CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bagi Pasangan Yang Diputuskan Sah Oleh Mahkamah Tetap Berdosa" – Ustaz Azhar Idrus Ulas Isu Kahwin Lari Di Thailand

8-2-2024 09:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11864| Komen: 51



Tindakan bernikah di Thailand merupakan antara cara yang dilakukan oleh banyak pasangan di negara ini yang rata-rata hubungan mereka tidak mendapat persetujuan atau restu daripada keluarga.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus mengulas tentang isu berkenaan.

Menurutnya, mahkamah di Malaysia adalah badan yang bertanggungjawab untuk memutuskan kesahan perkahwinan yang dilaksanakan di Thailand.

"Pernikahan di Thailand saya tak boleh beri keputusan. Ada yang sah, ada yang tak sah. Sebab itulah pasangan yang bernikah lari di Thailand kena balik daftar perkahwinan itu.

"Mahkamah akan periksa, siapa walinya..wali hakimnya, siapa yang jadi saksinya, bagaimana ijab kabul dijalankan dan sebagainya".

Justeru itu, pendaftaran perkahwinan di Malaysia amatlah digalakkan supaya dapat terhindar daripada sebarang masalah kelak.


"Sebab itu bila balik daftar di sini ada pasangan yang diputuskan sah perkahwinannya. Ada pasangan yang diputuskan tidak. Saya tak boleh jawab, mahkamah yang akan putuskan".

Walau bagaimanapun. dalam nada tegas Ustaz Azhar menekankan bahawa tindakan berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa adalah berdosa kerana menyakiti hati mereka.

"Bagi pasangan yang diputuskan sah oleh mahkamah tetap berdosa. Kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar kepada ibu bapa. Mereka menyakitkan hati ibu bapa, mengaibkan ibu bapa dan membuat mereka bersedih. Haram dan dosa besar".


Sementara itu, pendakwah tersebut juga sempat menitipkan nasihat untuk setiap bakal pengantin supaya mendapatkan restu ibu bapa terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

"Nak nikah tak perlu lari-lari. tak setuju kita pujuk dulu ibu bapa kita. Kadang-kadang yang dia tak setuju itu betul".


Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orangkaya99 8-2-2024 10:00 PM
"Bagi pasangan yang diputuskan sah oleh mahkamah tetap berdosa. Kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar kepada ibu bapa. Mereka menyakitkan hati ibu bapa, mengaibkan ibu bapa dan membuat mereka bersedih. Haram dan dosa besar".

ini betul uai cakap
Quote Orangkaya99 8-2-2024 10:00 PM
"Bagi pasangan yang diputuskan sah oleh mahkamah tetap berdosa. Kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar kepada ibu bapa. Mereka menyakitkan hati ibu bapa, mengaibkan ibu bapa dan membuat mereka bersedih. Haram dan dosa besar".

ini betul uai cakap
Quote KamikuP 9-2-2024 08:56 AM
"Bagi pasangan yang diputuskan sah oleh mahkamah tetap berdosa. Kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar kepada ibu bapa. Mereka menyakitkan hati ibu bapa, mengaibkan ibu bapa dan membuat mereka bersedih. Haram dan dosa besar".

ini betul uai cakap
Quote prince_marhaen 9-2-2024 09:05 AM
Masalahnya, mak bapak dia pun hujung2 back-up si markisa tu....maybe sebab bakalan lubuk duit...betina viral kan...nanti mesti ada brand2 amik lagi jadi model/duta atas kontroversi ni, silap2 ada yang taja kawin budak betina ni..
Quote Tinot7 9-2-2024 09:18 AM
Deme apa kisah..
Quote otai_g 9-2-2024 09:21 AM
Kawen kat Thai je ke bersalah? Abes kalo kawen kat Singapore ka, Brunei ka, Indonesia la x bersalah ke mcm mn?
Quote Nurdianah 9-2-2024 09:24 AM
Melayu....kawin, poligami, tudung, pukul bini, dadah, rasuah.....

ULANG!!!!
Quote kucingitam 9-2-2024 10:28 AM
otai_g replied at 9-2-2024 09:21 AM
Kawen kat Thai je ke bersalah? Abes kalo kawen kat Singapore ka, Brunei ka, Indonesia la x bersalah  ...

kalau kau kahwin di dasar laut segitiga bermuda pun akan sah kalau ikut syarat2 sah nikah. perempuan kena  ada wali atau kalau jauh guna wali hakim. wali pun ada surat utk bagi kebenaran pada wali hakim. bukan suka2 cakap kat wali hakim, eh kau jadi wali hakim utk anak aku nak nikah ye.. tak bley..tak bley...
Quote annehuda 9-2-2024 10:30 AM
die ni sbnrnye ahli mufti ke? bab halal haram suma dok ikut cakap die.
Quote Decaffeinated 9-2-2024 10:38 AM
Berdosa dengan mahkamah bayar ja denda. Ampun terus.
Quote Pumpkinhead 9-2-2024 10:51 AM
begitulah...
Quote tompie 9-2-2024 11:34 AM
annehuda replied at 9-2-2024 10:30 AM
die ni sbnrnye ahli mufti ke? bab halal haram suma dok ikut cakap die.

dia bukan mufti.. tapi ramai ustaz2 yang regard UAI as pakar Feqah..
Kalau nak tunggu mufti keluar fatwa, ada banyak processes, dan red tape yang diorang kena ikut..
and at the end, most of the time hukum dia sama je..

So far aku takde lah nampak mana2 hukum hakam yang UAI kongsikan yang terang2 bertentangan dengan pendapat ulamak2 lain..
Pada aku boleh diguna pakai.. sebab dia orang berilmu dan hukum hakam yang dia terangkan bersanad jelas..
WAllahua'lam
Quote Decaffeinated 9-2-2024 12:05 PM
boikot thailand

- Cari Auta

Quote hyie 9-2-2024 12:18 PM
entah kenapa meols teringat kat ritrud tiberrr
Quote Noraniza_Iblis 9-2-2024 12:23 PM
annehuda replied at 9-2-2024 10:30 AM
die ni sbnrnye ahli mufti ke? bab halal haram suma dok ikut cakap die.

die blaja feqah la bongok...

Quote sufi^_^ 9-2-2024 12:38 PM
Buat anak2 gadis, kalau bakalan laki kamu ajak kawen kat siam, maka bolehlah diputuskan bahawa he is not man enough to marry you.

Jangan jadi bodoh hanya kerna secebis micropen ya.
Quote sufi^_^ 9-2-2024 12:40 PM
Yang part, kalau mak bapak tak setuju tu biasanya betul, aku setuju. Biasanya mak bapak dah nampak red flag.

Contohnya, bakal suami laki orang.
Quote annehuda 9-2-2024 01:26 PM
tompie replied at 9-2-2024 11:34 AM
dia bukan mufti.. tapi ramai ustaz2 yang regard UAI as pakar Feqah..
Kalau nak tunggu mufti keluar ...

Sape yg iktiraf dia jadi ahli feqah tu? Ustaz mana? Yg aku tau dia suka ceramah buat lawak bodoh selit lucah-lucah skit. Lelaki suka la style mcm tu
Quote honeybee1802 9-2-2024 01:33 PM
tompie replied at 9-2-2024 11:34 AM
dia bukan mufti.. tapi ramai ustaz2 yang regard UAI as pakar Feqah..
Kalau nak tunggu mufti keluar ...

Lg plak dia tak kata sah ke tak sah perkahwinan....hok berkahwin tu la kena la pi rujuk mahkamah syariah sini...daftar pekahwinan...kang beranak-pinak..kematian..penceraian kang masalah plak bukan pada dia je kang..family sekali..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.087650 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top