CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buku Teks Digital Akan Ganti Buku Teks Bercetak

7-2-2014 04:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6811| Komen: 37


PETALING JAYA 7 Feb. - Kementerian Pendidikan hari ini memperkenalkan buku teks versi digital yang boleh diakses secara dalam talian sebagai alternatif kepada buku teks bercetak.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, penggunaan buku teks digital itu yang mengandungi teks, grafik serta ciri flip (selak helaian) akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di seluruh negara mulai tahun ini.

"Ini adalah proses pembangunan dan peningkatan sistem pendidikan bagi pastikan kita mencapai tahap yang baik dalam dunia. Kita merupakan antara satu per empat negara yang terawal di dunia yang melaksanakan perkara ini.

"Kita memberi penekanan kepada pembelajaran kendiri di mana pelajar boleh merujuk buku teks digital ini pada bila-bila masa dan di mana-mana mengikut tahap kemampuan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku teks digital di sini, hari ini.


Beliau berkata, dalam gelombang pertama (2013-2015), kementerian telah memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan ID yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid.

Bagaimanapun, kata Idris, penggunaan buku teks bercetak masih dikekalkan buat masa ini.
Pendigitalan buku teks dilakukan dalam tiga gelombang seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula tahun 2013 hingga 2025.
Bagi gelombang kedua (2016-2020), kementerian merancang untuk menghasilkan buku teks dalam bentuk interaktif bagi mata pelajaran terpilih, yang mengandungi elemen teks, grafik, audio, video dan animasi untuk membantu pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Gelombang ketiga (2021-2025) pula bakal menyaksikan penerbitan buku teks digital bagi semua mata pelajaran termasuk bagi murid berkeperluan khas.
Idris berkata, para pelajar juga dibenarkan membawa peranti masing-masing (tablet, iPad) ke sekolah bagi tujuan mengakses buku teks digital untuk menggantikan buku teks bercetak. 

11

Bagus
14

Marah
23

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 7-2-2014 04:17 PM
selamatkan pokok2!!!!!!
Quote Subulhansam 7-2-2014 04:23 PM
Idris berkata, para pelajar juga dibenarkan membawa peranti masing-masing (tablet, iPad) ke sekolah bagi tujuan mengakses buku teks digital untuk menggantikan buku teks bercetak.

sekolah kena sediakan byk2 plag suis utk bdk2 mgecas tablet dan ipad.. bil letrik sek akan naik..sekolah bil letrik sapa byr?
Quote R2D2 7-2-2014 04:30 PM
digalakkan pakai brand Samsung
Quote mixieleo 7-2-2014 04:35 PM
VLE (Virtual Learning Environment)...habislah penerbit2 buku teks di malaysia lepas ni..
syarikat2 printing, paper nk cari mkn camner klu semua dah digital...


Quote R2D2 8-2-2014 06:08 PM
Education Ministry to upgrade contents of digital textbooks


       

KUANTAN : The Education Ministry will upgrade the contents of the digital textbooks launched yesterday in stages in line with government efforts to undertake educational transformation through the Malaysian Education Blueprint (PPPM) 2013-2025.

Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said currently the ministry had uploaded 313 titles of textbooks which could be accessed free of charge through the 1BestariNet portal and this would be followed up with an interactive website capable of replying to all questions in a tutorial manner besides using the videos and multimedia.

"Soon, we will upgrade it with much better contents through the videos, multimedia and interactive system to answer questions in a tutorial manner.

"The process to upgrade the digital textbooks is being carried out in stages in line with the transformation in education which is progressing smoothly now," he said.He said this to reporters after attending a special programme at an orphanage in Sungai Isap, here today

The programme organised by the Universiti Teknologi Mara Alumni Association (PAUiTM) was also attended by its president, Datuk Zaini Hassan, the Vice-Chancellor of the Industrial, Community and Alumni Network (ICAN) UiTM,Prof Dr Norsaadah Ismail and UiTM Pahang Acting Rector, Professor Dr Jamaludin Kasim.

Idris said the ministry took the initiative to launch the digital textbooks to churn out students who would be more independent without depending totally on studying in school and not to burden their parents.

"The availability of the digital textbooks will enable the children to study anywhere at all regardless of time. If they could only study in school or at home previously, now they can do so even during the holidays by bringing the iPad so that they revise their lessons from standard one to standard five," he said.-- BERNAMA


Quote mommymonster82 8-2-2014 06:10 PM
Pastikn malaysia selamat dulu..ni nanti budak sekolah jd sasaran peragut plak nnti nih...

Quote clarizsa 8-2-2014 06:16 PM
Subulhansam posted on 7-2-2014 04:23 PM
Idris berkata, para pelajar juga dibenarkan membawa peranti masing-masing (tablet, iPad) ke sekolah  ...

mgkin parents kna bekalkan powerbank skali...

bykla risiko kerosakan gadjets, kecurian etc... hmmm
Quote mommymonster82 8-2-2014 06:23 PM
clarizsa posted on 8-2-2014 06:16 PM
mgkin parents kna bekalkan powerbank skali...

bykla risiko kerosakan gadjets, kecurian etc... h ...

Cikgu pulak nnt dipersalhkn naper xtolong tengok...huhuhu
Quote clarizsa 8-2-2014 06:25 PM
mommymonster82 posted on 8-2-2014 06:23 PM
Cikgu pulak nnt dipersalhkn naper xtolong tengok...huhuhu

itula masalahnya... ada kebaikan n keburukannya..
Quote mak_wa95 8-2-2014 06:26 PM
Kroni mana la pula nak dapat tender nanti..
Quote shernazz 8-2-2014 06:28 PM
makin ramai pengguna facebook di mesia
chekgu pon bagi keje skola via facebook saja
x main dh cakap
satu klas diam je main game dalam tu
game ape tah yang dok tanya2 orang apekah jawapannya tu
Quote mak_wa95 8-2-2014 06:30 PM
Subulhansam posted on 7-2-2014 04:23 PM
Idris berkata, para pelajar juga dibenarkan membawa peranti masing-masing (tablet, iPad) ke sekolah  ...

tentang penggunaan eletrik...sekolah di negeri sayadah dapat araha supaya jimat penggunaan eletrik sebanyak 30%daripada tahun lepas...so kami diarahkan buka kipas pukul 10pagi...sdkolah dah banyak tingkat pas2 berada dilereng bukit, memang  panas la..*
Quote Irwan-Ahmad 8-2-2014 06:44 PM
mixieleo posted on 7-2-2014 04:35 PM
VLE (Virtual Learning Environment)...habislah penerbit2 buku teks di malaysia lepas ni..
syarikat2  ...

padan muka dorg,  dulu sedara aku juga di paksa beli buku teks versi sampah tu,  zaman 80 org dah panggil subjek matematik,  tapi teks yg di paksa beli tu masih tulis 'ilmu hisap' .....  puik,   nta dah ketinggalan brp zaman punya buku lagi nak paksa org beli




Quote dino 8-2-2014 06:50 PM
mixieleo posted on 7-2-2014 04:35 PM
VLE (Virtual Learning Environment)...habislah penerbit2 buku teks di malaysia lepas ni..
syarikat2  ...

penerbit pun bertukar pd versi digital semua.... mcm kat bachabooku tu berlambak je penerbit dah ade majalah buku segala versi online....
Quote dino 8-2-2014 06:52 PM
mak_wa95 posted on 8-2-2014 06:30 PM
tentang penggunaan eletrik...sekolah di negeri sayadah dapat araha supaya jimat penggunaan eletrik ...

takde isu pun....sama je ngan pemberian netbook tu.....ade ke isu charge kat sekolah....?
Quote mamarock 8-2-2014 07:11 PM
Tak yah dok bawak beg berat-berat lagi nanti
Quote nurul_akmar 8-2-2014 07:13 PM
sng ke belajar guna nota digital? nk conteng2 mcm ne?
Quote vespa_oren 8-2-2014 07:17 PM
aku memang guna ipad pun semua aku scan

tapi bca ebook nie xbest, aku bca utusan versi digital yang diberi percuma pun rasa xbest
Quote cubby_qt 8-2-2014 07:23 PM
Bagi yg miskin.. apa alternatif?? Huhuhu...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.079539 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top