah...
Quote ren0_0 13-1-2014 10:45 AM
takpe kak. berniaga nasik lemak ni pun untung jugak. tambah-tambah area bandar. selalu beli nasik lemak tak pernah la bawah RM5. nasik lemak kosong je yang murah. semoga akak bertabah
Quote tinker_bell 13-1-2014 10:51 AM
shakirajefrydin posted on 13-1-2014 10:23 AM
pengurusan zakat selangor adalah yang terbaik sehingga dimaklumkan tiada orang miskin dan homelss di ...

benar nok..sbb tu pemimpin pr mintak wang zakat dberi untuk org non muslim..org muslim kt selangor semua kaya2..dah tak payah bantuan..kt selangor yg miskin2 semua non muslim jah..
Quote lady_rara 13-1-2014 11:02 AM
harap ada pegawai JKM yang baca artikel ni...
Quote monreyes 13-1-2014 11:05 AM
nebor aku jual nasi lemak kaya
Quote Artemesiaa 13-1-2014 11:06 AM
Syukur ada juga usahanya walaupun sekadar berjualan nasi lemak tak le bergantung sepenuhnya pada bantuan je.
Quote poyohabis 13-1-2014 11:08 AM
kawan aku dl mak dia ibu tunggal pon berniaga nasi lemak...sampai kawan aku n adik beradik dia dah lps univ..skrg mak kawan aku dah senang dah..anak2 semua suruh mak dia jgn berniaga..duk umah jer..deme siap belikan tanah n buat umah banglow beso tuk mak deme...tp mak kawan aku kata boring lak duk umah jer selain pegi kelas mengaji..tetap gigih menjual nasi lemak pagi2...
Quote asher 13-1-2014 11:10 AM
ok la tu ada gak usaha iktihar nk cari pendapatan dr dok mengemis kat kaki jalan..
Quote fifie_olin 13-1-2014 11:12 AM
aku penah dgr la...pki bmw just jual ns lemak jek....pya la pndi saving...
Quote kikuri 13-1-2014 11:17 AM
kalo pandai meniaga jual nasik lemak pon boleh kaya...macam ade sorang makcik kat rumah aku dulu jual nasik lemak nasik minyak bawah pokok....lepas tu bukak kedai...kayo dah...nasik minyak kamben rm8 ka rm9..kayo lah makcik warung ceri
Quote yusryimran 13-1-2014 11:17 AM
leylapple posted on 13-1-2014 10:01 AM
patutnya JKM, baitulmal dah blh turun padang utk bagi bantuan...

betul aku setuju dengan kau baitulmal hanya goyang telur aje.. and tahu nak qurey application orang...
Quote DeMax 13-1-2014 11:22 AM
leylapple posted on 13-1-2014 10:01 AM
patutnya JKM, baitulmal dah blh turun padang utk bagi bantuan...

Depa tgh sibuk berdemo mempertahankan kalimah Allah
Quote cocoagirl 13-1-2014 11:38 AM
Harap suami akak ni cepat sembuh...bertabah la  akak
Quote chaintea 13-1-2014 12:20 PM
tahniah..akak x patah semangat...ttp berusaha
dr meminta minta kan

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046656 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top