CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Pakai Kasut Tumit Tinggi Tanpa Kesakitan

21-1-2014 12:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19632| Komen: 43

Wanita dan kasut tinggi boleh dikatakan tidak boleh dipisahkan. Kasut tumit tinggi bukan sahaja membuat wanita kelihatan bergaya dan seksi, malah mereka juga memberi anda ketinggian yang lebih beberapa inci serta memberi keyakinan diri.

Tetapi pemakai kasut tinggi juga berdepan masalah kesihatan apabila memakainya kerana memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan postur badan tidak baik, membuat kaki anda lemah dan menyebabkan anda sakit belakang.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberap tips yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan diri anda sakit kerana kasut tumit tinggi.

Cara berjalan
Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah yang pada masa yang sama. Berjalan dengan cara yang sama apabila anda memakai 'flat shoes' - dengan setiap langkah yang anda ambil, letakkan tumit anda terlebih dahulu dan kemudian jari kaki anda.

Rehatkan kaki anda
Adalah baik untuk memberi kaki anda berehat sekali-sekala . Tanggalkan kastu tumit anda dan reganggkan atau urut kaki anda. Cara ini akan membenarkan kaki anda 'bernafas' untuk seketika. Rendamkan di dalam bekas berisi air suam berisi aromaterapi.

Pilih ketinggian tumit sesuai
Pilih tumit wajar yang membolehkan anda berjalan seperti biasa. Terdapat pelbagai ketebalan dan ketinggian tumit kasut yang boleh anda pilih. Jika anda sudah biasa mengenakan kasut tumit tinggi, tak salah memilih tumit yang runcing dan setinggi yang anda mahu. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi, pilih tumit yang mempunyai ketinggian sederhana ataupun pakai sahaj wedges.

Jangan memakai kasut tumit jika anda berdiri atau berjalan untuk masa yang lama
Selalu bawa sepasang kasut biasa jika anda tidak selesa. Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Elakkan memakai lebih daripada 4 kali seminggu dan pastikan ada sekurang-kurangnya 2 hari di antaranya. Ini juga membantu kasut anda bertahan lebih lama.

Pilih dari fabrik yang sesuai
Kini terdapat banyak fabrik kasut yang boleh anda pilih seperti plastik, jelly shoes, fabrik kulit dan juga fabrik campuran. Pilih kasut dari fabrik kulit untuk kasut yang tahan lama serta berkualiti. Jika anda inginkan kasut tumit tinggi yang melekat pada kaki, pilih jelly shoes kerana biasanya ia mengikut bentuk kaki anda dan mengurangkan geseran kulit kaki dan kasut yang menyebabkan kaki melecet. Tambahkan kusyen pada tapak kasut supaya tapak kaki tidak menerima stres dari tapak kasut yang keras.

Beli kasut dari jenama yang baik
Biasanya kasut dari jenama terkemuka direka dengan baik dan tidak menyakiti kaki anda berbanding kasut tumit yang boleh didapati di mana-mana kedai biasa.

         


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 20-1-2014 04:14 PM
aku xmampu pakai..
Quote Dia_Yuni 20-1-2014 04:58 PM
Pasni kena praktikkan tumit bertemu tanah dulu baru jari kaki.
Quote ss8384 20-1-2014 11:58 PM
Practice make perfect..kehulu hilir dlm bilek Dulu yer...
Quote Mireya 22-1-2014 10:06 AM
I pernah pakai heels waktu interview. I pakai dalam 5 jam lepas tu terus rasa nak menangis sebab sakit sangat. Kelakar pulak bila teringat balik.
Quote shieda 22-1-2014 11:12 AM
kasut tumit yg pernah ku pakai paling tinggi 2.5 inci....tak berani lbh dr tu...tp skrg ni lbh selesa dgn wedges jer...
Quote awinpj 22-1-2014 03:31 PM
yg tips no.5 beli kasut dari jenama yg baik

kasut tinggi brand apa yg elok?
Quote aechae 22-1-2014 09:33 PM
awinpj posted on 22-1-2014 03:31 PM
yg tips no.5 beli kasut dari jenama yg baik

kasut tinggi brand apa yg elok?

klu pndpt aku lah kn, jenama ke x tu faktor kos bleh jd penghalang...

as long curve kasut tu 'kena' dgn kaki kita tu kira ok lah...kdg2 mahal pn curve tu x ngam tu yg jd lenguh

tidak la tergamak nk pkai kasut hrga sma byk dgn kos mkn utk sebulan huhuhu

Quote manganini 24-1-2014 01:15 AM
i pakai flat je sekarang.. sangat selesa..
Quote Syumaimah 24-1-2014 06:38 AM
Tak suka pakai kasut tumit tinggi sebab aku dah tinggi nanti nampak cam zirafah jalan
Quote AzzaAzman 24-1-2014 08:00 AM
Xreti.... lah.
Quote pinkzara 24-1-2014 11:04 AM
so far,
brand primavera sakit.
school sakit (tak selesa)
clarke ok..

tapi semenjak obes ni tak berapa best la pakai heels, takut terjatuh time catwalk
Quote qasehnuramy 24-1-2014 01:49 PM
pinkzara posted on 24-1-2014 11:04 AM
so far,
brand primavera sakit.
school sakit (tak selesa)

school n clarke mahal skit kan?

Quote pinkzara 24-1-2014 03:28 PM
qasehnuramy posted on 24-1-2014 01:49 PM
school n clarke mahal skit kan?

clarke $200 lebih
scholl nak dekat $200.



Quote qasehnuramy 24-1-2014 03:30 PM
pinkzara posted on 24-1-2014 03:28 PM
clarke $200 lebih
scholl nak dekat $200.

pikir 10x nk beli...
qaseh ada sepasang kasut tinggi jenama primevera kot....
tahan..almost 5year dah...jarang pakai..hnya utk certain fuction je...
normal prefer flat shoes jer
Quote cloudy_83 24-1-2014 10:10 PM
bukan orang kata lagi mahal heels tu lagi selesa ke?
Quote daai_violet 24-1-2014 10:35 PM
primavera sakitlaa, charles & keith ok skit
Quote munchkin 24-1-2014 10:51 PM
Clarks ok tapi 2 kaut beli sekejap je rosak. Ada kata rockport ok. Belum pernah try.
Quote qasehnuramy 25-1-2014 03:42 PM
daai_violet posted on 24-1-2014 10:35 PM
primavera sakitlaa, charles & keith ok skit

charles n keith poket plak yg sakit huhuhuhuhu
Quote Syumaimah 25-1-2014 03:54 PM
qasehnuramy posted on 24-1-2014 01:49 PM
school n clarke mahal skit kan?

Mahal tapi berbaloi. Aku pakai scholl best rasa. Masa kaki aku kena alergik dulu tak rasa sakit pun bila pakai walhal klu jalan atas lantai mmg sakit

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.057541 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top