Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata 90 peratus premis makanan di pasar berkenaan dikategori kotor berdasarkan hasil penilaian tahap kebersihan yang dilakukan jabatan itu. "Sikap mereka mungkin akan mencalarkan imej negeri sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) kerana negeri ini menjadi satu daripada tumpuan pelancong dari dalam atau luar negara. Kami kategorikan tahap kebersihan di sini sebagai Gred B ke bawah dan peniaga harus memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas Ops Penggredan premis makanan di pasar itu, di sini hari ini. Ahmad Razin berkata peniaga seharusnya mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab mereka untuk menjaga premis masing-masing agar sentiasa bersih dan selamat. "Jangan bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja. Kebersihan premis adalah tanggungjawab peniaga jadi mereka harus bertanggungjawab terhadap kebersihan premis masing-masing," tegasnya. Dalam operasi itu, Dr Ahmad Razin berkata sebanyak 49 daripada 84 premis makanan di pasar berkenaan diperiksa dan tiga daripadanya diarah tutup hari ini mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. "Lima lagi peniaga premis makanan dikompaun kerana tidak bersih," katanya yang memaklumkan operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan premis makanan di negeri itu berada pada tahap memuaskan.
|
choombee posted on 22-1-2014 10:05 PM
apo nk heran yg buruk n always bermslh cuma klntn slgor n penang...xde isu pin wajib masuk berita ja ...
sekngucing posted on 22-1-2014 10:30 PM
SEBENARNYA AGAK BERSIH BERBANDING TAHUN 80AN
aku pegi sini tahun 80an, kotor gila
sekarang dah ber ...
True-X posted on 22-1-2014 10:26 PM
aku tahan kencing..... takut nak masuk tandas awam kt situ...huhuhu..
tp serius lauk pauk dan kue ...
choombee posted on 22-1-2014 10:05 PM
apo nk heran yg buruk n always bermslh cuma klntn slgor n penang...xde isu pin wajib masuk berita ja ...
R2D2 posted on 22-1-2014 02:39 PM
mereka akan bagi gambaran buruk supaya org tak ke 3 negeri tu
mcm la Malaysia ni ada 3 negeri shj ...
sekngucing posted on 22-1-2014 10:35 PM
kau pegi tahun bila?
ada bnyak tandas situi sekarang, "tandas ceria" yg agak bersih ada sebelah d ...
ADVERTISEMENT