CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

FAM perlu dirombak semula – KJ

26-4-2024 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5887| Komen: 13

Description: KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) wajib dirombak semula dan pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan bola sepak negara akan terus berkembang pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) wajib dirombak semula dan pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan bola sepak negara akan terus berkembang pada masa akan datang.

Bekas Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata beliau tidak menafikan sumbangan pengurusan sedia ada namun sudah tiba masanya perubahan dibuat dalam pentadbiran badan induk itu.

“Ini pandangan peribadi saya, mungkin sudah tiba masa untuk perubahan. Saya rasa pengurusan sedia ada sudah buat kerja mereka tetapi oleh kerana kita nak melihat untuk lima ke 10 tahun akan datang, sudah tiba masa ada peralihan di FAM.

“Siapa (calon) itu mungkin (kita) boleh pertimbangkan seseorang yang ada pengalaman luar bidang sukan. Saya suka kalau ada seseorang yang ada pengalaman dalam korporat kerana saya rasa dunia korporat ini dia punya komitmen kepada pengurusan dan tatakelola sangat bagus.


“Kalau ada kepimpinan dan pelaksanaan yang baik, saya percaya kita akan dapat lihat peningkatan daripada segi prestasi pasukan kebangsaan,” katanya.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu menolak khabar angin yang mengaitkan dirinya bakal bertanding merebut jawatan Presiden FAM.

“Saya pun tidak tahu perkara ini timbul dari mana dan saya pun tidak terfikir untuk kembali ke FAM. Saya pernah jadi Timbalan Presiden FAM tetapi sekarang saya tidak terfikir untuk kembali ke FAM.

“Mungkin saya tidak ada masa untuk ambil peranan itu, jadi kalau tidak ada masa adalah tidak adil untuk FAM kalau saya cuba nasib dalam pemilihan akan datang. Saya harap ada orang yang tawarkan diri sebagai calon,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 26-4-2024 11:05 PM
Kj kan opportunist person..dia tau selagi x rombak & ada tikus dlm fam tu mmg dia xleh nk perform..baik dia aman2 dgn jd DJ,model suar dlm & podcast tu jeksss..
Mcm dulu menteri sains la..tup2 tetibe nk jd hero jd menteri kesihatan…heol pon tipu vaccine..
Elok la jd budak oxford’s yg xde hala tuju tu…imej nmpk bersih tp busyukkkk…
Quote MeoWRoaR 27-4-2024 12:31 AM
???? mantap
Quote axl_bach 27-4-2024 12:49 AM
Bola Malaysia ni beyond repair dah..... Kalau bebudak akademi JDT yg nk masuk 10 tahun tertubuh tu sekor pun xder lagi yg boleh diharap kemudi skuad national underage, mmg punah lah.....

Gila btol dah operate almost 10 years, still dok kutip player warisan yg xder sense of belonging utk perkuat skuad kebangsaan
Quote Nokiaman 27-4-2024 05:16 AM
30 Tahun waaaa asik dengar ayat rombak rombak rombak nie...hujung hujung sama jugak...sudah sudahlaaa
Quote Thunderclouds 27-4-2024 06:04 AM
Ai.. Xkan dh lupe huru hara time palat ni jd muntri bekcin.
Quote stingergrumpy 27-4-2024 07:14 AM
axl_bach replied at 27-4-2024 12:49 AM
Bola Malaysia ni beyond repair dah..... Kalau bebudak akademi JDT yg nk masuk 10 tahun tertubuh tu s ...

How do you gauge sense of belonging? Kalo nak sebut mengalunkhen  national anthem iteww Dion Cools punya penghayatan lebih baik dari anak anak ko tau....kalo nak sebut hafalan rukun negara silap silap lebuh lancar tuturnya dari minik ko....so?

Quote stingergrumpy 27-4-2024 07:17 AM
Kayvajayjay ni nak jadi rakyat serba tahu serba nak bagi input keww? Bila dapat kuasa...macam see yal......kami akan nyusahkheun hidup mereka yg tak mahu vaksin...key mark ko ler

Kahkahkahkahkah
Quote AverageJoe 27-4-2024 08:11 AM
sokonggg.. tengok prestasi skuad U23 kita pun dah nampak kegagalan FAM
skuad senior boleh main elok sikit pun sebab ramai naturalisasi.
tolonglah contohi Indonesia. skuad U23 diorang sangat well-performed.

management FAM yg elaun & gaji level T20 silalah letak jawatan
apa guna gaji mahal tapi tak capai target & KPI
Quote stingergrumpy 27-4-2024 09:39 AM
AverageJoe replied at 27-4-2024 08:11 AM
sokonggg.. tengok prestasi skuad U23 kita pun dah nampak kegagalan FAM
skuad senior boleh main elok  ...

And I tot bila tiyemjay took over as president of FAM not long ago....kita telah mula mengorak langkah yg betul....tapi apa kan daya ku harapkhen panas akan mula berpanjangan .rupanya hujan ditengahari....yg diharapkhen threw in the towel after a year...



Quote haruslah 27-4-2024 10:07 AM
axl_bach replied at 27-4-2024 12:49 AM
Bola Malaysia ni beyond repair dah..... Kalau bebudak akademi JDT yg nk masuk 10 tahun tertubuh tu s ...

Kalaolu ade 200 budak akademi pun tak ke mana
Sebab takde peluang jadi pemain
Balik2 muka warisan/ player import yg jd striker....
Tumpolll
Serupa x reti main bola bila utk NT

Tp geng2 selatan mana nak percaya
Katanya bagus import ramai utk bersaing
Nak saing mcmana...kalau import x bagus dah tentu kena kick, pastu amik import baru....begitulah seterusnya

Moto geng sana, janji gaji jalan
Quote axl_bach 27-4-2024 02:59 PM
haruslah replied at 27-4-2024 10:07 AM
Kalaolu ade 200 budak akademi pun tak ke mana
Sebab takde peluang jadi pemain
Balik2 muka warisan/ ...

Itulah, x faham aku dgn akademi dorg.... Apa objektif sebenar, x jelas.... Dah dwkat sedekat patutnya bebudak akademi dorg dh penuhi list skuad kebangsaan dah....

Mana pergi star2 bawah umur yg dok kalahkan team2 luar, xkan x besar2 bebudak tu utk diserap masuk skuad underage kebangsaan
Quote me12345 27-4-2024 05:27 PM
Presiden FAM ni drpd zaman dulu org yg sama...mcm xde org lain..PK pun dh bertukar few times, presiden FAM tak jugak turun...
Quote sharlenetexas 27-4-2024 05:28 PM
me12345 replied at 27-4-2024 05:27 PM
Presiden FAM ni drpd zaman dulu org yg sama...mcm xde org lain..PK pun dh bertukar few times, presid ...

Zmn boksit anak beranak dulu tu berpuluh2 tahun.


Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045036 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top