CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanam Ketum Di Rumah

30-1-2014 05:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10641| Komen: 21

  • Azlan melihat pokok ketum berhampiran sebuah rumah yang dilawatinya. 


PERLIS - Menteri Besar Perlis, Azlan Man kecewa sikap segelintir penduduk di negeri  ini yang giat menanam pokok ketum sebagai pendapatan sampingan.

Tegas Azlan, beliau tidak mahu Perlis nanti terkenal sebagai negeri `pengeksport’ ketum berikutan sudah terdapat banyak laporan berita di media cetak dan media elektronik mengenai aktiviti penyeludupan daun ketum di kawasan bersempadan Perlis dengan wilayah selatan Thailand.

“Saya menasihati penduduk di negeri ini terutama di kawasan luar bandar supaya tidak menjadikan tanaman ketum atau biak sebagai sumber pendapatan keluarga masing-masing kerana air ketum yang telah bercampur aduk dengan bahan lain termasuk serbuk mentol lampu atau ubat nyamuk berbahaya kepada mereka yang meminumnya.

“Sebagai orang Islam, kita tidak wajar meminum air ketum atau biak yang telah pun diharamkan di negeri ini kerana ia lebih ke arah keburukan dan menjejaskan kehidupan hingga ke tahap menjadi ketagih," katanya.

Azlan berkata demikian selepas melawat rumah beberapa penduduk yang memerlukan bantuan di kampung Jawi Seratus, Sungai Padang Sanglang, kelmarin.

Pada lawatan tersebut, beliau ternampak pokok ketum berhampiran salah sebuah rumah yang dilawatinya.

Katanya, masih banyak lagi cara lain untuk menambah pendapatan keluarga selain pokok ketum seperti mengusahakan sayur-sayuran di tanah terbiar di sekeliling rumah untuk dijual selain untuk keperluan keluarga sendiri.

Turut sama ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd Khalid Ahmad, Pegawai Baitulmal kawasan Parlimen Arau, Mohamad Radzi, Pegawai Khas (Kebajikan) Menteri Besar, Ariff Asmadi Ariffin dan Ketua Umno Cawangan Jawi Seratus, Rasul Raahimi.


10

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanacinta 30-1-2014 12:28 PM
tanam pokok ketum tak kena tangkap ke?
Quote shogun77 30-1-2014 02:36 PM
byk je org kg tanam..klu nk wat urusan jual beli, kena2 pagi2 buta..tkut kena tgkap tyme beropersi..
Quote namirulmukminin 30-1-2014 02:38 PM
Katanya, masih banyak lagi cara lain untuk menambah pendapatan keluarga selain pokok ketum seperti mengusahakan sayur-sayuran di tanah terbiar di sekeliling rumah untuk dijual selain untuk keperluan keluarga sendiri.
Nak tanam kangkung tapi harga kangkung murah yang amat... tadak untung...
Quote the_killer 30-1-2014 02:43 PM
ketum tu byk manfaat nya...orang dulu terutama orang2 utara malaysia dan selatan thai..daun ketum tu jadi ubat...tp skang orang telah menyalahgunakan
Quote PulutDereyan 30-1-2014 02:51 PM
makcik aku batuk xlega2.. ada org petua minom skit air daun ketum..
Alhamdulillah lega.. org yg salu minom tu salu kena batuk2 kot..
Quote lordvoldemort 30-1-2014 02:58 PM
tanam ketum pun salah... puih!

Perlis Ketum diKayangan
Quote azharuchan 30-1-2014 03:05 PM
baru aku tahu menteri besar perlis bernama azlan man..
Quote sup@rm@n 30-1-2014 04:47 PM
Orang dah ngundi ko tu ko layan je la perangai diorf tu
Quote cupu 30-1-2014 05:20 PM
PulutDereyan posted on 30-1-2014 02:51 PM
makcik aku batuk xlega2.. ada org petua minom skit air daun ketum..
Alhamdulillah lega.. org yg sa ...

ye ke?nk kena cr ketum ni.aku da dua bln batuk.lagi sebulan br brenti.sbb org kata aku batuk 100 hari.

xlarat la..mlm2 nk tdo pun xboleh.tambah pulak cuaca sejuk.makin kuat batuknya.
Quote kucingTomey 30-1-2014 05:34 PM
mmg la bodoh wey....sebelum mb ni jadi mb lagi perlis ni mmg darul ketum...dah org besar dekat negeri perlis tu pun ada kebun tanam bende ni...dekat sepadan....siap wat tol lagi mana2 org nak lalu situ buat seludup.....buat buat buta pulok mb baru nih....
Quote PulutDereyan 31-1-2014 01:14 AM
cupu posted on 30-1-2014 05:20 PM
ye ke?nk kena cr ketum ni.aku da dua bln batuk.lagi sebulan br brenti.sbb org kata aku batuk 100 h ...

haah bleh le try.. dia pn aritu batuk byk bulan jugak.. kalo xok try min madu.. mlm n pagi.. half teaspoon
Quote Muntz 31-1-2014 01:23 AM
Menteri Perlis, Kelantan dan Melaka yg baru nie aku tak tau langsung apa nama diorg.
Quote mak_wa95 31-1-2014 07:08 PM
cupu posted on 30-1-2014 05:20 PM
ye ke?nk kena cr ketum ni.aku da dua bln batuk.lagi sebulan br brenti.sbb org kata aku batuk 100 h ...

bukan nak menakutkan akak..
berubatlah..walaupun hanya batuk...jangan main2..

adik saya dulu batuk dekat 4 bulan..p klinik..hospital..farmasi..ubat kedai..petua orang semua buat..
pas2 tambah dengan demam,batuk masih lagi..badaan makin susut..lemah badan..
baru kalut minta jumpa pakar...dia kena kanser..tahap 4..
(xde kena mengena dengan batuk akak..just  citer je..untuk peringtan)
Quote roblucci 31-1-2014 07:25 PM
azharuchan posted on 30-1-2014 03:05 PM
baru aku tahu menteri besar perlis bernama azlan man..

Perlis Darul Underrated
Quote najib888 31-1-2014 07:35 PM
kucingTomey posted on 30-1-2014 05:34 PM
mmg la bodoh wey....sebelum mb ni jadi mb lagi perlis ni mmg darul ketum...dah org besar dekat neger ...

Baru ja aku nak komen cm ni.. Hehehe..
MB dulu kan ada projek tanaman herba apa ntah. Segala mak nenek pokok herba ada. Pokok ganja tak tau la ada ka dak.
.
Tak patut haramkan ketum. Ketum tak haram. Yg haram org yg modified ketum or salahguna..

Drpd dok nak haramkn, lebih baik legalize je. Sapa nak meniaga ketum kena ada lesen & bayar tax. Cam kat colorado juai ganja berlesen tu.. Kerajaan dpt income, peminum tegar dpt modhorat..
Quote lolaronggeng 1-2-2014 12:41 PM
mohon lulus ganja di malaysia ,,.
Quote rose_2011 1-2-2014 02:03 PM
adeh malu la sebagai org Perlis, asal keluar berita pasal Perlis je pasal Ketum.
Quote mirage_46 1-2-2014 03:05 PM
langkasuka nusantara ketum
Quote garyura 1-2-2014 05:19 PM
aku teringat ada kawan aku cerita masa berkempen pilihanraya, ada sorg ketua pemuda cawangan tu mintak duit peruntukan untuk beli ayaq ketum kat pemuda satu parti ni...tepuk dahi kawan aku....last2 kawan aku pun jd malu nak berjumpa dgn calon tu sebab kes ni...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.316150 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top