CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gunting Zakar Sebelum Tukul Mati Teman Lelaki

12-3-2014 10:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9191| Komen: 51


Hong Kong: Seorang wanita menggunting hingga putus kemaluan teman lelakinya sebelum membunuh manggsa dengan tukul selepas lelaki itu merogolnya.

Yeung Ki, 41, semalam dituduh membunuh guru piano, Zhou Hui, 32, pada 26 Disember tahun lalu.

Dia mengaku tidak bersalah.

Yueng yang berasal dari tanah besar China dan menetap di Hong Kong, didakwa membunuh Zhou selepas setahun menjalinkan hubungan dengan suami orang itu.

Dia juga mendakwa lelaki itu meninggalkannya sewaktu dia mengandung dan banyak berhutang dengannya.

Pada malam kejadian, Zhou dikatakan memukul Yueng, menolaknya ke lantai dan menampar anak perempuan mereka, sebelum mengadakan seks secara paksa dengannya.

Selepas kejadian itu, Yueng mencampurkan ubat tidur ke dalam sup yang dihidangkan kepada lelaki itu, menggunting kemaluan Zhou ketika dia tidak sedarkan diri dan membuangnya ke dalam tandas.

Apabila lelaki itu terjaga akibat kesakitan, wanita itu memukulnya berulang kali dengan tukul sehingga mati, lapor akhbar tempatan yang memetik pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut laporan akhbar tempatan, Zhou sebelum itu mengugut menyebarkan gambar lucah Yeung yang dimilikinya di Internet kecuali dia memberinya HK$200,000 (RM 84,477) untuk membeli kereta.

“Perbicaraan kes ini akan diadakan selama 11 hari,” kata jurucakap badan kehakiman Hong Kong. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gusikuberdarah 12-3-2014 07:00 AM
ppuan skrg ganas2 belaka
Quote shonen 12-3-2014 07:01 AM
Kena la buku dgn ruas..
Quote fifie_olin 12-3-2014 07:02 AM
igtkn lps kena gunting tu terus mati...bkn ke nyawa lelaki kt situ...
Quote pakweneelofa 12-3-2014 07:15 AM
ada satu drama tvb..yg awek psiko tu nk gunting zakar bf dia...sebelum tu dia bantai gunting seluar dulu..lol
Quote bidacool 12-3-2014 07:18 AM
takziah pd keluarga si mati......

Quote ais_kosong 12-3-2014 07:29 AM
ganas awek
Quote DeMax 12-3-2014 07:31 AM
gusikuberdarah posted on 12-3-2014 07:00 AM
ppuan skrg ganas2 belaka

Lelaki tu mesti mati pucuk..tu yg minah tu mengamuk
Quote naina 12-3-2014 07:57 AM
Hmm btol tu.kena buku dgn ruas.ka dh sedap 2phtu tinggal time pregnnt.phtu dtg blik mnx duit kete n ugut sebar gmbr lucah
Quote Cik_Eena 12-3-2014 08:35 AM
uiiiiiihhh ganas benor ni.....dah lama sgt tahan maroh perempuan ni....
Quote nexusys 12-3-2014 08:39 AM
shonen posted on 12-3-2014 07:01 AM
Kena la buku dgn ruas..

Aku setuju, aku rasa kena dengan perbuatan laki tuh... setimpal
Quote kucing_gebu 12-3-2014 08:42 AM
patut dilaksanakan kepada perogol2 lain juga...
Quote manehnya 12-3-2014 08:57 AM
mmg patot pun

PADAN MUKA

semua lelaki yg tak dapat menahan nafsu pun patot di buat camni
Quote -electrifying- 12-3-2014 08:58 AM
mmg musim an wanita mengganas.
Quote itik_kuning 12-3-2014 09:25 AM
padan muka. kau ingat senang nak buli perempuan???
Quote martiena 12-3-2014 09:35 AM
nah hambek ko ..........
Quote lucky_peace 12-3-2014 09:37 AM
dah bangun tidor baru rase sakit... dasyat tol ubat tidor tu hah...
Quote kelip2_07 12-3-2014 09:38 AM
tu jer mkn dia

Quote enchikfitz 12-3-2014 09:48 AM
mula2 rasa kesian...lepas baca: PADAN MUKA!
Quote yanasan21 12-3-2014 09:49 AM
sesuai la tu....tak guna punya lelaki.......

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.191613 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top