CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konstabel Amuk Protes Arahan Pindah !

26-2-2014 01:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5557| Komen: 18

Gambar hiasan


Kota Kinabalu: Berang apabila diarahkan bertugas ke tempat lain, seorang konstabel polis bertindak mencuri sepucuk pistol dan melarikan sebuah kenderaan unit peronda polis (MPV) selama satu jam selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan arahan ketuanya supaya berpindah.


Dalam kejadian 22 Februari lalu, anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau itu dikatakan turut mengamuk sebaik saja mengetahui namanya tersenarai untuk ditugaskan ke Balai Polis Pulau Mabul, Semporna.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, anggota itu berjaya ditahan selepas satu jam bertindak melarikan pistol dan kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Anggota ini didapati melakukan kesalahan tatatertib selepas mengambil senjata dan membawa kenderaan polis di Balai Polis Bandar Seri Indah tanpa kebenaran.

“Bagaimanapun, polis berjaya menahannya tidak jauh dari balai polis berkenaan,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Abdul Malek Harun.
Hamza berkata, ketika ditemui, anggota terbabit kelihatan menangis manakala pistol dicurinya ditemui di atas bonet belakang MPV berkenaan.

“Anggota ini akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri pistol dan kenderaan polis.
“Kes itu adalah salah satu kesalahan tatatertib dilakukan anggota tahun ini.

“Berdasarkan rekod, sepanjang tahun ini sehingga 23 Februari lalu, sebanyak 48 kertas siasatan kesalahan tatatertib anggota dan pegawai di seluruh negeri dibuka untuk siasatan,” katanya.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 23 kes bagi siasatan sama, tahun lalu.

Antara kesalahan tatatertib dilakukan termasuklah membabitkan rasuah, pelakuan, salah guna kuasa, jenayah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang terbukti melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman berpandukan Peraturan Pegawai-Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib 1993.

“Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran peraturan dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan anggota demi memelihara integriti polis seterusnya memastikan kepercayaan orang ramai terus terpelihara.

“Saya juga mengingatkan pegawai dan penyelia supaya memainkan peranan aktif dan tidak gentar menegur pegawai atau anggota di bawah seliaan mereka yang melakukan kesalahan,” katanya.

Hamza berkata, pegawai dan anggota harus menyiasat semua laporan orang awam dengan telus serta cekap manakala setiap maklumat diterima mesti diambil tindakan sewajarnya.

Saya tidak mahu mendengar rungutan atau aduan mengenai tiada tindakan diambil berkaitan maklumat diberi orang awam.

“Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan pasukan dan undang-undang negara,” katanya.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mziskandar 26-2-2014 05:54 AM
rasuah? pindah? x masuk jel pun.
Quote hydrocloric 26-2-2014 07:12 AM
mziskandar posted on 25-2-2014 09:54 PM
rasuah? pindah? x masuk jel pun.

kalu baca bebetul kes nih "“Anggota ini didapati melakukan kesalahan tatatertib selepas mengambil senjata dan membawa kenderaan polis di Balai Polis Bandar Seri Indah tanpa kebenaran." bukan rasuah..

statistik laporan menyatakan rasuah adalah dalam salah satu kesalahan yang telah dilakukan oleh angota PDRM .. see the magic words there... "anggota".

untuk memenjarakan org... ader peringkat,

-aduan
-siasatan
-dakwaan
-hukuman

mana buleh .. ada aduan terus penjara.. bukti mana.. IMHO



Quote tongkatwaran75 26-2-2014 07:26 AM
stres nih...

kena bertugas di Balai Polis Pulau Mabul, Semporna tu...
org sini tegila-gila nak gi pulau mabul...

tak sanggup berhadapan dgn tentera mendiang kiram kot...

Quote leylapple 26-2-2014 08:27 AM
ala, bukan setakat polis jer yang ngamuk bila dipindah tempat keja..

cikgu2 byk ngamuk dan mogok keja bila mintak pindah tak dapat2
Quote Czaziq 26-2-2014 08:29 AM
bersyukurlah ada kerja dan ada gaji
Quote mjla 26-2-2014 08:34 AM
Polis ni ngamuk ker majuk.

Quote crazecousa 26-2-2014 08:35 AM
selamilah hati anggota polis
Quote namirulmukminin 26-2-2014 08:42 AM
Kalu staff bank HLB tu ada gak NUBE nak tolong perjuangkan... Yang ni ko telan je la... Nasib ko la keje gomen... pindah randah ni dah jadi asam garam kakitangan gomen.... Tu pon ramai pekerja swasta yang jeles dgn kakitangan gomen neh... apa yang depa jeles pon aku tak tau la....
Quote sup@rm@n 26-2-2014 09:19 AM
Bonet kat depan la, apsal bonet kat blakang plak ni?
Quote RED 666 26-2-2014 09:28 AM
namirulmukminin posted on 26-2-2014 08:42 AM
Kalu staff bank HLB tu ada gak NUBE nak tolong perjuangkan... Yang ni ko telan je la... Nasib ko la  ...

bukan ke ada cuepacs untuk memperjuangkan kakitangan gomen? mengadu kat cuepacs lah.
Quote yayangmama 26-2-2014 09:36 AM
Haha...klaka plak....org beriya2 kumpul RM nak ke p.mabul...hikhik...bukan tawau n mabul tu xjauh sgt ke...naik keta pon bole sampai kn
Quote cekenit 26-2-2014 09:44 AM
RED 666 posted on 26-2-2014 09:28 AM
bukan ke ada cuepacs untuk memperjuangkan kakitangan gomen? mengadu kat cuepacs lah.

CEUPACS dok perjuangkan bab naik gaji n bonus je..mne ade nk tolong psl arahan penempatan nih...TO ikut jabatan la...kalo bos xsuke ko boleh blah..skjp je da dpt TO
Quote namirulmukminin 26-2-2014 10:18 AM
RED 666 posted on 26-2-2014 09:28 AM
bukan ke ada cuepacs untuk memperjuangkan kakitangan gomen? mengadu kat cuepacs lah.

Apa ceupacs buleh buat... Dah memang adat keje gomen ni pindah randah sejak dulu lagi.... citer kat ceupacs sama cam citer kat tiang letrik ja...
Quote amyainsamad 26-2-2014 10:19 AM
xtau nk kesian ke nk marah
Quote shamsadis 26-2-2014 10:21 AM
takut benor dok semporna kena culik kaaa
Quote tongkatwaran75 26-2-2014 11:20 AM
shamsadis posted on 26-2-2014 10:21 AM
takut benor dok semporna kena culik kaaa


dia dah terbayang-bayang tembak tapi tak kena-kena...
sbb org yg ditembak bole loncat dari pokok ke pokok mcm kera...
itu yg menakutkan...

Quote -electrifying- 27-2-2014 09:00 AM
spe sggop siak asik pndah2 je,
sbb ni la sbb aku xske mntak gomen sprti polis, bomba dll
Quote orgkuat 2-3-2014 09:12 AM
untungla keje gomen...kena tukar dah mengamuk

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061216 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top