CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tak Malu Ke, Jangan Ganggu Saya..” – Disangka Pakai Loket Berbentuk Salib, Amelia Henderson Luah Rasa Kecewa Pada Netizen

18-4-2024 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13086| Komen: 41

Description: Baru-baru ini, nama pelakon dan pengacara Amelia Henderson menjadi sebutan orang ramai susulan isu mengenai loket rantai yang dipakainya menyerupai bentuk salib. Namun, dia meminta agar orang ramai ti ...

Baru-baru ini, nama pelakon dan pengacara Amelia Henderson menjadi sebutan orang ramai susulan isu mengenai loket rantai yang dipakainya menyerupai bentuk salib. Namun, dia meminta agar orang ramai tidak mengeruhkan keadaan dengan perdebatan yang tidak perlu.

Menurut Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, ada banyak perkara lebih mustahak untuk dibincangkan berbanding isu tentang loket dipakainya itu. Meskipun pada awalnya aktres ini tidak mahu mengambil pusing hal ini, tetapi disebabkan kecaman semakin berleluasa, Amelia terpaksa memuat naik kenyataan di media sosialnya.

"Saya sebenarnya tak nak membincangkan perkara ini, tetapi saya sangat marah,
 
"Banyak perkara buruk yang terjadi di dunia ni dan orang ramai lebih mengambil tahu tentang rantai?
 
"Tak malu ke? Jangan ganggu saya."


Demikian kenyataan yang dimuat naik oleh Amelia melalui laman X baru-baru ini menjawab kepada kecaman netizen. Dalam pada itu, seorang individu turut tampil menjelaskan loket rantai yang dipakai Amelia merupakan loket ballerina dan bukan salib.

Sebelum ini, sebuah video tular di aplikasi Tik Tok memaparkan Amelia dan aktor Aedy Ashraf yang sedang menggunakan fikter lucu namun hantaran tersebut dibanjiri dengan kecaman netizen yang mendakwa rantai dipakai Amelia berbentuk salib.

SUMBER : X/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 18-4-2024 05:21 PM
Biasalah org melayu. sedangkan bentuk four leaf clover pun diorang kata salib apatah lagi bentuk T mcm tu. Pakai kat dalam baju je lah Ame
Quote jihyomelly 18-4-2024 05:47 PM
aritu anak awal pun sama kan padahal pendant bellarina..
Quote noor2 18-4-2024 05:49 PM
Knp dia minat bentuk seakan2 salib ya...
Quote mzzenma 18-4-2024 05:55 PM
meolls teringin tengok netizens bodoh kena saman jota2 dgn artis kalau kes2 mcm ni
Quote gerbera.memopad 18-4-2024 11:56 PM
Aku suka Amelia ni lagi berbanding Anna Jobling. Tapi entah sejak kes saman dengan Tok A.Aida hari tu, aku dah jadi menyampah
Quote sharlenetexas 19-4-2024 01:39 AM
Anggun zahara?


Quote rayna_raynes 19-4-2024 03:13 AM

Nama watak dia dalam cerita I.D

Quote downiey 19-4-2024 06:25 AM
biasala nurtizen
Quote BoongaKertas 19-4-2024 08:02 AM
nurtizen ni semua benda nak kecam lah. iols positif sikit sbb benda tu mmg x nmpk mcm salib pun. ya Allah! byk lg issue lain lah noks
Quote Aneem 19-4-2024 08:07 AM
Kalau sekali tgk, nampak mcm salib.
Boleh ke islam pakai sebarang aksesori yg menyerupai bnd2 gitu?
But wait, dia dh kembali ke agama asal ke?
Quote vanillaninja 19-4-2024 08:24 AM
I ada necklace ni. Kalau dekat2 nampak clear je ballerina shape nya tu. Syukur la I bukan retis tak pernah dikecam lagi pakai necklace ni
Quote dewi_rina 19-4-2024 08:58 AM
I suka clover, tapi org kata salib so malas lah nak beli..
Quote anilanil 19-4-2024 09:21 AM
Pakai kat rumah je la necklace tu. Dah tahu byk mata memandang jgn le upload gambar necklace yg mengundang. Acik2 mana tahu necklace design ballerina, clover & snowflake. As a person yg genius, be prepared & sensitive la dgn hujatan netizen tentang design yg seakan2 bentuk salib. Design kasut vern yg sekilas seperti tulisan Allah pon netizen tak suka.
Quote epullipan 19-4-2024 09:26 AM
benda bole ignore ignore je la
Quote anilanil 19-4-2024 09:27 AM
Aneem replied at 19-4-2024 08:07 AM
Kalau sekali tgk, nampak mcm salib.
Boleh ke islam pakai sebarang aksesori yg menyerupai bnd2 gitu? ...

Benda ni mcm isu tulisan tapak kasut & stokin yg menyerupai ejaan Allah. Misi tersembunyi. Ada yg bangga pakai necklace berloket ballerina, clover & snowflake. Tengok dari dekat mmg tak nampak mcm cross tapi dari jauh bole mengundang fitnah. Siapa yg design & jadi pengeluar tu lantaklah. Yg muslim ni bijak la ckit dlm urusan membeli.
Quote Kancilkering 19-4-2024 11:08 AM
x yah kecewa lh….

dia kan dlu ex ballerina…mesti lah suka. pattern camni…..

Quote mamajawie 19-4-2024 11:13 AM
logo beg Tory Burch pun macam salib yachh..i ada minat 1 sling bag dia tapi nk beli kang family i merempan plak deyollss
Quote gideoncross 19-4-2024 12:23 PM
rayna_raynes replied at 18-4-2024 05:21 PM
Biasalah org melayu. sedangkan bentuk four leaf clover pun diorang kata salib apatah lagi bentuk T m ...

Mulayu ni cepat triggered with everything yg brlainan, ptutlh Sarah Hildebrand pun x nak stay kat Msia lgi
Quote gideoncross 19-4-2024 12:24 PM
mamajawie replied at 19-4-2024 11:13 AM
logo beg Tory Burch pun macam salib yachh..i ada minat 1 sling bag dia tapi nk beli kang family i me ...

Beg yg mna stu tu uol?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.240208 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top