Populasi penduduk melebihi 100,000 orang di kawasan itu juga menyebabkan klinik berkenaan terpaksa melanjutkan waktu operasi sehingga jam 9.30 malam sejak 2011 lagi. Sebelum ini permohonan pembinaan klinik baru telah dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) namun ditolak. Namun usaha masih diteruskan supaya ia diluluskan memandangkan tanah lapang yang disediakan untuk tujuan itu juga telah ada. Baru-baru ini satu lawatan kerja telah dibuat Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang turut menyatakan akan membuat pertimbangan segera kerana ia merupakan keperluan mendesak. Menurutnya, klinik tersebut tidak lagi sesuai menampung jumlah pesakit di Selayang dan sekitarnya. “Keadaan klinik di sini sangat sesak dan ruang yang terhad menyebabkan dua doktor terpaksa berkongsi satu bilik rawatan. Ia pastinya menyebabkan pesakit kurang selesa. “Pada bulan April kita akan menyemak semula projek di bawah kementerian dan akan memberikan keutamaan kepada projek pembinaan klinik di sini,” katanya. Menurutnya, buat sementara waktu, klinik di sini akan diberikan peruntukan tambahan termasuk pembinaan stor ubat dan pembaikan kerosakan dinding yang dimakan anai-anai dan peralatan. Sementara itu, Pengerusi Panel Penasihat Pejabat Kesihatan daerah Gombak, Latiff Salim berkata, beliau mencadangkan supaya kemudahan klinik kesihatan diperbanyakkan bersesuaian dengan jumlah penduduk yang semakin bertambah. “Meskipun sudah ada hospital, tetapi klinik masih diperlukan untuk mendapatkan rawatan ringan dan apabila kemudahan terhad menyebabkan pesakit perlu menunggu lama. Besar harapan supaya klinik baru dapat disiapkan segera, dan dalam masa sama klinik lama dikekalkan serta klinik 1Malaysia diletakkan doktor sebagai memudahkan lagi pesakit membuat pilihan,” katanya. Sebelum ini Sinar Harian pernah melaporkan tentang masalah Klinik Kesihatan Selayang yang gagal menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai menjadikannya sentiasa sesak. Beberapa penambahbaikan telah dibuat termasuklah jumlah doktor ditingkatkan dan bilik mesyuarat turut digunakan sebagai bilik rawatan ibu mengandung namun ia tidak menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang menyebabkan klinik baru perlu dibina.
|
11
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
8
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sebelum ini permohonan pembinaan klinik baru telah dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) namun ditolak.
R2D2 posted on 5-3-2014 08:53 AM
jauh ke klinik ni dari hospital selayang?
cammie1711 posted on 5-3-2014 10:37 AM
Sekarang check up mengandung dgn klinik ni. Memang ramai gila. Appointment pukul 8, pukul 7 dh berat ...
gujiwa posted on 5-3-2014 10:48 AM
Lepas pindah hulu selangor geram plak aku tgk nursenye beborak lebih... nak tulis kat buku merah t ...
ADVERTISEMENT