Dua kucing mati terjun kondo, seekor rentung Dua kucing mati terjun kondo, seekor rentung Kanak-kanak melihat dua kucing yang ditemui mati dipercayai terjun dari aras 14 selepas rumah tuannya terbakar.
GEORGETOWN - Seorang wanita tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui tiga kucing peliharaannya mati dalam kebakaran yang berlaku di BJ Court di sini, petang tadi. Wanita yang dikenali sebagai Suraya itu bergegas pulang selepas mengetahui rumahnya yang terletak di aras 14 kondominium berkenaan terbakar. Dia yang bekerja di pusat beli-belah Queensbay berkata, perkhabaran duka itu diterima daripada jirannya kira-kira jam 3.40 petang. Menurutnya, sebaik tiba di rumah, dia hanya bertanyakan mengenai kucing peliharaannya sahaja kepada anggota bomba yang bertugas di tempat kejadian. Namun harapan untuk melihat tiga kucing peliharaannya itu tidak kesampaian sebaliknya mendapat berita yang menambah kesedihannya. Menurut anggota bomba yang ditemui di tempat kejadian, seekor kucing dijumpai mati di ruang beranda rumah itu dan dua ekor lagi ditemui di bahagian bawah kondominium berkenaan. Katanya, dua kucing yang ditemui di bahagian bawah itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat 14 namun ditemui mati oleh orang ramai. Suraya berkata, dia hanya tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak empat bulan lalu dan tiga kucing itu yang menjadi penemannya selama ini. “Saya menjaga mereka sejak enam bulan lalu dan tak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir saya bermain dengan Daniel, Eddi dan Shasha (nama kucing peliharaannya),” katanya yang ditemui di tempat kejadian.
|
WawaRaRa posted on 24-1-2014 07:32 AM
macam boleh jer... dulu kwn aku dok kondo elite kat kl ni elok jer bela kucing.. hari tu kucing il ...
ADVERTISEMENT