CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru kenal sejam, kanak-kanak terus buat hubungan seks. Berkenalan di media sosial – Polis

15-5-2024 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7024| Komen: 27

Description: SHAH ALAM: Polis mendedahkan hanya dalam tempoh sejam berkenalan, seorang kanak-kanak mudah terpedaya untuk melakukan hubungan seks dengan individu yang baru dikenali mereka secara dalam talian


SHAH ALAM: Polis mendedahkan hanya dalam tempoh sejam berkenalan, seorang kanak-kanak mudah terpedaya untuk melakukan hubungan seks dengan individu yang baru dikenali mereka secara dalam talian.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dalam tempoh itu juga mangsa akan berkongsi lokasi tempat tinggal mereka dengan pemangsa yang seterusnya mendorong kepada jenayah seksual.

“Sejam terus buat hubungan seks, ini berkenalan di media sosial, bagaimana sexual grooming itu cepat berlaku.

“Mangsa tertarik dengan ayat ‘power’ pemangsa yang mengundang atau menyebabkan kanak-kanak itu terpedaya.

“Biasanya membina kepercayaan itu cepat, dengan memberikan janji manis dan keseronokan sehingga jenayah seksual itu mudah berlaku.

“Alat telekomunikasi dan internet memudahkan perkara itu berlaku, berkenalan, ‘chatting’, datang rumah, ada  grab (pengangkutan awam) memudahkan pergerakan untuk mereka berjumpa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di Dewan D’ Cerana Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Program Kesejahteraan Komuniti Tanggungjawab Bersama itu turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Siti Kamsiah menjelaskan, kanak-kanak antara golongan yang begitu mudah menyukai dan terpengaruh dengan media sosial dan mencari isi kandungan di dunia maya itu.

“Apabila mereka memberikan tanda suka (like), ini boleh menarik perhatian orang ramai. Ada juga stigma kanak-kanak boleh pikat seseorang itu, dia menjadi satu kebanggaan..saya tengok kawalan kendiri itu yang kurang,” katanya.

Beliau berkata, dalam usaha menangani kes ini, ibu bapa bukan sahaja mendidik sebaliknya mereka perlu memgawal tingkah laku anak-anak terutamanya dalam penggunaan gajet serta memantau bagaimana anak-anak melayari internet.

“Tidak boleh lari pembelajaran di rumah, selain mendidik, kawalan dan tahu persekitaran risiko anak-anaknya..tidak boleh lagi bergantung kalau ada pergerakan fizikal (di luar) jenayah itu berlaku..jenayah itu bermula di rumah,” katanya.

Pada masa sama beliau mengesahkan  Selangor menjadi penyumbang tertinggi kes jenayah seksual berbanding negeri lain sejak tiga tahun kebelakangan ini yang mana 90 peratus membabitkan warga tempatan.

“Selangor negeri tertinggi dan memang jauh berbeza jumlah kes berbanding negeri lain,  antara faktor populasi penduduknya, berdekatan sempadan negeri lain seperti Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perak.

Jadi, banyak menyebabkan akses kepada Selangor.”Selepas Selangor adalah Johor…semuanya berdasarkan kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi.

Golongan B40 yang berdepan keadaan ekonomi tidak stabil, keciciran pendidikan, keadaan rumah, penceraian,” katanya.

Sumber : Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 15-5-2024 02:57 PM
not all cases are reported....terutama kawasan pendalaman yg hidup kejiranan amat intim....kalau jiran2 tau la anak kena sexual harrassment....selamanya mak pak tak gi masjid atau join rewang orang kampung....malu weiii....so dari malu lebih baik diamkan je hal tu....
Quote airmineral 15-5-2024 04:06 PM
"kanak-kanak" ni umur brp tahun?
Quote sharlenetexas 15-5-2024 04:30 PM
Ko ingat main masak2 ke dik?


Quote _blackbird 15-5-2024 04:56 PM
airmineral replied at 15-5-2024 04:06 PM
"kanak-kanak" ni umur brp tahun?

bawah umur legal lah, 18thn ke bawah
Quote jebatmaspunyer 15-5-2024 05:11 PM
Tak hairan bebudak dah boleh involve dalam aktiviti sexual. Kat Netflix berlambak cerita 18SX. Tak perlu nk masuk website corn dah.
Quote KamikuP 15-5-2024 05:13 PM
Anak polis byk kes ada anak luar nikah
Quote hokeypokey 15-5-2024 06:32 PM
umpan duit jugak kot
Quote green~tea 15-5-2024 06:34 PM
Ingatkan berita dari konoha.... skali puak2 sha' ale

Quote gigahertz 15-5-2024 07:21 PM
Johor sikit masa lagi mengikut Selangor .
sebab di semenanjung 2nd largest Population adalah Johor.
disebabkan Nismilan & Melaka tu kecik...maka semua lari ke Johor.
Quote Mimo.mimo 15-5-2024 07:31 PM
Parents tak educate pasal sex kee. Kanak2 umur 13 tahun kebawah kan. Dah sekolah menengah panggil remaja?
Quote prettygood 15-5-2024 07:31 PM
pokok pangkalnya ibu bapa jugak.
Quote I.K.A888990 15-5-2024 08:46 PM
bila benda semua dihujung jari, tidak dipantau & tidak diajar
Quote allshares 16-5-2024 12:46 AM
airmineral replied at 15-5-2024 04:06 PM
"kanak-kanak" ni umur brp tahun?

I baca somewhere Kalau ikut takrifan kanak2 adalah budak2 yg umo 14thn dan kebawah
Quote achinto 16-5-2024 10:13 AM
Mimo.mimo replied at 15-5-2024 07:31 PM
Parents tak educate pasal sex kee. Kanak2 umur 13 tahun kebawah kan. Dah sekolah menengah panggil re ...

taboo topic kot sis. parents pun tak tau nak educate mcm mana. typical asian parents just sweep under the carpet. ataupun jenis mindset yg "sex education akan menggalakkan anak2 utk ngeseks"
Quote limesherbet 16-5-2024 10:27 AM
Ini lah jadi nya bila parents bagi freedom. Parents sis dulu kongkong tapi masatu sis cemburu tgk remaja lain blh keluar masuk rumah sesuka hati......tapi ku bersyukur, kalau tak mcm tu ntah jadi bohsia ngandung anak luar nikah ke ape
Quote sagiman91 16-5-2024 11:07 AM
Yah Kucai nak gali telaga dgn Mat Pakistan jual karpet.

Yes... Lucu. realiti, kanak2 12 tahun ke bawah tak kenal apa itu Sexual Grooming. Mudah terpedaya. Nak nak yang dari broken family...
Quote mojarean_X 16-5-2024 11:11 AM
limesherbet replied at 16-5-2024 10:27 AM
Ini lah jadi nya bila parents bagi freedom. Parents sis dulu kongkong tapi masatu sis cemburu tgk re ...

Ramai je anak2 yg dikongkong smpi besar...cuma yg sedihnya terlalu dikongkong end up ramai jd socially awkward dan jd andartu
Quote Mimo.mimo 16-5-2024 01:25 PM
achinto replied at 16-5-2024 10:13 AM
taboo topic kot sis. parents pun tak tau nak educate mcm mana. typical asian parents just sweep un ...

Budak2 sekarang tak naif macam zaman dulu kot. Semua di hujung jari. Parents kena kawal semua benda. Kena tunjuk contoh yang baik
Quote limesherbet 16-5-2024 04:50 PM
mojarean_X replied at 16-5-2024 11:11 AM
Ramai je anak2 yg dikongkong smpi besar...cuma yg sedihnya terlalu dikongkong end up ramai jd soci ...

Aihh takkan socially awkward kot. Gi uni bercampur dgn org. Yg andartu tu sbb memilih..harusla memilih

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049718 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top