CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Mengaku Mak Sendiri GRO

17-3-2014 11:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11280| Komen: 55

Gambar hiasan


PARIT BUNTAR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sekitar kawasan Alor Pongsu, Bagan Serai sejak dua bulan lalu ditemui Ketua Kampung Bukit Merah di sebuah rumah penduduk di Lembah Beriah, bulan lalu.

Bagimanapun, rahsia remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah ibunya di Langkawi, Kedah pada awal Januari lalu terbongkar setelah dia dikatakan mengikut ‘abang angkatnya’ pergi ke Alor Pongsu, Bagan Serai tanpa pengetahuan keluarga.

Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan berkata, pihaknya difahamkan remaja itu sudah menginap di beberapa rumah rakan lelakinya sebelum ditemui di kediaman berkenaan.

Menurutnya, dia menyerahkan remaja itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kerian, sebelum dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Kuala Kangsar untuk perlindungan sementara.

“Sewaktu remaja itu ditemui, saya ada bertanyakan punca dia lari rumah. Remaja  itu mendakwa dia keluar rumah sebab tidak tahan dengan perangai ibunya yang dikatakan terbabit aktiviti gadis pelayan pelanggan (GRO).

“Bagaimanapun, alasan diberikan remaja itu tidak benar setelah latar belakangnya diselidik. Saya mengetahui ibunya bekerja sebagai nelayan di Langkawi,” katanya sewaktu ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Parit Buntar, semalam.

Mohammad Nor berkata, ketika disoal selidik, remaja terbabit mendakwa dia sudah melakukan hubungan seks bersama lebih 10 lelaki sejak berada di kawasan Alor Pongsu.

Beliau berkata, bagaimanapun, remaja itu enggan memberikan kerjasama apabila ditanya mengenai identiti kesemua individu terbabit.

“Seminggu selepas dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Kuala Kangsar, saya terkejut dihubungi pengurusan rumah berkenaan memaklumkan remaja itu cuba melarikan diri bersama lapan penghuni lain.

“Tindakan itu amat mengejutkan dan saya terpaksa menghubungi ahli keluarga terdekatnya untuk memaklumkan perkara itu,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara remaja berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia pernah mengajak anak saudaranya tinggal bersamanya pada Oktober tahun lalu.

Katanya, ajakan itu dibuat berikutan dia kasihan dengan keadaan ibu remaja berkenaan yang sering mengadu mengenai sikap liar anaknya.

“Ibu remaja berkenaan merupakan bekas kakak ipar saya dan saya pernah menjaga anak saudara saya sejak berusia tujuh hingga 10 tahun disebabkan tidak mahu emosinya terjejas dengan keretakan rumah tangga ibu bapanya pada ketika itu,” katanya.

Ibu saudara remaja itu berkata, anak saudaranya ada memintanya membelikan sebuah telefon pintar atas alasan mahu melayari laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka remaja bertindak menghilangkan diri seminggu selepas diberikan telefon pintar berkenaan.

Sementara itu, sumber JKM ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menyatakan perintah mahkamah sudah dikeluarkan ke atas remaja tersebut bagi membolehkan hak penjagaan diserahkan kembali kepada waris.

9

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
19

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 16-3-2014 05:24 PM
Remaja2 skarang semakin membimbangkan
Quote bfemmamaembong 16-3-2014 05:30 PM
edoraixora posted on 16-3-2014 05:24 PM
Remaja2 skarang semakin membimbangkan

ye..lihat sahaja di forum ni...elohim sana elohim sini..astaghfirullah al azim
Quote mommymonster82 16-3-2014 05:30 PM
Budak skrg mmg pndai menipu utk lepas diri
Quote FlowerGirl 16-3-2014 05:31 PM
Sial punya anak!nak hp smart sbb nk bukak fb cr jantan.blh lak tipu kata mak dia gro...budak cmni ptt kena lempang 14x oleh tok moh tu...kot2 berubah
Quote roblucci 16-3-2014 05:33 PM
tanggang betina = tonggeng
Quote Decaffeinated 16-3-2014 05:38 PM
takder guna nak lempang pun.

biar sahaja dia nak jadi pelacur kalau itu cara dia nak menyara diri.... kot laku lah...

Quote Dewa19XKangen 16-3-2014 05:38 PM
jadi xpayah dok heran kalo anak dara ilang sangat,penat buat amal jariah post dalam fb,forum bagai,alik2 nun tengah bjob baik punya..

lembah beriah tu dah la rumah retak tenggelam,satg pasal ang sorang dok kulum k*te,semua dapat bala sink-hole kat situ!

nasib baik dapat cekup awal!
Quote garyura 16-3-2014 05:53 PM
Dewa19XKangen posted on 16-3-2014 05:38 PM
jadi xpayah dok heran kalo anak dara ilang sangat,penat buat amal jariah post dalam fb,forum bagai,a ...

ya ALLAH harap2 tak jd gini kat keturunan aku....
Quote garyura 16-3-2014 05:54 PM
bfemmamaembong posted on 16-3-2014 05:30 PM
ye..lihat sahaja di forum ni...elohim sana elohim sini..astaghfirullah al azim

Aapa yg ko merepek ni daaa....
Quote neotoxin 16-3-2014 06:17 PM
Boleh tempek cerita asal psl remaja ni hilang x? Mesti ada gambar
Quote annehuda 16-3-2014 06:26 PM
ngata mak sendiri GRO, ko sendiri dah mcm pelacur.
Quote brownstone 16-3-2014 06:37 PM
Anak2 sekarang terlebih kolostrum, dha dan gangliosida
Quote mak_wa95 16-3-2014 06:43 PM
Sian ibu..anak jadi bohsia..salah ibu mengandung ka...nak kata keretakn rumahtang jadi liar,ramai juga yang berjaya..
Quote selipar_hijau 16-3-2014 06:53 PM
Kimak pnya anak
Quote prettyuglybabe 16-3-2014 06:55 PM
kasihan mak berpenat lelah jadi nelayan. tak guna punya anak..
Quote munchkin 16-3-2014 06:59 PM
Astaga...sampai hati
Quote chaoyunjie 16-3-2014 07:01 PM
kasihan si ibu...
kerosakkan rumah tangga, sedikit sebanyak menggangu emosi anak2....
Quote hanamunir 16-3-2014 07:06 PM
x betul pnye anak..
sia2 je ko ada kat muka bumi ni..
mak sendiri pn ko bleh kata mcm tu..
gedik nye nk nset2 bagai, semata2 untuk buka facebook ko cakap?!!
baik la duit untuk nset tu bagi kat mak ko, ada juga faedah nya, bleh bagi adik2 ko makan..
Quote BotakChinPeng 16-3-2014 07:10 PM
Bukit Merah ..... indah permai

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.047022 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top