CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Rosmah Mansor

5-3-2024 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5076| Komen: 7

Description: Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum membuat keputusan berhubung representasi ketiga Datin Seri Rosmah Mansor bagi menggugurkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,7 ...


Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum membuat keputusan berhubung representasi ketiga Datin Seri Rosmah Mansor bagi menggugurkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi K Muniandy, pihak pendakwaan sudah menerima satu lagi surat susulan daripada Tetuan Reza Rahim & Rajivan yang mewakili Rosmah, 72, membangkitkan beberapa perkara baharu.

"Semua fakta baharu ini perlu disiasat bagi mengesahkan perkara yang disentuh dalam surat itu, namun ia mengambil masa kerana kerumitan isu dan kebanyakan saksi tidak dapat tampil semasa kami memanggil mereka (untuk siasatan).

"Sehingga kini kami belum ada keputusan mengenai representasi itu, dan untuk menjimatkan masa kehakiman, kami mencadangkan untuk terus mendengar permohonan (bagi menggugurkan pertuduhan) serta perbicaraan, sementara pelbagai langkah sedang dilaksanakan sehingga kami mempunyai keputusan (berhubung representasi) itu," kata Ahmad Akram semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.


Peguam Joshua Tay yang mewakili Rosmah berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan pendakwaan dan Muniandy kemudian menetapkan 4 Julai untuk mendengar permohonan isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu untuk menggugurkan 17 pertuduhan terhadapnya.


Ini adalah representasi ketiga Rosmah, selepas yang pertama disampaikan pada 3 Mei lepas, dan yang kedua pada 18 Ogos, namun masih belum ada keputusan dibuat oleh AGC sehingga kini.

Rosmah, 72, menfailkan permohonan untuk dibebas dan dilepaskan daripada semua 17 pertuduhan itu pada 4 Oktober 2020.

Rosmah didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 serta LHDN di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Perbicaraan kes itu bermula pada 24 Ogos tahun lepas dan dua saksi dipanggil memberi keterangan.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 2-3-2024 11:33 AM
tak payah pin la hanat
Quote MissYouSayang 2-3-2024 01:14 PM
Tahniah tun nekmah kerana dapat DNAA

-wish awal tak kalut nati
Quote Firenzza 2-3-2024 05:32 PM
Lambat betul nk buat keputusan....curi Milo 1 tin x sampai 2 minggu dh masuk dlm
Quote xy_daen 2-3-2024 07:48 PM
Undang-undang dua darjat. Siapa suruh curi Milo
Quote mojarean_X 2-3-2024 08:27 PM
MissYouSayang replied at 2-3-2024 01:14 PM
Tahniah tun nekmah kerana dapat DNAA

-wish awal tak kalut nati

Apa brg DNAA kami nk DAA hokayy ala2 Guan Eng dpt itu ari
Quote bedahmenjuyah 2-3-2024 09:02 PM
Yg sblm ni pun dah jatuh hukum. Nek mah aman2 je dok banglo makan tido teda apa2
Quote ReginaGeorge 5-3-2024 08:36 PM
Ada sinar untuk terlepas dari hukuman…

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

22-4-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.069276 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top