|
Meskipun dihimpit kontroversi ditangkap khalwat bersama suami orang, pelakon Ruhainies dilihat tidak hanya mengurung diri di dalam rumah. Pelakon ini muncul menghadiri pelbagai acara termasuk sambutan rumah terbuka hari raya aidilfitri. Terbaru, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah (NRF) mencuba hobi baru iaitu menjadi seorang vlogger. Dalam satu hantaran di Instagram, pelakon ini merakam dirinya sedang mencuba satu produk penjagaan rambut baru.
Kata Ruhainies, dia masih baru dalam bidang ini dan meminta orang ramai memberi tunjuk ajar jika ada kekurangan. Pelakon ini mengaku untuk video pertama angle kamera terlalu dekat dengan muka dan dia akan menambah baik perkara itu pada masa akan datang. |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.052662 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.