CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

ASP, Sarjan Ditahan Disyaki Samun Lelaki Tempatan Di ATM

7-2-2024 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24346| Komen: 57



Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah yang dapat dikatakan apabila imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) rosak disebabkan segelintir anggota.

Terbaru, Sinar Harian melaporkan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) serta seorang lagi anggota berpangkat sarjan ditahan disyaki menyamun seorang lelaki tempatan di mesin ATM pada 1 Februari lalu.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, kejadian samun itu berlaku di stesen minyak Petronas di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Pada 3 Februari, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak.

Bertindak segera, polis telah menahan suspek pertama pada hari yang sama manakala suspek kedua pada 4 Februari.

"Mangsa memaklumkan bahawa dia telah dibawa oleh kedua-dua suspek ke mesin ATM Petronas Wakaf Tembesu pada 1 Februari lalu untuk mengeluarkan duitnya sebanyak RM5,000.


"Hasil siasatan pihak polis melalui pengecaman gambar menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua suspek itu telah dikenal pasti sebagai pegawai polis".

Kes kini disiasat bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama beberapa hari untuk membantu siasatan kes.

Kredit: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 8-2-2024 02:18 AM
Biar betik. Apa yg teruk naw perangai masing2
Quote B40tastePosh 8-2-2024 02:21 AM
Nila setitik menda...memang sebelanga Nila
Quote FlexyFox 8-2-2024 02:42 AM
OMG! SEmakin teruk ni. Akupun dah naik takut dgn polis Malaysia kalau macam ni, dah semakin macam polisThailand pula.
Quote pocongkiutss 8-2-2024 02:53 AM
Chuols semua kalau cuti raya bagai tu..yg ada kempen suh inform balai polis bgtau yg uos takde kt rumah & minta diorg ronda tu..chuols semua buat tak??

Iols memang ada trust issue sket ngan polis jaman now ni..mmg idok ler
Quote BoongaKertas 8-2-2024 08:22 AM
skrg mmg nak londehkan perihal polis ke? seram yach tgk perangai polis skrg.
Quote green~tea 8-2-2024 08:24 AM
BoongaKertas replied at 8-2-2024 08:22 AM
skrg mmg nak londehkan perihal polis ke? seram yach tgk perangai polis skrg.

Zaman mak2 kita dulu melondeh keaiban polis dengan mengambil sample anak2 tak menjadi
Quote s@s@ 8-2-2024 08:59 AM
samun ke pau duit dadah?
Quote nazurah 8-2-2024 09:15 AM
pocongkiutss replied at 8-2-2024 02:53 AM
Chuols semua kalau cuti raya bagai tu..yg ada kempen suh inform balai polis bgtau yg uos takde kt ru ...

time MCO dulu polis suruh update details penghuni dalam rumah pun iols tak bagi... polis pun manusia, mesti buat salah punya.

lagipun setelah beberapa kali buat aduan pelbagai kes... iols rasa function polis cuma utk membolehkan kita claim insurans aje. sama ada jenayah itu dapat dibendung... macam tidak. contoh kes pecah kereta...












Quote Decaffeinated 8-2-2024 09:18 AM
Dia mengepow sebagai anggota polis ka? If yes harap hukuman triple la.
Quote salimrock 8-2-2024 09:42 AM
B40tastePosh replied at 8-2-2024 02:21 AM
Nila setitik menda...memang sebelanga Nila

itu la pasal, dah bukan setitik dah ni, nak kata sebelanga, mgkn tak la, silap2 susu hanya bberapa titik...

wa ada juga kawan2 pulis, tp syukurlah yg wa kenal semua baik2 budi pekerti mulia...
Quote ifanonline 8-2-2024 09:48 AM
rosak sudah PDRM ni, kena laksanakan pembuangan secara besar-besaran
Quote Beribear 8-2-2024 10:33 AM
Adoiii bomba yg gaji sikit tu pon takde buat perangai mcm ni
Quote stingergrumpy 8-2-2024 10:36 AM
B40tastePosh replied at 8-2-2024 02:21 AM
Nila setitik menda...memang sebelanga Nila

Uker tak tahu malu kheunz? Masih ada kemaluan nak sebut nila setitik sedangkheun dah overflow the belanga......

Quote stingergrumpy 8-2-2024 10:37 AM
salimrock replied at 8-2-2024 09:42 AM
itu la pasal, dah bukan setitik dah ni, nak kata sebelanga, mgkn tak la, silap2 susu hanya bberapa ...

Baik budi pekerti tak semestinyer tak sauk salim oiiii....gaji kecik...anak ramai....

Ko ghaser?
Quote stingergrumpy 8-2-2024 10:40 AM
Beribear replied at 8-2-2024 10:33 AM
Adoiii bomba yg gaji sikit tu pon takde buat perangai mcm ni

Anggota bomba jarang berhadapan dgn masyarakat yg sedang hooray hooray....tapi dlm keadaan mencengkam nyawa bergelut dgn api..

Ko ghaser ada time nak buat ayat, "abg kalo nak bayar kt balai RM300...kalo kat sini RM100 je, tapi saya tak boleh bagi resit ler...boleh?"
Quote stingergrumpy 8-2-2024 10:42 AM
green~tea replied at 8-2-2024 08:24 AM
Zaman mak2 kita dulu melondeh keaiban polis dengan mengambil sample anak2 tak menjadi

Patutler dia mati awal....suka aibkheun polis upernyer...

Aku tak sebut mak ko kheunz?

Kahkahkahkah
Quote stingergrumpy 8-2-2024 10:43 AM
Decaffeinated replied at 8-2-2024 09:18 AM
Dia mengepow sebagai anggota polis ka? If yes harap hukuman triple la.

Nope he/she was in plain clothes..

Kahkahkahkahkah
Quote bvsf06 8-2-2024 10:56 AM
Last-last polis ni dipindah buat kerja pentadbiran.
Patut buang perkhidmatan or masuk jail sebab dah sah2 menyamun.
Quote green~tea 8-2-2024 11:09 AM
stingergrumpy replied at 8-2-2024 10:42 AM
Patutler dia mati awal....suka aibkheun polis upernyer...

Aku tak sebut mak ko kheunz?


Cakap ngn cermin ke?

Mak perangai lahanat cerminan anak perangai lahanat

Mak B40 cerminan anak pakgad B40

Aku tak sebut mak kau khuensssssssss





Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.059433 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top