CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Rutin Harian Saya, Makan, Tidur, Memasak, Kopi, Membeli-Belah” – Intan Najuwa

8-6-2024 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17218| Komen: 208

Description: Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan dia mengambil keputusan untuk memperlahan kerjaya seni atas permintaan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan dia mengambil keputusan untuk memperlahan kerjaya seni atas permintaan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan berkata dia tidak menerima tawaran berlakon tahun ini kerana suaminya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama di rumah.


“Saya tidak akan membuat sebarang penggambaran tahun ini kerana suami meminta saya untuk berehat sekejap.

“Suami sangat manjakan saya dan meminta berehat di rumah sahaja. Nampaknya macam dia suka saya duduk rumah,” katanya.

Sementara itu, Intan berkata fokus utamanya kini kepada perniagaan dan rumah tangganya. Malah, Intan berkata rutin hariannya kini berubah selepas tidak lagi sibuk dengan penggambaran.


“Buat masa ini, saya menumpukan perhatian pada perniagaan dan perkahwinan saya. Saya bekerja tanpa henti ketika masih bujang, kini bersyukur akhirnya berpeluang untuk berehat serta menghargai setiap saat bersama suami dan keluarga.

“Rutin harian saya kini hanya tidur, memasak, makan, melakukan Pilates, minum kopi dan membeli-belah. Hidup yang sangat produktif,” tulisnya.

SUMBER: Kosmo/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 8-6-2024 02:13 PM
“Rutin harian saya kini hanya tidur, memasak, makan, melakukan Pilates, minum kopi dan membeli-belah. Hidup yang sangat produktif,” tulisnya.


Minah ni paham ke produktif tu hape?
Quote kerani_je 8-6-2024 02:43 PM
So ko abis tak belajar law dulu? Orang lain belajar 3, 4 tahun..Ko mcm x nmpk sgt belajar nye pun..Ni mkn, tido,  shopping je lagi la tak nmpk belajar..Dulu masa before kawin asyik shooting..post blajar pun sekeping dua je..Ke gebang je konon belajar law kat oversea tu..Setakat gmbar sekeping dua pegang buku n laptop..
Quote irvene 8-6-2024 02:45 PM
satu lagi ko tertinggal keding. study!
Quote bottombikini 8-6-2024 03:17 PM
kerani_je replied at 8-6-2024 02:43 PM
So ko abis tak belajar law dulu? Orang lain belajar 3, 4 tahun..Ko mcm x nmpk sgt belajar nye pun..N ...

itu sekadar impress tollowers dia jerrr...
yg tollowers punnnn
Quote jejaka_hensem 8-6-2024 03:28 PM
Berlainan pula dgn sorang cik puan tu yg kena bekerja
Quote katak hijau 8-6-2024 03:32 PM
kerani_je replied at 8-6-2024 02:43 PM
So ko abis tak belajar law dulu? Orang lain belajar 3, 4 tahun..Ko mcm x nmpk sgt belajar nye pun..N ...

Aku pnah tanya dlm ni sblm ni soalan tu. Tp aku pulak kena balik dgn forumers dlm ni. Dikata jgn dengki hidup org, intan aman2 ke masih study n dah nak habis katanya. Entahlah
Quote rosevelvet 8-6-2024 03:52 PM
Sejak kawen, asik post psl terpaling taitai terpaling kelas belakang
Quote viva_gerl 8-6-2024 03:59 PM
Apa gossipnya ni? She's forever showing off her perfect life errkkkk NEXTTTT
Quote tulip-rain-2 8-6-2024 04:11 PM
Terpaling dimanjakan.
Terpaling minum kopi jumpa jodoh.
Quote primarikey 8-6-2024 04:18 PM
Dia ni berniaga ape
Quote cempakaa 8-6-2024 04:22 PM
primarikey replied at 8-6-2024 04:18 PM
Dia ni berniaga ape

Hair products
Quote primarikey 8-6-2024 04:25 PM
cempakaa replied at 8-6-2024 04:22 PM
Hair products

Oooo patut la rambut dia cantik kepuk2
Quote Hoola 8-6-2024 04:39 PM
aceceh aceceh wat a happiest loife kannnnnn
lady in leisure
so foto dlm kereta tu dia flex cap brand apa tak?

#lifeofamakdatin
Quote sharlenetexas 8-6-2024 04:45 PM
Dah habis foundation ke? Takde kuliah ke?


Quote hokeypokey 8-6-2024 05:52 PM
cerita pasal dia hampir sama jer semua..
Quote bedahmenjuyah 8-6-2024 06:04 PM
Kuda lupa nak sebut ke tintan?
Quote menjad 8-6-2024 06:16 PM
Aik dah tak sambung study ker dik non... Kuikui. Dapat rembat laki kayo lupa sudehhhh ngan cita2.

Choiiiiii lah kau nih
Quote _kelly 8-6-2024 06:51 PM
jaga2 dik, kang jadi masalah takde benda nak show off pulak kot
Quote oggy 8-6-2024 06:54 PM
Tak happening pun nak show off. Relax2 sikit macam Tiqah tu boleh tak

Lihat semua komen(208)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.066404 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top