Sesak 10 kilometer 2 bas kemalangan NILAI, 14 Nov: Pengguna lebuh raya menghala ke utara terpaksa menempuh kesesakan sepanjang kira-kira 10 kilometer apabila dua bas ekspres terbabit kemalangan di Kilometer 275, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, petang semalam. Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Tinjauan mendapati kesesakan turut berlaku di kedua-dua arah apabila sebahagian pengguna lebuh raya memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian. Begitupun, kecekapan pihak berkuasa termasuk anggota polis trafik dan peronda lebuh raya berjaya mengawal lalu lintas, sekali gus kesesakan hanya berlaku kira-kira 12 minit sebelum bas ekspres yang melintang dialihkan dan trafik beransur lancar. Sementara itu, seramai 25 penumpang menempuh detik mencemaskan apabila bas ekspres dinaiki hilang kawalan dan melintang di tengah jalan di tempat kejadian. Menurut seorang pemandu bas yang enggan dikenali berusia 20-an, ketika kejadian dia yang mengekori bas ekspres berkenaan terkejut melihat ia melintang di tengah jalan dipercayai gagal dikawal. “Saya terus menekan brek bagi mengelak merempuh bas itu, sebelum bas dipandu terbabas ke dalam longkang dan terbalik. “Syukur tiada yang cedera, bagaimanapun, jika saya merempuh bas pertama itu, berkemungkinan ada nyawa penumpang akan melayang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, bas yang melintang di tengah jalan itu dipercayai dari arah Pontian, Johor untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (BTS), di ibu negara sebelum hilang kawalan. “Bas yang dinaiki 25 penumpang itu kemudian melanggar besi penghadang lebuh raya sebelum melintang di tengah jalan menyebabkan bas kedua terpaksa membrek kecemasan. “Akibatnya, bas kedua terbalik memasuki longkang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku berikutan ketika kejadian, tiada penumpang dalam bas dari Singapura ke Pantai Remis, Perak itu,” katanya. Katanya, bagaimanapun, kemalangan itu menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah lebuh raya apabila semua pengguna mengambil kesempatan untuk melihat kejadian itu. “Kita sudah mengambil keterangan kedua-dua pemandu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kemalangan. “Saksi kejadian diminta tampil di balai berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 bagi membantu siasatan,” katanya. p/s Forumer yg terbabit, sila lapor... Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 14 Nov 2012 1. Ehwal kemasyarakatan -5 threads 2. Pendidikan - 0 thread 3. Seks - 0 thread 4. Jenayah - 3 threads 5. Dunia - 2 threads 6. Sukan - 0 thread 7. Ekonomi - 0 thread jumlah thread - 10
|
tobby posted on 14-11-2012 12:17 PM
bawak laju lagi. harap boh kamera AES setiap 5km .. biar drebar maut ni kutip saman.
kasibiman posted on 14-11-2012 12:34 PM
last sunday, GORET time.
plaza tol air hitam - plaza tol somban. 185km distance.
harimau76 posted on 14-11-2012 07:26 AM
sesak sbb depa sibuk dok amik no bas yg kena langgar and no. bas yg melanggar kut.. sambil2 tu dok p ...
MissNigga posted on 14-11-2012 07:23 AM
highway kat area2 Nilai - Seremban - KL ni.. kalo dah jam, memang skeri tol arrrr
mau berkemutu dan ...
ADVERTISEMENT