Dalam kejadian jam 5.30 pagi, 62 warga Turki termasuk 25 kanak-kanak berusia antara lima bulan hingga 40 tahun ditahan sepasukan anggota Batalion Ke-3 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika menjalankan rondaan Ops Wawasan. Operasi diketuai Penolong Ketua Kompeni A Batalion Ke-3 PGA Inspektor Arif Ismail selepas mengesan pergerakan mencurigakan di kawasan negara jiran sebelum anggotanya mula membuat intipan. Penolong Pegawai Pemerintah Batalion ke-3 PGA Deputi Superintendan S Sivam berkata, pasukan itu mendiamkan diri sejak tengah malam sebelum menahan semua PATI itu selepas mereka memasuki negara ini dengan menyusup menerusi pagar sempadan. Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki berusia 19 hingga 23 tahun, 15 wanita berusia 25 hingga 40 tahun, 15 kanak-kanak lelaki berusia sembilan bulan hingga 11 tahun dan sembilan kanak-kanak perempuan berusia lima bulan hingga lapan tahun. “Siasatan awal mendapat mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah mengaku datang dari daerah sama di Ankara, Turki dan mendakwa memasuki negara ini untuk berjumpa kenalan dan saudara-mara. “Mereka mendakwa mahu mencari pekerjaan baru selepas tertarik mendengar pelbagai cerita kenalan yang pernah datang ke negara ini,” katanya. Sivam berkata demikian selepas bertanya kepada seorang PATI dikenali sebagai Abdullah Zaid, 30-an, yang boleh berbahasa Inggeris pada sidang media di Pos Kawalan PB19, dekat Chuping, di sini. Katanya, mereka dipercayai datang dari Turki menaiki kapal laut dan singgah di Thailand lalu berjalan kaki selama dua hari sebelum tiba di sempadan negara berhampiran lokasi mereka ditangkap. “Pihak PGA merampas telefon bimbit, sebuah tablet iPad dan wang tunai AS$6,300 (RM20,916) selain beberapa beg penuh dengan pakaian. “Ini kali pertama PGA menahan PATI dari Turki berjarak 7,700 kilometer dari negara ini,” katanya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tiada dokumen sah dan mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen di Kangar untuk tindakan lanjut.
|
6
Bagus |
11
Marah |
13
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana posted on 14-3-2014 07:50 AM
ni bukan turki kokusen, ni turki mata sepet,
duk kwsn kampung, kene tipula ni ngn sedara.
konon2 d ...
kmelankolia posted on 14-3-2014 08:47 AM
senang nau pendatang bolos ke m'sia ye.....
ADVERTISEMENT