Kajang: Kegiatan seorang pemilik premis menjalankan pengedaran katrij tiruan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi sejak empat tahun lalu tumpas selepas diserbu, pagi semalam.
Difahamkan, premis itu mampu mengaut keuntungan lebih 30 peratus untuk setiap katrij yang dijual berikutan menggunakan semula katrij asli sebelum mengisi dakwat tiruan. Hasil intipan dan aduan pemilik cap dagangan, Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor, Mohd Shahran Mohd Arshad bersama tujuh anggotanya menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam sebelum merampas 1,333 katrij bernilai RM333,250.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, sindiket itu menjadikan premis rumah kedai itu sebagai stor menyimpan serta memproses dakwat katrij dan toner tiruan sejak dua bulan lalu.
“Mereka tidak menetap di tempat yang sama sebaliknya berpindah-randah bagi mengelak dikesan. Premis ini turut dijadikan tempat untuk mereka mengeluarkan hologram asal dari kotak terbuang dengan menggunakan gas pemetik api sebelum meletak semula hologram berkenaan pada katrij tiruan. Beliau berkata, sindiket berkenaan akan membeli dakwat serta toner kosong daripada pejabat yang tidak menggunakannya sebelum mengisi semula toner tiruan lalu menjualnya kepada orang ramai. “Siasatan mendapati bahan tiruan ini dihantar dan dijual di sekitar Lembah Klang pada harga yang lebih murah daripada yang tulen dan ini menarik perhatian kebanyakan pengguna. “Biasanya mereka akan membeli bekas toner dan katrij kosong pada harga RM28 hingga RM350 sebelum diisi dengan dakwat tiruan dan dijual pada harga RM28 hingga RM500,” katanya. |
pakwetizzaqyah posted on 14-2-2014 10:56 AM
aku pakai canon mp 258 dan pakai dakwat superjet..korang pakai apa..jom share dan diskus.....nak mam ...
ADVERTISEMENT