CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kampung Pertempuran Pdrm & Tentera Sulu Terbakar

13-3-2014 10:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8850| Komen: 19

SEMPORNA – Lebih 200 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas hampir 50 buah rumah di perkampungan atas air di Kampung Simunul dekat sini musnah terbakar petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu hanya disedari beberapa penduduk selepas mereka terdengar bunyi letupan sebelum ternampak kepulan asap tebal keluar dari sebuah rumah.

Seorang penduduk, Sapian Muhamad, 36, memberitahu, ketika kejadian kebanyakkan penduduk yang bekerja sebagai nelayan sedang berada di rumah.

“Kami dengar bunyi letupan dipercayai dari tong gas sebuah rumah menyebabkan rumah tersebut terbakar dan merebak ke kawasan lain,” katanya di sini semalam.

Kampung Simunul merupakan lokasi enam pegawai dan anggota polis yang terbunuh selepas diserang hendap kumpulan pengganas Sulu pada awal Mac tahun lalu.

Tambah Sapian, keadaan menjadi kelam-kabut apabila hampir kesemua penghuni rumah di kampung berkenaan bertempiaran lari meninggalkan rumah masing-masing.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd. Razali Awang Ahmad berkata, sebanyak empat jentera dari Semporna, Tawau dan Kunak dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

“Kampung ini terletak di atas air dan semua rumah terlibat diperbuat daripada kayu menyebabkan api cepat merebak,” katanya.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 5.50 petang.


SEBANYAK 50 buah rumah atas air hangus dalam kebakaran di Kampung Simunul, Semporna, Sabah semalam.

10

Bagus
8

Marah
14

Terkejut
10

Sedih
17

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 13-3-2014 07:06 AM

SEBANYAK 50 buah rumah atas air hangus dalam kebakaran di Kampung Simunul, Semporna, Sabah semalam.


Quote nurul_akmar 13-3-2014 07:07 AM
kesiannya...
Quote tongkatwaran75 13-3-2014 07:28 AM


Dari jauh, Kg. Siminul sedang terbakar...
Quote md_nana 13-3-2014 07:32 AM
Habis terus rumah situ...
Quote wanlya 13-3-2014 07:34 AM
semoga tiada nyawa yang terkorban.....
Quote ais_kosong 13-3-2014 07:44 AM
Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un
Quote kikuri 13-3-2014 08:59 AM
bertabahlah
Quote girly.. 13-3-2014 09:09 AM
alahai... sedihnyer... lepas 1-1 dugaan di bumi Msia ni...

Semoga mereka tabah..

hrp krjn dpt la membantu..sian mrk
Quote batmana 13-3-2014 09:12 AM
dh berzmn kerajaan suh pindah, kampung air ni la pusat pati ..pndatang2 senang nk sembunyik.

Quote Leyla 13-3-2014 09:14 AM
InalillahwaInnailaihirajii’un..bertabah lah
Quote yarid 13-3-2014 09:16 AM
bagus jgak terbakar kawasan black area ni.....buat 1 penempatan yang senang dipantau oleh pihak berkuasa....
Quote ninja9 13-3-2014 09:20 AM

ini adalah petempatan pati filipina yang dibiarkan oleh umno bertahun-tahun... modus operandi bakar petempatan seperti ini supaya dapat ic biasa berlaku disabah...
Quote CincinKristal 13-3-2014 09:45 AM
habis terus...terbakar bersama kenangan dia
Quote prettyuglybabe 13-3-2014 09:50 AM
takziah..


Quote kucen_miang 13-3-2014 09:53 AM
habis ketuanan suluk
Quote cmf_premierleag 13-3-2014 09:58 AM
ninja9 posted on 13-3-2014 09:20 AM
ini adalah petempatan pati filipina yang dibiarkan oleh umno bertahun-tahun... modus operandi baka ...

Kalo x cakap ni, komfem aku pun x tahu area ni byk PATI pinoy
ingatkn org2 bumi sabah yg biasa2
Quote NAT_11 13-3-2014 10:00 AM
Eloklah terbakar.
Tutup saja perkampongan air tu, buat resort.
Abis cerita.
Quote reez1908 13-3-2014 10:01 AM
Sapie Apdal x balik tgk kawasan dia? ke ni org2 suluk x ada ic punya kawasan? X payah la kot... sebab bukan pengundi pun kalau suluk.
Quote -electrifying- 13-3-2014 05:56 PM
pati yabang pinoy yg byk kt sini

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.063855 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top