CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Bmw X5 Terbang

12-2-2014 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13419| Komen: 36

Gambar hiasan


Batu Gajah: Lima sekeluarga yang sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Kampung Gunung Hijau nyaris maut sejurus sebuah kereta BMW X5 terbabas sebelum ‘terbang’ menghempap bumbung rumah mereka awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kereta yang dinaiki tiga lelaki dipercayai dipandu laju, hilang kawalan dan terbabas merempuh besi pembahagi jalan di laluan berbukit di kawasan kampung itu.

Kereta mewah itu kemudian merempuh sebatang tiang elektrik konkrit sehingga patah sebelum kenderaan itu menimpa bumbung dapur rumah berkenaan.

Bagaimanapun semua penghuni rumah yang ketika itu sedang tidur tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketiga-tiga individu di dalam kereta BMW itu juga terselamat.

Pemilik rumah, Ah Boon, 65, berkata, dia terjaga daripada tidur sebaik terdengar dentuman kuat di bahagian dapur sebelum mendapati sebuah kereta terbalik di atas bumbung dapur rumahnya.

“Dentuman itu sangat kuat hingga menyebabkan rumah kami bergegar seperti dilanda gempa bumi. Saya bernasib baik kerana kereta itu hanya menghempap bumbung dapur yang terletak hanya beberapa meter dari bilik tidur.

“Bahagian bumbung dapur ranap sepenuhnya akibat ditimpa kenderaan itu. Saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui sedang membaik pulih rumahnya petang, semalam.

Ah Boon yang bekerja sebagai tukang kayu berkata, jumlah kerugian dialami dan kos membaik pulih bumbung yang ranap dianggarkan RM1,000 dan pemilik kenderaan itu berjanji untuk menanggung kos berkenaan.

“Saya percaya pemandu dan dua penumpang kenderaan mewah itu berada di bawah pengaruh alkohol serta memandu laju sehingga terbabas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

1

Bagus

Marah

Terkejut
8

Sedih
1

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 12-2-2014 06:02 AM
semua kereta mampu terbang dah sekarang..
Quote md_nana 12-2-2014 06:04 AM
Kete terbang membuat pedaratan cemas....
Quote noor2 12-2-2014 06:31 AM
kereta sekarang makin canggih...
Quote nurul_akmar 12-2-2014 06:46 AM
kalau ada yg mati, kan tambah mslh tu.
Quote bunnybumbum 12-2-2014 07:20 AM
Mesti bawak laju tu..
Nasib baik semua selamat...
Quote Innrukia 12-2-2014 07:48 AM
Konsep hilang kawalan ni utk kereta bawak laju
Quote gaara_X 12-2-2014 07:54 AM
lepas nie kena wat kete terbang plak laa rasanya....
Quote pasuoren 12-2-2014 08:05 AM
bmw X5..?
boss mlm..???
Quote AdsMsia 12-2-2014 08:11 AM
scam !

gambir tarak kira scam

lalalalalala
Quote md.jie 12-2-2014 08:12 AM
preve' buleh?
Quote chinta89 12-2-2014 08:44 AM
kereta bersayap.

model baru! tgh testing la tu kott...
Quote namirulmukminin 12-2-2014 08:47 AM
@peYno ....
Quote ctaz 12-2-2014 09:03 AM
minta jer ganti rugi....
dah pakai x5....mesti la mampu byr kan......
Quote ResellerMaxis 12-2-2014 09:21 AM
gambar mana gambar??
Quote saden 12-2-2014 09:24 AM
bumbung je ranap yg pi mintak 1000 tu? sink, periuk semua tak kemek ke?
Quote ibu_haritz 12-2-2014 09:25 AM
aku nk jgk lah kete terbang ni satu...xdaya dah nk hadap jem hari kt PLUS highway..
Quote OmJualGas 12-2-2014 09:33 AM
adakah pemilik kereta BMW X5 ini adalah konco-konco mlm skim cepat kaya....
Quote AHMADVW 12-2-2014 09:35 AM
xpyh naik kapal terbang boli x5 pun boleh torobang
Quote penduduk_bumi 12-2-2014 08:29 PM
xde gambo ke?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-8-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.295984 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top