CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Terpegun Lihat Penampilan Terbaru Puteri Sarah Liyana, ‘Glow Up’ Selepas Perpisahan -”MasyaAllah Cantik Sangat”

10-6-2024 08:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5513| Komen: 30

Description: Sejak kembali solo, kelibat aktres Puteri Sarah Liyana sentiasa menjadi tumpuan terutamanya pengikutnya di media sosial kerana mahu melihat kehidupannya sekarang.


Sejak kembali solo, kelibat aktres Puteri Sarah Liyana sentiasa menjadi tumpuan terutamanya pengikutnya di media sosial kerana mahu melihat kehidupannya sekarang.

Terbaru, foto dimuat naik oleh Sarah semalam ketika menghadiri majlis ulang tahun perkahwinan rakan baiknya, Janna Nick meraih perhatian ramai di platform Instagram.

Menerusi hantaran di Instagram, ramai terpegun melihat ‘glow up’ ibu kepada dua cahaya mata itu selepas perpisahannya.

Hantaran dikongsikan Sarah memaparkan dirinya anggun bergaya dengan gaun serba hitam dan badannya yang langsing juga turut mencuri tumpuan.

Ramai pengikutnya memuji wajah Sarah yang berseri-seri dan ada yang berpendapat senyumannya cukup membuktikan kegembiraan yang dirasainya kini. Rata-ratanya terpesona dengan penampilan terbaru Sarah sejak tidak lagi bersama bekas suami.

Sarah turut berkongsi gambarnya bersama rakan-rakan aktres iaitu Diana Daniella, Aprena Manrose dan Nadia Brian menerusi satu hantaran lain di Instagram.



Kecantikan solekan Sarah juga turut menerima pujian ramai termasuklah rakan selebriti yang berkata mekap tersebut menyerlahkan lagi keanggunan ibu kepada Syaikhul dan Sumayyah itu.


Ada yang berkata Sarah tetap menyerlah cantik meskipun bertudung dan beberapa individu sempat mendoakan agar aktres tersebut berjumpa dengan lelaki yang lebih menghargainya di masa akan datang.

"MasyaAllah cantiknya dia bagai bidadari. Semoga hadir seseorang yang lebih menghargai."


SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 10-6-2024 09:05 PM
masyaAllah cantiknya Tiz Zaqyah
Quote putericahaya999 10-6-2024 09:05 PM
Lawanya diaaaa
Quote lilac85 10-6-2024 11:40 PM
Cantik make up ko sarah
Quote HappyGumbira 10-6-2024 11:47 PM
Makeup sheols cantik ye yg masa ni. Bkenan
Quote anony-mous 11-6-2024 12:07 AM
Sesuai sgt mekap ni dgn dia
Quote Tunakimchi 11-6-2024 12:34 AM
Mekap cantek
Quote LipasComel 11-6-2024 08:14 AM
makeup ngan warna baju main peranan gak kot. nmpk dia muda dari usia.
Quote jlo 11-6-2024 08:20 AM
mmg lawa... mekap pun nice je
Quote ibu_haritz 11-6-2024 08:22 AM
Cantikkk..berkenan dgn style make up mcm ni
Quote pinkpunk 11-6-2024 10:21 AM
sarah xyahlah sibuk nk tulis indon. tulis jelah melayu
Quote makadek 11-6-2024 10:23 AM
Memakcik vibes tk de la classy mana pn.. Jgn saman...
Quote makadek 11-6-2024 10:24 AM
Pehal nk jd yindog.... Mcm bbnu
Quote chikumanis 11-6-2024 11:12 AM
dak duduk indon ke dia? ke baru berkawan dengan indon tak sampai setahun, dah pandai tukar bahasa? hahahaaa..me tanya je
Quote alesandra 11-6-2024 12:39 PM
Cantik sgt??? buta ke apa?
Quote Kurex 11-6-2024 12:44 PM
cantik apa acik2 porem oiiiiii kan ke tu filter.. tapi iols suka dress dia yg sedikit kekampungan tu
Quote nisako 11-6-2024 01:17 PM
cantik make up dia
Quote Sazreena 11-6-2024 01:35 PM
Okeh...kalau syantik iols takan nafikan walauphonnn gue gak ngefans loe. Gambar ko kat tetengah tu ada sket cam tikah menantu jeton. Bertiang nok terpelanting rohingya rempit ppr naik motor kriss pepetang samdol.
Quote adeqbun 11-6-2024 03:42 PM
mekap dan baju die cantik..
Quote hokeypokey 11-6-2024 04:08 PM
kalau freehair lagi cantik

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046455 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top