CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Dirogol Dalam Kereta Oleh Bekas Tunang!

27-2-2014 10:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23945| Komen: 168

Gambar hiasan


Seremban: Angkara memutuskan pertunangan kerana tidak tahan sering dipukul, seorang pekerja kilang berusia 24 tahun dirogol bekas tunangnya di dalam kereta dalam satu kejadian di Jalan Seremban-Tampin, di sini, Ahad lalu.


Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan juga dikatakan turut ditumbuk di muka kiri apabila suspek lingkungan 20-an berang tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka beberapa minggu lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa dihubungi bekas tunangnya  jam 1 petang untuk keluar bersama, namun ditolak wanita terbabit.

Katanya, berikutan itu, suspek membuat  ugutan bunuh terhadap mangsa menyebabkannya ketakutan sebelum mengikut kehendak lelaki itu.

Menurutnya, suspek kemudian mengambil wanita itu di rumahnya di daerah ini jam 5.30 petang dengan menaiki kereta ke suatu lokasi yang tidak dimaklumkan.

“Pada jam 7 malam, kedua-dua mereka tiba di Port Dickson sebelum mangsa cuba mendapatkan penjelasan bekas tunangnya punca mereka ke kawasan itu sebelum berlaku pertengkaran menyebabkan suspek mahu mendapatkan penjelasan mengenai hubungan mereka menyebabkan mangsa diam,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang berang   cuba turun daripada kenderaan bagi menghubungi abang angkatnya, tetapi dihalang suspek.

“Suspek kemudian merampas telefon bimbit mangsa sebelum melepaskan satu tumbukan tepat di bahagian muka kiri menyebabkan mangsa cedera dalam mulut,” katanya.

Menurutnya, mangsa   memaksa suspek menghantarnya pulang ke rumah.

“Setibanya di tepi jalan di Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, kira-kira jam 9.15 malam, suspek bertindak luar dugaan apabila memberhentikan kenderaan dan menolak wanita itu ke tempat duduk belakang.

“Lelaki itu bertindak membuka pakaian mangsa sebelum merogol bekas tunangnya sebelum menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Kata sumber, punca pasangan itu putus tunang disebabkan sikap suspek yang  cemburu dan memukul wanita itu sejak mereka bertunang tahun lalu.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Senawang pada malam kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 27-2-2014 07:19 AM
ok.
dah kena rogol.
putus tunang tapi teruskan nikah jah


itukah yang diharapkan?
Quote alieyrina 27-2-2014 07:23 AM
Ye kerr...patut pun laki tu x nak lepaskan..pompuan bodoh ikuttttt ja ckp laki  mcm lembu kena cucuk hidung..laki kaki pukul mana yg x suka..lps kawen leh wat punching bag..

Abg angkat tu skendel dia kahh
Quote Gegancu 27-2-2014 07:42 AM
abang angkat skandal la tu..pffttt
Quote crazecousa 27-2-2014 07:52 AM
alang2 dh rogol..kawen je la
Quote pakwetizzaqyah 27-2-2014 08:05 AM
kerja bodoh anak dara melayu...keluar dating ngn bekas tunang....lol
Quote fifie_olin 27-2-2014 08:06 AM
kena ugut skit terus ketak lutut...report la polis...
Quote chinta89 27-2-2014 08:14 AM
berhati2 lah di luar sana kepada org lain..
Quote gaara_X 27-2-2014 08:18 AM
Pergh!!....ko rogol pun kalau dia tak nak kawin cam ne....ahaks!!..ko tunggu penjara laa nampaknya....
Quote BelovedTaeyeon 27-2-2014 08:20 AM
Salaam.

BENGAP punya lelaki.

Nikmat sekejap jer...meringkuk kau dan kena sebat.
Quote mjla 27-2-2014 08:25 AM
Tunang akai singket.

Bagikan tukul besi kat kpala jer org camni.
Quote Dewa19XKangen 27-2-2014 08:25 AM
nie sebelum dah biasa,dulu suka ngan horny,dah benci cakap rogol,taktik pompuan korup..
Quote menjad 27-2-2014 08:28 AM
Awat pi ikut... Bangang nye lah
Quote cupu 27-2-2014 08:30 AM
Mcm bodoh je..amik pun kt umh.klu. xmo sgt kunci pintu jela.xdenya kwn tu dpt masuk.garik jgk ni..da la nk hubungi abg angkat..aku mmg xpcy la klu berangkat2 ni.spesis gatal je.
Quote BotakChinPeng 27-2-2014 08:32 AM
Bangsa apa nih
Quote xtahumenahu 27-2-2014 08:35 AM
Mungkin ugutan bunuh tu dianggap main2
Quote vv2005 27-2-2014 08:44 AM
malang nye nasib...
Quote zafira 27-2-2014 08:48 AM
satu aje aku nak cakap.... bodoh!!
Quote Czaziq 27-2-2014 08:49 AM
dah umo 24 kot xkan xbole fikir rasional. ke suka dirogol? mcm drama melayu
Quote md_nana 27-2-2014 08:51 AM
Jahat nyeeeeeeeeeee

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.275242 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top