CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena Langgar Selepas Menyamun

23-1-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6764| Komen: 34


Salah seorang penyamun yang mengalami kecederaan di kedua-dua kaki akibat dirempuh sebuah van selepas melakukan rompakan

SEREMBAN – Seorang penyamun patah kedua-dua belah kakinya, akibat dirempuh sebuah van dalam usaha melarikan diri selepas melakukan rompakan, di sebuah kedai serbaneka di Jalan Tun Dr Ismail, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, dua perompak masuk ke kedai tersebut lalu mengacukan parang kepada dua pekerja kedai berkenaan, sebelum meminta sejumlah wang.

Menurut juruwang kedai tersebut dikenali sebagai Nadia, dia dan rakan sekerjanya yang bertugas pada waktu pagi itu, terkejut dengan kehadiran perompak berkenaan, yang kelihatan sangat bengis dan menakutkan.

“Tanpa berfikir panjang, saya menyerahkan sejumlah wang yang ada tanpa mengetahui jumlah sebenar.

“Sejurus wang tersebut diperolehi, lelaki berkenaan meluru keluar dan menaiki motosikal yang sedia menunggunya di luar kedai,” katanya.

Selepas kejadian tersebut, datang empat anggota polis peronda yang ketika itu membuat rondaan di jalan berkenaan.

Akibat terlalu cemas dengan kegiatan jenayah yang dilakukan, kedua-dua suspek kemudiannya mengikut laluan bertentangan, untuk melarikan diri.

“Dalam keadaan kelam-kabut, motosikal suspek dirempuh sebuah van yang datang dari arah Mantin.

“Seorang daripada suspek mengalami kecederaan di kaki dan tangan, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap polis, suspek yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindak susulan, dan keterangan daripadanya juga diambil untuk direkodkan.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Sekysen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata.

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat, boleh tampil di mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

15

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctcham 23-1-2014 08:51 AM
padan muka ambik ubat!!!
Quote magnus 23-1-2014 08:53 AM
Good for yulah...
Quote ip_lepat 23-1-2014 09:07 AM
hampir kojol...
Quote xtahumenahu 23-1-2014 09:09 AM
jgn bagi kojol dulu...tangkap sekor lagi...pastu nak mampus...mampus la
Quote jonlabu 23-1-2014 09:10 AM
takdak ka org nak ratib bayar cash?
Quote mikasa 23-1-2014 09:11 AM
rugi laa tak kojol......tapi elok jugak...kalau kojol member dia mesti susah nak tangkap
Quote nexusys 23-1-2014 09:23 AM
kompom kena rembat kaw2 dalam lokap mwahahahahhaha padan muka....
Quote dubuk 23-1-2014 09:34 AM
kalau tak dilanggar pasti pergi rompak orang lain pula
Quote Kambeng_Gurun 23-1-2014 09:36 AM
padan muka!
Quote haryatie 23-1-2014 09:52 AM
ambik ko...
hadiah terbaik
Quote annehuda 23-1-2014 10:01 AM
tgk badan mcm sihat walafiat tp keje merompak. puih!
Quote fifie_olin 23-1-2014 10:07 AM
byr cash terus...
ngeri wei tgk kaki dia...bengkak bengkok dh...
Quote lady_rara 23-1-2014 10:11 AM
tak pasal2 tempang...
Quote hyie 23-1-2014 10:16 AM
moslem sunni?
Quote vv2005 23-1-2014 10:18 AM
X SELAMAT EKAU...
Quote edoraixora 23-1-2014 10:19 AM
mendapat lah ko....
Quote BotakChinPeng 23-1-2014 10:23 AM
Cina ka ..?.
Quote kudajantan77 23-1-2014 10:31 AM
Hindu paria ka?
Quote sashin 23-1-2014 10:51 AM
ayoo ngeri gila tgk kaki dia...aper2 pun Allah bayar cash

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.057999 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top