CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun Mahathir Berundur Dari Proton

12-3-2014 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8433| Komen: 57




KUALA LUMPUR:
Dr Mahathir Mohamad (gambar) difahamkan telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Penasihat Proton Holdings Bhd di saat projek automobil negara itu memerlukan lebih banyak dokongan kewangan daripada kerajaan.

"Surat perletakan jawatan telah dihantar," kata sumber yang rapat dengan Dr Mahathir kepada The Edge.  

Bagaimanapun pihak pengurusan Proton diyakini menyimpan surat tersebut dan tidak membuat sebarang pengumuman dengan harapan pemegang saham terbesar Proton, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dapat memujuk mantan Perdana Menteri itu supaya menimbang semula perletakan jawatannya itu.

Syed Mokhtar menjadi pemilik Proton setelah menguasai 55.92 peratus kepentingan dalam DRB-Hicom Bhd.

DRB Hicom  menjadi pemilik saham terbesar Proton setelah membeli kepentingan Khazanah Nasional dalam syarikat automobil negara itu pada 2012.

Proton disifatkan sebagai projek 'anak emas'  Dr Mahathir sepanjang 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Beliau dilantik menjadi Penasihat Proton Holdings Bhd pada 2003 setelah berundur sebagai Perdana Menteri.

Usaha The Edge untuk mendapatkan penjelasan Dr Mahathir gagal kerana beliau dilapor berada di luar negara.

Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang surat perletakan jawatan itu.

Akhir tahun lalu, Dr Mahathir, 88 meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas.

Beliau memberikan alasan kesihatan atas tindakannya itu namun sumber menyebut "Petronas gagal memenuhi beberapa permintaan Dr Mahathir".

Sumber Proton menyebut antara kekecewaan Dr Mahathir adalah perletakan jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim bulan lepas.

Lukman yang dibawa masuk ke Proton oleh Dr Mahathir pernah mengumumkan perletakan jawatan Julai tahun lalu tapi tidak meneruskan hasrat beliau.

Namun perletakan jawatan Lukman daripada Proton pada Februari adalah muktamad.

4

Bagus
13

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 11-3-2014 06:06 PM
Akan tergugatkah kedudukan 26 pusat pameran Proton di Johor?
Quote bambimo 11-3-2014 06:07 PM
Tutup je lah proton ni..sbb nk jaga proton kereta kt negara kita mahal nk mampus
Quote sup@rm@n 11-3-2014 06:34 PM
Mengayakan kroni 5-6 orang je proton ni. Yg menanggung bebannya rakyat malaysia yg berjumlah 30 juta.
Quote amiraira 11-3-2014 06:49 PM
kenapa ek????
Quote gibrana 11-3-2014 07:18 PM
apa lagi yg masih dia pegang?
Quote cucumberkl 11-3-2014 07:25 PM
Bila la nk tutup Protong neh, xkan nk tunggu Tong mahaDEATH jlan dulu bRu nk tutup ????

Sebab Protong laaa geng yg pakai Vios terase best sesangt
Quote ifanonline 11-3-2014 07:33 PM
airfilterkotor posted on 11-3-2014 06:06 PM
Akan tergugatkah kedudukan 26 pusat pameran Proton di Johor?

26? you must joking...
Quote pakweneelofa 11-3-2014 07:44 PM
alhamdulillah.... smoga proton lebih inovatif dan otak geliga tun boleh digunakan untuk mas pula
Quote peYno 11-3-2014 07:48 PM
bambimo posted on 11-3-2014 06:07 PM
Tutup je lah proton ni..sbb nk jaga proton kereta kt negara kita mahal nk mampus

contoh keta jadi mahal??? vios city?? myvi?
Quote airfilterkotor 11-3-2014 07:49 PM
ifanonline posted on 11-3-2014 07:33 PM
26? you must joking...

Ko ni.... mesti tak penah jenguk thread aku kenapa Proton sayang bangat ama negeri Johor.
Quote marla69 11-3-2014 07:55 PM
elok lah..tun det dah penat tu
Quote payatengang 11-3-2014 10:00 PM
dah tua..baik bertaubat selagi ada kesempatan..
Quote iey_iyda 11-3-2014 10:07 PM
baguslah..
nak kerja sampai bila kan..
Quote kimora 11-3-2014 11:43 PM
Dengar mcm tak jadi brenti
Quote Al-Patih 12-3-2014 06:26 AM
amiraira posted on 11-3-2014 06:49 PM
kenapa ek????

sobab ..meke akhirnya ...berjaya sumbat sinuar dalam penjara ...
Quote Al-Patih 12-3-2014 06:29 AM
marla69 posted on 11-3-2014 07:55 PM
elok lah..tun det dah penat tu

betui Beb ...pening kepalo nak menjawab nanti ....

Proton rugi lagi dan lagi
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=789676


Quote peYno 12-3-2014 08:29 AM
bambimo posted on 11-3-2014 06:07 PM
Tutup je lah proton ni..sbb nk jaga proton kereta kt negara kita mahal nk mampus

masih menanti jawapan... keta apa yg jadi mahal sebab proton ni???
sumber dari fb ka

prffthhhh
Quote amiraira 12-3-2014 08:46 AM
Al-Patih posted on 12-3-2014 06:26 AM
sobab ..meke akhirnya ...berjaya sumbat sinuar dalam penjara ...

eerrmmmm....

al-kisahnya......

bagui la tu....so puas la ati kome2 tu ek....

wallahualam...
Quote chaintea 12-3-2014 09:03 AM
Dulu kata nk berenti, x jadi. La ni again?

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.058008 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top