CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Rosmah Di Culik : 2 Penyelamat Misteri Dicari

27-2-2014 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12326| Komen: 63

ROSMAH bersyukur kerana anaknya Nur terselamat daripada diculik di depan Sekolah Kebangsaan Kemumin, Pengkalan Chepa pada Isnin lalu.


KOTA BHARU - Kemunculan dua lelaki misteri tepat pada masanya telah menyelamatkan seorang pelajar tahun dua daripada menjadi mangsa culik di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemumin, Pengkalan Chepa di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Nur, 8, sedang menunggu ibu bapanya di depan SK Kemumin dan ketika itu hanya mangsa seorang diri berada di situ.

"Tiba-tiba mangsa dihampiri dua lelaki tidak dikenali dengan salah seorang terus memeluk dan cuba membawa mangsa masuk ke dalam sebuah kereta.

"Mangsa meronta-ronta dan cuba melepaskan diri menyebabkan salah seorang suspek mengambil kayu dari dalam kereta dan cuba memukul mangsa," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Difahamkan, ketika itu, sekolah itu tiada pengawal keselamatan atau pelajar lain.

Menurut beliau, semasa pergelutan itu, dua lelaki menaiki motosikal kebetulan melalui kawasan terbabit tiba-tiba tampil membantu mangsa.


"Kedua-dua suspek yang pada mulanya dipercayai cuba menculik mangsa beralih cuba melawan dua lelaki yang cuba menyelamatkan kanak-kanak itu.
"Bagaimanapun, hanya beberapa minit bergelut, dua suspek itu kemudian melarikan diri," kata beliau.

Selepas itu, Jalaluddin memberitahu, mangsa dihantar pulang oleh dua lelaki yang menunggang motosikal ke rumahnya di Kampung Pulau Belachan Pachor di sini.

Jarak sekolah dengan rumah mangsa kira-kira dua kilometer.

3

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 27-2-2014 07:44 AM

ROSMAH bersyukur kerana anaknya Nur terselamat daripada diculik di depan Sekolah Kebangsaan Kemumin, Pengkalan Chepa pada Isnin lalu.


Quote LoveSungmin 27-2-2014 07:53 AM
Tu dia brg kemas mak dia.. :Q
Quote pakwetizzaqyah 27-2-2014 08:01 AM
rosmah pekebenda?
Quote ais_kosong 27-2-2014 08:03 AM
mujur ada org tolong..
Quote fifie_olin 27-2-2014 08:04 AM
yg mak ngok x reti cpt2 amek anak tu nape...
lps tu bkn ke setiap skolah ada guard...
guard ngulor ke...
nsb baik ada lg manusia yg berhati mulia nk tolong...
kalo x abis la ko dikerja kan dik oii...
Quote jaa139 27-2-2014 08:05 AM
Alhamdulillah mangsa tak berjaya diculik..syukur ade yang nampak..kalau tak, tak tau ape nasib mangsa..
Quote chinta89 27-2-2014 08:17 AM
takutnya Malaysia skg..

Malaysia masih aman..-->kata Yang Berkenaan


ak nk sgt tgk anak menteri kena culik... biar diorg tahu cmne!
Quote gaara_X 27-2-2014 08:21 AM
syukur...semuanya selamat....
Quote BelovedTaeyeon 27-2-2014 08:24 AM
Salaam.

Oooo..Rosmah lain
Quote mjla 27-2-2014 08:30 AM
Camne sekolah tak de pengawal....  pelik plak aku.
Quote gula_tebu 27-2-2014 08:38 AM
tajuk benang tak menahan..kelam kabut aku bukak nak baca ingat anak Kak Mah Jib
Quote jengkoil 27-2-2014 08:41 AM
chinta89 posted on 27-2-2014 08:17 AM
takutnya Malaysia skg..

Malaysia masih aman..-->kata Yang Berkenaan

Tak baik dorr...
Quote annehuda 27-2-2014 08:41 AM
mak aih budak tahun 2 tp badan semangat tul. yg mak die pun nmpk body bersemangat sgt.
Quote Czaziq 27-2-2014 08:43 AM
alhamdulilah selamat anak ini
Quote kenarikelabu 27-2-2014 08:57 AM
Cilakak....ingat Rosmah rambut tebuan td... cett
Quote Tok_Batin 27-2-2014 08:58 AM
Ingatkan Big Mama tadi
Quote shamsadis 27-2-2014 09:01 AM
alhamdulillah selamat
Quote kikuri 27-2-2014 09:01 AM
ingat bik mama je ke boleh guna nama rosmah....


seb baik ko dik selamat...kalo tak tataw la hapa nasib ko...
Quote cheeky_meal 27-2-2014 09:10 AM
kenarikelabu posted on 27-2-2014 08:57 AM
Cilakak....ingat Rosmah rambut tebuan td... cett

amin pun..cissss...kecewa pulak..

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.109026 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top