Ampang: Angkara kucing, sepasang suami isteri berusia 29 tahun diugut bunuh oleh jiran mereka dalam kejadian di Taman Mulia, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, jirannya yang berusia 30-an dikatakan mengugut pasangan terbabit selepas mendakwa kucing peliharaan mereka menceroboh rumahnya. Sumber berkata, ketika kejadian, pasangan suami isteri itu sedang tidur sebelum dikejutkan dengan ketukan pintu bertalu-talu selain bunyi bising di luar rumahnya. Sebaik membuka pintu, seorang lelaki yang juga jirannya sudah berdiri di luar sambil memegang penyapu. Lelaki itu kemudian memaki hamun pasangan suami isteri itu dan mendakwa kucing peliharaan mereka menceroboh rumahnya,” katanya. Beliau berkata, pasangan terbabit kemudian menerangkan kucing peliharaan mereka tidak pernah dilepaskan daripada sangkar dan memberitahu, kemungkinan kucing liar yang masuk ke rumah jirannya itu. Bagaimanapun, penjelasan itu tidak diterima sebaliknya lelaki terbabit terus memarahi mereka,” katanya. Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian mengarahkan pasangan suami isteri itu supaya membuka jeriji rumah, namun mangsa enggan berbuat demikian bagi mengelak kejadian tidak diingini. Tidak berpuas hati, lelaki itu mengugut untuk membunuh pasangan terbabit sebelum melontar penyapu dipegangnya ke arah mangsa. “Lelaki itu beredar dari rumah mangsa selepas pasangan terbabit menutup pintu rumahnya,” katanya. Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang kerana bimbang dengan ugutan berkenaan. Harian Metro difahamkan, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK).-
|
16
Bagus |
15
Marah |
10
Terkejut |
21
Sedih |
22
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT