ROMPIN – Dua orang maut selepas sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Bahau-Keratong, di sini hari ini. Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi itu, bas ekspres berkenaan membawa guru Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menyertai rombongan penanda aras. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, setakat ini dua mangsa disahkan meninggal dunia. “Saya tidak dapat memberikan maklumat lanjut tetapi ia melibatkan 30 hingga 40 orang yang mana bas telah terbalik dan jatuh ke lereng bukit. “Setakat ini dua orang disahkan meninggal dunia dan mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah,”katanya di sini hari ini. Sementara itu menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seramai 33 anggota dan tiga pegawai bomba bersama lima jentera bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, pihak bomba mengeluarkan semua mangsa di dalam bas yang terjunam ke dalam cerun. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Dovahkiin replied at 9-6-2024 03:17 PM
Lawatan penanda aras ni semua menipu je. Lebih kepada nak berjalan. Contoh melawat sk kuala perlis, ...
imransulaiman replied at 9-6-2024 05:48 PM
Salah seorang mangsa berumur 60 tahun. Tak sempat pencen. Mungkin tarikh lahir belum sampai lagi...

cmf_jeangrey replied at 9-6-2024 11:39 PM
Yg decide destinasi tu sekolah ke? Semua perbelanjaan guna fund yg kerajaan bagi ke? Serious nak t ...

zehra2 replied at 10-6-2024 07:42 AM
ya paksa wajib pergi kalo nama naik. skolh kami ada buat lawatan ke smk(c) kat kedah.
pergi 2 bas nk ...
ADVERTISEMENT