CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cari Jodoh Cara Pantas Bermodalkan Rm40

5-3-2014 06:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13147| Komen: 140

Gambar hiasan


Cari jodoh cara pantas Bermodalkan RM40, individu boleh ikuti program suai kenal 

Sebilangan orang buat apa saja untuk mencari jodoh serasi. Dengan pelbagai medium yang ada, tugas mencari pasangan hidup semakin mudah.      

Kini, bermodalkan RM40, individu yang belum mempunyai teman hidup boleh mencari pasangan yang sesuai dalam tempoh 90 saat.      
      
Bayaran yang rendah, peluang untuk bertemu ramai orang bujang dalam situasi yang romantik menerusi perkhidmatan cari jodoh yang dikenali sebagai speed dating atau janji temu pantas.

Ketika ini janji temu pantas, menjadi aliran individu bujang yang ingin mendirikan rumah tangga.

Hasil maklumat daripada rakan yang pernah mengikuti aktiviti ini, mendapati modus operandi janji temu pantas hanya memerlukan pengguna mendaftar secara dalam talian dengan membayar RM40 terus ke dalam akaun syarikat seperti yang dipamerkan dalam laman web.

Individu yang sudah berdaftar akan dimaklumkan melalui e-mel mengenai tempat pertemuan, tarikh dan masa janji temu. Kaedah itu mampu menarik perhatian orang ramai, khususnya mereka yang memang sedang mencari teman hidup.
  
Sertai janji temu pantas

Baru-baru ini, wartawan FAMILI mencuba menyertai program janji temu pantas ini untuk melihat adakah ia berkesan untuk mencari jodoh.

Tepat jam 8 malam, penulis ke sebuah restoran yang terletak di ibu kota, sebaris dengan pelbagai premis hiburan yang menjadi kunjungan pelancong setiap hujung minggu.

Suasana restoran gelap, ditambah alunan lagu, berjaya menimbulkan suasana romantik, sekali gus menghilangkan rasa bimbang yang mula menyelubungi diri.

Sebaik mendaftar dan dihidangkan dengan minuman, makanan dan dihiburkan dengan aktiviti suai kenal bagi menghilangkan gementar, peserta diberikan penerangan mengenai atur cara serta perjalanan aktiviti pada malam itu.

Selepas setengah jam, 10 peserta wanita diarah mengambil tempat masing-masing di salah satu meja yang disediakan, manakala peserta lelaki diminta menunggu arahan daripada penjaga masa.

Penulis kemudian mengambil tempat duduk di meja kelima, yang turut disediakan pen dan borang bersama soalan untuk diajukan kepada pihak lelaki.

Sebaik menerima isyarat daripada penjaga masa, meja penulis dikunjungi seorang lelaki warga asing dalam lingkungan 30 tahun, berkemeja biru dan seluar hitam, dengan pantas memulakan bicara.

Selang lima minit, penjaga masa mengarahkan individu lelaki untuk beralih ke meja seterusnya dan keadaan ini berterusan selama lebih satu jam.

Risiko ditipu

Apa yang menarik mengenai perkhidmatan janji temu pantas ini adalah individu yang tidak menyukai pasangan di hadapannya, boleh membuat keputusan dalam tempoh 30 saat dan beralih kepada teman lain.

Tinjauan FAMILI BH juga mendapati lapan daripada 10 lelaki yang hadir di meja penulis terdiri daripada warga asing, berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Malah, sebaik tamat sesi perkenalan dan penulis dimaklumkan dua individu yang menepati kriteria yang dicari dan penganjur memberikan nombor telefon individu berkenaan untuk dihubungi.

Apa yang menjadi kebimbangan adalah selepas maklumat pengguna didedahkan kepada pihak lain, syarikat berkenaan tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan susulan yang dilakukan individu berkenaan.

Pasangan yang sudah berkenalan dan ingin melanjutkan perhubungan, boleh mengatur janji temu dan pertemuan tanpa pengawasan pihak ketiga.

Langkah itu nyata mengundang bahaya kerana perbuatan itu bukan saja membolehkan seseorang itu ditipu, malah dikhuatiri berlakunya kejadian rogol.                                

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leylapple 5-3-2014 03:15 PM
aku rasa dia tiru cara omputeh..

fast love ker apa namanya...

samada 1 to 1 dalam masa beberapa minit or group dalam 8 org mcm tu...

Quote Pailang 5-3-2014 03:17 PM
Ade jugak ke sindiket haram cari jodoh kat malaysia ni? Bukan ke haram dalam islam buat benda camni? So maknanya yang hadir tu pun kebanyakannya non muslim atau warga2 asing jer.
Quote annehuda 5-3-2014 03:21 PM
leylapple posted on 5-3-2014 03:15 PM
aku rasa dia tiru cara omputeh..

fast love ker apa namanya...

speed date namenye. nnt dikasi masa beberapa minit utk berkenalan pastu berkenalan ngan org lain plak dlm 1 grup yg sama. dah habeh tu barulah pilih mane yg berkenan. kalau ade yg serasi means aku pilih dia dia pilih aku baru agensi kasi contact number kt diorg

Quote NIXAR 5-3-2014 03:24 PM
katakan 2, 3 org terminat pada 1 org yg sama. cemana eh?
Quote amiraira 5-3-2014 03:24 PM
leylapple posted on 5-3-2014 03:15 PM
aku rasa dia tiru cara omputeh..

fast love ker apa namanya...

ya la..

mira pn tgk tv tapi mira x pasti chanel apa...

cara cari jodoh desperado ni...
Quote amiraira 5-3-2014 03:25 PM
NIXAR posted on 5-3-2014 03:24 PM
katakan 2, 3 org terminat pada 1 org yg sama. cemana eh?

sapu semuanya NIXAR....
Quote kelip2_07 5-3-2014 03:27 PM
90saat bl jnjikn bahagia seumur idup ke??ssh jgk tu nk wat kptsn wlpn calon dh ade
Quote NIXAR 5-3-2014 03:27 PM
amiraira posted on 5-3-2014 03:25 PM
sapu semuanya NIXAR....

itu dah gangbang......cthnye 3 jejaka suka 1 gadis....kena berlengan dulu x?
Quote gaara_X 5-3-2014 03:27 PM
pergh!!..nie type one night stand nie....
Quote NIXAR 5-3-2014 03:28 PM
kelip2_07 posted on 5-3-2014 03:27 PM
90saat bl jnjikn bahagia seumur idup ke??ssh jgk tu nk wat kptsn wlpn calon dh ade

possible jugak. cth org dulu x de dating2 terus kahwin sampai ke liang lahad juga kekal

Quote leylapple 5-3-2014 03:30 PM
annehuda posted on 5-3-2014 03:21 PM
speed date namenye. nnt dikasi masa beberapa minit utk berkenalan pastu berkenalan ngan org lain p ...

ha...kut?aku dah lupa jugak

siap ada nametag lagi tu...

lucu betul...masa duduk semeja dgn 1to1 tu, bergerak dalam bulatan, tulis maklumat diorang...bunyi loceng pegi pulak kat meja sebelah.

pernah terbaca buku pasal benda alah nie..lupa pulak title dia..LBD nyer book
Quote vespa_oren 5-3-2014 03:30 PM
Boleh lah untuk jantan kesepian dalam forum nie yg dah desperate nak ada pasangan, daripada sibuk P.A orang lain ke hulu ke hilir dalam forum
Quote leylapple 5-3-2014 03:30 PM
NIXAR posted on 5-3-2014 03:24 PM
katakan 2, 3 org terminat pada 1 org yg sama. cemana eh?

org yang diminati tu lah untung..leh pilih2 sapa dia nak...
Quote amiraira 5-3-2014 03:32 PM
NIXAR posted on 5-3-2014 03:27 PM
itu dah gangbang......cthnye 3 jejaka suka 1 gadis....kena berlengan dulu x?

kalau dh 3 lawan satu...

satu lak comel giler...
kena la yg satu tu pilih...

bkn mcm tu ke NIXAR....
Quote NIXAR 5-3-2014 03:33 PM
gaara_X posted on 5-3-2014 03:27 PM
pergh!!..nie type one night stand nie....

geng ONS cari pasangan di kelab je. x pun dlm laman sosial.

Quote dino 5-3-2014 03:33 PM
vespa_oren posted on 5-3-2014 03:30 PM
Boleh lah untuk jantan kesepian dalam forum nie yg dah desperate nak ada pasangan, daripada sibuk P. ...

ha ah yg sutun tu sian die... sampai kering kontang jdnya..... ku terdampar dilautan sepi....
Quote NIXAR 5-3-2014 03:33 PM
amiraira posted on 5-3-2014 03:32 PM
kalau dh 3 lawan satu...

satu lak comel giler...

kalau yg x terpilih x dpt terima hakikat cemana?
Quote AdamBillionaire 5-3-2014 03:35 PM
bodo kalau jenis tak laku guna agensi cari jodoh..

kesian tak de self confident..

pg mandi bunga banyak2.. telan ibu putih banyak2...
Quote NIXAR 5-3-2014 03:35 PM
leylapple posted on 5-3-2014 03:30 PM
org yang diminati tu lah untung..leh pilih2 sapa dia nak...

banyak choice dia. kdg2 payah jugak nak memilih. kena date semua sekali la senang

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.116347 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top