CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cny: Bank Negara Kitar Semula Note Rm1, Rm5

16-1-2014 10:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12809| Komen: 10



KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mengitar semula wang kertas RM1 dan RM5 sebagai menyokong inisiatif Hijaukan Alam Sekitar, sempena Tahun Baru China (CNY).
          
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata inisiatif itu yang dilancarkan pada Julai 2013, menerima sambutan menggalakkan daripada orang, dan berjaya mengurangkan pengeluaran wang kertas baharu sebanyak 35 peratus semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
          
"Bank Negara Malaysia menghargai sokongan orang ramai terhadap inisiatif ini dan menggesa semua warga Malaysia untuk terus menggunakan wang kertas yang hampir baharu untuk edaran semula semasa sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang ini," katanya.
          
BNM mengeluarkan kira-kira 750 juta keping wang kertas baharu RM1 dan RM5 untuk Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina setiap tahun, namun daripada jumlah yang dikeluarkan itu, kira-kira 70 peratus atau 500 juta keping wang kertas, disimpan semula ke dalam bank dan tidak digunakan untuk sebarang transaksi pembayaran, yang merupakan penggunaan sumber negara yang tidak wajar.
           


Bank pusat itu berkata pengeluaran 500 juta keping wang kertas menggunakan lebih daripada 80 tan dakwat dan 2 juta kWh elektrik, yang mencukupi untuk kegunaan 7,500 rumah di seluruh Malaysia untuk sebulan.
          
"Orang ramai digalakkan menggunakan wang kertas yang hampir baharu itu sebagai 'angpow' memandangkan wang kertas berkualiti tinggi sahaja diedarkan semula," katanya.
          
Inisiatif Hijaukan Alam Sekitar Anda itu ialah inisiatif nasional untuk menggalakkan kelestarian sumber dan pemuliharaan persekitaran itu merupakan usaha sama oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Badan Bukan Kerajaan bagi Alam Sekitar dan Yayasan Anak Warisan Alam, katanya.
          
"Sepanjang musim perayaan ini, Bank Negara Malaysia akan memastikan wang kertas yang mencukupi dalam semua denominasi, dengan ABM dan AIBM akan membantu mengedarkannya kepada orang ramai melalui cawangan-cawangan bank dan ATM," katanya. 
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PathFinder@60 16-1-2014 12:07 AM
Nah...



Quote lady_rara 16-1-2014 08:08 AM
selamatlah pokok2....
Quote lady_rara 16-1-2014 08:09 AM
selamatlah pokok2....
Quote aechae 16-1-2014 08:20 AM
raya thn lps pn dpt duit lama

so this year da siap2 kumpul duit biru n hijuau yg bru utk duit raya nnt
Quote fifie_olin 16-1-2014 08:23 AM
kalo dpt duit2 br ni syg tul nk pki...bau wangi jek...
tp kalo dh terdesak guna gak
Quote little_sis 16-1-2014 08:23 AM
xpe la.. baru ke lama ke, value x berubah pun..
Quote shiro82 16-1-2014 08:34 AM
tahun ni anak2 buah aku dapat duit raya recycle je,tak da duit baru.
Quote AraBellaJuan87 16-1-2014 08:38 AM
aechae posted on 16-1-2014 08:20 AM
raya thn lps pn dpt duit lama

so this year da siap2 kumpul duit biru n hijuau yg bru utk duit ray ...

same!
Quote attyra 16-1-2014 08:47 AM
kalo budak2 takmo duit lama as duit raya ... kira selamat ler poket kita hahahaha
Quote adelea 26-1-2017 10:37 AM
little_sis replied at 16-1-2014 08:23 AM
xpe la.. baru ke lama ke, value x berubah pun..

klu guna yg baru tukar USD sama value ok jugak haha  


tapi xde beza , pakai je la yg lama

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.035519 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top