CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Clara Shinta beli kain kafan sendiri hadapi kematian

26-4-2024 10:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5726| Komen: 1

Description: Seorang aktres dan pencipta kandungan TikTok yang telah memeluk agama Islam, Clara Shinta membeli kain kafan sebagai persediaan untuk menghadapi kematiannya, lapor laman berita Tribunnews semalam.


Seorang aktres dan pencipta kandungan TikTok yang telah memeluk agama Islam, Clara Shinta membeli kain kafan sebagai persediaan untuk menghadapi kematiannya, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Clara turut membelikan peralatan untuk memandikan jenazahnya sekiranya dia meninggal dunia walaupun umurnya baru mencecah 28 tahun pada Julai ini.

“Saya ingin mempersiapkan kain kafan sendiri sejak dahulu lagi,” katanya yang berasal dari Medan dan memeluk agama Islam sejak 2017.

Clara berkata, persiapan perlu dilakukan lebih awal kerana kematian itu pasti akan datang.

Gadis berketurunan Batak itu mempunyai akaun TikTok rasmi, @clarashintareal yang kini sudah memiliki jutaan pengikut.

Clara juga dikenal sebagai selebriti TikTok yang cukup aktif menghasilkan kandungan di platform itu. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yoonggi 28-4-2024 01:27 PM
maybe slh satu cara utk mengingatkan diri akan kematian yg pasti. can be a deterrent bila nk buat dosa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.041513 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top