CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Bukan Tak Suka Atau Tidak Gembira Aish Kahwin...", Air Mata Pecah Atas Pelamin

7-3-2024 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7680| Komen: 18

Description: Melaka: "Saya sebak sejak majlis pernikahan sebelum gagal mengawal perasaan dan menangis ketika bersalaman dengan Aish ketika di pelamin. Saya gembira Aish mendirikan rumah tangga, tetapi saya juga se ...



Melaka: "Saya sebak sejak majlis pernikahan sebelum gagal mengawal perasaan dan menangis ketika bersalaman dengan Aish ketika di pelamin. Saya gembira Aish mendirikan rumah tangga, tetapi saya juga sedih kerana rasa seperti 'kehilangan' bukan saja abang, tetapi sahabat baik sejak kecil."

Demikian reaksi Ryan Nur Arief Abdullah, 14, yang mendapat perhatian netizen selepas videonya menangis ketika di meja makan sambil abang ketiga, Muhammad Fariez Aiman, 21, bersanding di pelamin meraih tontonan ramai di TikTok.

Video dikongsikan abang ipar, Mohammad Mahsus Harman atau dikenali sebagai Che Mat Solar itu membuatkan netizen turut sebak dan merasai perasaan Ryan Nur Arief pada majlis perkahwinan Muhammad Fariez Aiman yang mesra disapa Aish.

Berkongsi cerita, Ryan Nur Arief berkata, dia anak bongsu daripada lima beradik dan mengakui sangat rapat dengan Muhammad Fariez Aiman, malah mereka juga tidur bersama di ruang tamu sejak dia berusia lima tahun.


Katanya, hubungan erat adik-beradik itu membuatnya sedih hingga gagal mengawal perasaan pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 24 Februari lalu di rumah keluarga pengantin perempuan di Tanjung Minyak.

"Saya bukan tak suka atau tidak gembira Aish kahwin. Saya gembira dengan perkahwinannya, malah mendoakan dia sentiasa bahagia, tetapi sebagai adik yang rapat saya sedih kerana terasa seperti hilang sahabat baik.

"Aish layan saya dengan baik dan selalu belanja saya makan apabila dia dapat gaji. Kami selalu juga bergaduh, tetapi hubungan kami baik. Itu membuatkan saya sedih, malah selepas ini dia juga berpindah dan tinggal bersama isteri," katanya yang menetap di Cheng di sini.

Katanya, perasaan sebak sejak majlis akad nikah di waktu pagi memecahkan tangisnya ketika dia bersalaman dengan Muhammad Fariez Aiman di pelamin hingga perasaan itu dibawa ke meja makan.

"Saya tak tahu rakaman video saya menangis pada majlis itu dan segan apabila video itu mendapat perhatian di TikTok. Bagaimanapun saya okay sebab ia perasaan saya sebagai adik yang rapat dengan abang," katanya.

Sementara itu, ibunya, Scha Sheikha berkata, dia bersyukur dan gembira melihat hubungan baik dan erat semua anak, malah mengakui hubungan Ryan Nur Arief dan Muhammad Fariez Aiman rapat sejak kecil.

"Mereka lebih suka tidur di ruang tamu kerana lapang selain sebab bilik penuh. Hubungan mereka baik dan abangnya suka menyakat adik setiap hari tetapi kalau Ryan (Ryan Nur Arief) ajak ke kedai memang abang turuti.

"Pada mulanya saya ingatkan Ryan baik-baik saja, tetapi saya sedar dia duduk agak jauh pada majlis akad nikah. Tak sangka ketika bersalaman di pelamin dan abangnya cium dia yang sebak terus menangis," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lilacomot 2-3-2024 09:12 AM
Mane vdeo nye
Quote adm7 2-3-2024 09:33 AM
Apa benda ni?
Quote Suchi 2-3-2024 09:45 AM
Oh budak lagi, nih mcm adik putera mateen tu la ye selalu kat event rasmi  ditemani abg tu sbb dia kan tak duk dlm kumpulan cucu2 tu
Quote teen_angelJB 2-3-2024 10:06 AM
Berita cmni pun masuk isu semasa...
Quote Mary_jane 2-3-2024 11:03 AM
Dah takde idea sangat ke buat berita?
Quote manopBKK 2-3-2024 11:34 AM
tak payah pin la benang sampah ko....kelakor.
Quote manopBKK 2-3-2024 11:35 AM
Pin topik sendiri.....desperate nyeeee
Quote slyfynx 2-3-2024 11:57 AM
@CARI-HBZ

Ko mmg dok carta no 1 benang sampah kan
Quote ctaz 2-3-2024 12:26 PM
sampahnya laaaa brita
Quote exclusive_vvip 2-3-2024 02:30 PM
ctaz replied at 2-3-2024 12:26 PM
sampahnya laaaa brita

kannnn..benda dlm tiktok pun masuk akhbar arus perdana skrg ni..mmg sampah..
Quote lasagnaklcc 2-3-2024 02:54 PM
Current issue sgt
Quote B40tastePosh 2-3-2024 07:03 PM
Kanak kanak ribena.

Quote noah8670 2-3-2024 07:55 PM
comel je adiknya..

tapi macam ni pun boleh buat post /artikel ke.. mana2 story viral ceduk je ye .. asal ada post
Quote stingerkentot 2-3-2024 11:11 PM
Mary_jane replied at 1-3-2024 04:03 PM
Dah takde idea sangat ke buat berita?

CI dah masuk radar SKMM/PDRM katenye....
Quote KamikuP 7-3-2024 09:22 AM
Jadi makanya meolls kena sebak, ketawa atau murung dengan berita ini kah?
Tapi bagus hubungan adik beradik ni rapat.
Quote zuriey 7-3-2024 01:39 PM
Apa ni sial
Quote dua_chzy 8-3-2024 10:54 AM
adm7: Apa benda ni?


Budak serba tersentuh sikit2 touching sikit2 nangis zaman sekarang.

Quote dua_chzy 8-3-2024 10:55 AM
Wartawan sekarang memang kan mentang2 hada tiket viral, semua cerita rakyat la kau nak sampaikan. Dasar pengumpat media.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.204312 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top