Lebuh Raya Tembus Bangunan di Jepun “Gate Tower Building”, sebuah bangunan 16 tingkat di Osaka, Jepun ini aadalah antara bangunan paling unik di dunia kerana terdapat sebatang jalan raya bertol yang menembusinya, tepat diantara tingkat 5 hingga 7. Jalan tol yang menembusinya merupakan jaringan jalan tol sepanjang 293.3 km. Jalan tol ini adalah sebahagian dari “Hanshin Expressway”, jaringan jalan tol yang menghubungkan Osaka, Kobe dan Kyoto. Uniknya lagi, penyelenggara jalan tol tersebut merupakan penyewa tetap pada tingkat ke 5 hingga 7 di gedung ini. Pada tahun 1983, pembangunan bangunan baru di kawasan ini dihentikan oleh pihak berkuasa tempatan, setelah rancangan pembangunan jalan tol yang kebetulan melalui kawasan bangunan ini dimuktamadkan. Namun, pemilik gedung ini menolak untuk menyerah,dan tidak mahu memindahkan bangunan tersebut ke tempat lain. Setelah berunding dengan penyelenggara jalan tol selama 5 tahun, muncullah solusi ini. Pemilik bangunan menggunakan tiang penyangga ganda untuk melindungi bangunan tersebut dari getaran, dan juga struktur melingkar di sekeliling bahagian yang digunakan untuk ditembusi jalan tol. Bangunan ini selesai dibangunkan pada tahun 1992.
|
AdamBillionaire posted on 7-3-2014 03:20 PM
malaysia ada terowong smart yang mampu tampung banjir seluruh dunia
lucky_peace posted on 7-3-2014 03:57 PM
elok je dorang buat jalan bangunan tak runtuh pon, siap tebuk dalam lagi... camne la haritu orang ti ...
AdamBillionaire posted on 7-3-2014 04:15 PM
sebab yg buat tu malaysia bukan jepun...
tgk KLIA 2 dah retak.. stadium ganu kita dah run ...
ADVERTISEMENT