CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Berzina Depan Ibu Lumpuh

3-3-2014 06:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15346| Komen: 51

Gambar hiasan

Melaka: Seorang ibu lumpuh hanya mampu melihat anak lelakinya bersekedudukan dengan kekasih hatinya yang sarat mengandung di rumah mereka sejak lebih lapan bulan lalu di Duyong, di sini.

Malah, lebih menyedihkan apabila nasihat dan titisan air mata ibunya berusia awal 60-an selama ini bagai tidak diendahkan lelaki berusia 32 tahun itu.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki terbabit berakhir selepas kediaman itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.


Difahamkan, wanita sarat mengandung itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua anak.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah milik lelaki terbabit selepas menerima aduan sebelum menemui pasangan berkenaan.

Katanya, pihaknya turut menemui ibu kepada lelaki terbabit yang didapati lumpuh dan hanya mampu bercakap di kediaman berkenaan.



“Soal siasat terhadap pasangan terbabit mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan pernikahan, manakala wanita itu pula didapati mengandung dan mengakui tinggal bersama di situ sejak tahun lalu.

“Pasangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut berikutan didapati bersekedudukan serta wanita itu pula hamil luar nikah hasil hubungan mereka,” katanya, di sini, semalam.


Rahimin berkata, ibu kepada lelaki terbabit ketika ditanya memberitahu selama ini dia sudah puas menasihati anaknya kerana membawa pulang wanita itu tinggal bersama mereka.

Namun, dakwa wanita itu, anaknya tidak mempedulikan nasihat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana keadaan kesihatannya.

“Berdasarkan siasatan mendapati lelaki terbabit membawa wanita itu tinggal ke rumahnya sejak awal kehamilannya.  “Dia mahu memberi perlindungan terhadap wanita itu sehingga bersalin walaupun mengetahui tinggal serumah dengan bukan mahram  salah.

“Wanita berkenaan mempunyai dua anak dan mendakwa sudah ditinggalkan suaminya sejak lima tahun lalu dan mengenali lelaki terbabit sebelum dia berkahwin,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 1-3-2014 08:16 AM
Ishhhh... Mampuih.. Buta hati punya worang..
Quote noor2 1-3-2014 08:16 AM
anak ni patut di tembak sampai mampos dgn bini orang tu...


patut ibu dia berdoa agar anaknya disumpah jadi batu..

Quote Changa 1-3-2014 08:29 AM
One thing nya lelaki ini memang lelaki bertanggungjawab jawab. Mak lumpuh beliau jaga, Pompuan yang beliau henjut sampai nak beranak pun beliau jaga jua. Cuma cara nya sahaja tak kena
Quote tongkatwaran75 1-3-2014 08:50 AM
Changa posted on 1-3-2014 08:29 AM
One thing nya lelaki ini memang lelaki bertanggungjawab jawab. Mak lumpuh beliau jaga, Pompuan yang  ...

Matlamat tak menghalalkan cara...

Quote dubuk 1-3-2014 09:01 AM
perempuan ini keberangkalian yg dikejar tak dapat yg dipikul keciciran
Quote tongkatwaran75 1-3-2014 09:08 AM
noor2 posted on 1-3-2014 08:16 AM
anak ni patut di tembak sampai mampos dgn bini orang tu...

tembak lagi...
dah beli pistol dah ke ...Noor ?
Quote miawpink 1-3-2014 09:15 AM
Jahat nya mereka ni...
Harus di sula aje....
Birah sangat
Quote pittjie 1-3-2014 09:19 AM
banyaknyaaa story pasal zina dan rogol hari ni ya bang tong. eh ke hari2 mmg byk story mcm ni?
Quote Dewa19XKangen 1-3-2014 09:27 AM
kesian mak dia,tengok benda buruk depan mata,tp xmampu nak buat apa..
Quote tongkatwaran75 1-3-2014 09:27 AM
pittjie posted on 1-3-2014 09:19 AM
banyaknyaaa story pasal zina dan rogol hari ni ya bang tong. eh ke hari2 mmg byk story mcm ni?

ntah le...
aku tepek jer...
Quote airfilterrezza 1-3-2014 10:10 AM
wa bukan apa..

wa kalau ada mmber bersedudukan..

wa akan cakap..

lu nk romen ke hape ke..

lu baik buat sorok2..

lu tk yah gebang kuat..

wa menyampah..

kadang2 ada je dak2 yg gebang ni..

wa cepuk kaw2..
Quote -electrifying- 5-3-2014 09:49 AM
airfilterrezza: wa bukan apa..wa kalau ada mmber bersedudukan..wa akan cakap..lu nk romen ke hape ke..lu baik buat sorok2..lu tk yah gebang kuat..wa menyampah..kadang ...


wa tgk cara lu ckp pon cm org salu gebang...
Quote Loxlaxman 5-3-2014 09:51 AM
miawpink posted on 1-3-2014 09:15 AM
Jahat nya mereka ni...
Harus di sula aje....
Birah sangat

Birah tu bahase sebelah mana?
Quote AHMADVW 5-3-2014 09:54 AM
inilah citer sensasi hari2 kat metro,

hidup melayu
Quote poyohabis 5-3-2014 09:56 AM
Loxlaxman posted on 5-3-2014 09:51 AM
Birah tu bahase sebelah mana?

biasa birah nie bahasa org pahang yg bermaksud gatai sangat2 dah

Quote Cakkkk....aaaa 5-3-2014 10:01 AM
Changa posted on 1-3-2014 08:29 AM
One thing nya lelaki ini memang lelaki bertanggungjawab jawab. Mak lumpuh beliau jaga, Pompuan yang  ...

perempuan tu dah ditinggal lebih 5 tahun.... cuma proses penceraian mintak fasakh agaknya belum sah...biasalah pejabat agama.. lambat nau nak selesai...

jadi.. kalau permohonan fasakhnya dah cukup syarat... tapi tak selesai2 jugak... maka pihak jabatan agama pun kena bertanggungjawab..
Quote wiseguy 5-3-2014 10:05 AM
Cakkkk....aaaa posted on 5-3-2014 10:01 AM
perempuan tu dah ditinggal lebih 5 tahun.... cuma proses penceraian mintak fasakh agaknya belum sa ...

Mungkin diaorang nak kWin, tapi process perceraian terlalu rumit atau laki dia saja nak gantung tak bertali.


laknat jugak kalau ada laki macam tu,
Quote HannahMontana 5-3-2014 10:16 AM
blue film live mcm trigger show

maknya mesti tau anaknya dapat perangai buruk tu dari siapa

mesti drp jantan celaka yg tinggalkan dia 5 tahun sudah

yg perempuan sial tu pun boleh dibiarkan org tua ni tengok anunya di sondol

Quote Cakkkk....aaaa 5-3-2014 10:17 AM
wiseguy posted on 5-3-2014 10:05 AM
Mungkin diaorang nak kWin, tapi process perceraian terlalu rumit atau laki dia saja nak gantung ta ...

adaaaa... berlambak kat luar sana...

jenis yang takde kerja, kaki pam, otak dah biol.... bukan dia peduli masa depan anak bini..

lagikan mak bapak pun sanggup pukul bunuh.... nak harap diaorg fikir nak mudahkan penceraian?

jangan mimpi la..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.087840 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top