CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyasaran subsidi, dasar sudah dipersetujui sejak 25 tahun dulu - PMX

11-6-2024 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6179| Komen: 3

Description: Putrajaya: Penyasaran subsidi negara yang dilaksana kerajaan ketika ini sebenarnya dasar yang sudah dibincang dan dipersetujui sejak 25 tahun dulu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Putrajaya: Penyasaran subsidi negara yang dilaksana kerajaan ketika ini sebenarnya dasar yang sudah dibincang dan dipersetujui sejak 25 tahun dulu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menjelaskan, langkah ini bagaimanapun tidak dilaksana kerana pimpinan waktu itu lebih memikirkan soal survival politik, disamping penyasaran subsidi ini sendiri tak mudah dijayakan.

"Dasar (penyasaran subsidi) baik. Semua Perdana Menteri dari dulu setuju mesti ada penyasaran subsidi. Perkara ini dibincangkan semasa saya jadi Menteri Kewangan dulu.

"Lebih 25 tahun yang lalu sudah dibincangkan perlunya penyasaran subsidi, tapi tak upaya dilakukan kerana tak mudah. Biasanya Pemimpin politik ini dia fikir kesan kepada pimpinan.

 "Apa pun kalau tarik subsidi atau naikkan cukai memang membebankan. Itu pandangan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

 Turut sama hadir, Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan yakin langkah diputuskan ini baik, khususnya untuk memastikan subsidi negara hanya diberi kepada mereka yang layak.

"Dalam pertimbangan kita (kerajaan), kita sudah buat keputusan yang baik iaitu sementara kita harus bantu rakyat majoriti, kita tak seharusnya beri subsidi kepada golongan maha kaya, industri besar dan orang asing.

"Bukan diskriminasi kepada orang asing kerana orang asing tak bayar cukai, cukai levi yang sangat kecil.

"Kita teliti dan dalam Jemaah Menteri pun hampir setiap minggu mendapat liputan dan perkembangan untuk pastikan pelaksanaan (penyasaran subsidi) itu berkesan," katanya.

Anwar berkata, beliau menerima segala kritikan serta kecaman atas keputusan dibuat kerajaan dalam menyusun semula agihan subsidi negara.

"Selain parti dalam Kerajaan Perpaduan, setakat ini nampak kenyataan dari pimpinan Pas agak lunak, tidak menentang hanya memantau, tiada masalah kerana pembangkang harus pantau pelaksanaan dan kita juga harus pantau.

"Oleh itu, kita harus faham bahawa langkah sebaiknya ialah memberi bantuan kepada yang berhak. Tanggungjawab pertama kita adalah kepada warganegara kita," katanya.

Sejak semalam, media sosial dipenuhi dengan kritikan oleh netizen yang mengeluh dengan keputusan kerajaan mengapungkan harga diesel.

Langkah penyasaran terbaru itu dibuat selepas kerajaan sebelum ini juga membuat penyasaran ke atas tarif elektrik, selain subsidi kepada ayam berjumlah RM120 juta sebulan atau RM1.2 bilion setahun dimansuhkan.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 11-6-2024 11:27 AM
i see. jadi formula2 sebelum jd kerajaan tu tak fangsyen lah pun kan sbb ikut dasar 25 tahun dulu jugek ahahaha.
Quote ctaz 11-6-2024 12:23 PM
HAHAHAHA...MUDAH BETUL MADANON NAK LEPAS DIRI....
SALAHKAN AJER PM2 TERDAHULU...


DASAR KAKI KENCING
Quote jebatmaspunyer 11-6-2024 12:24 PM
Bagi aku golongan kaya y pegang status warganegara Malaysia kena include jugak sebagai penerima subsidi sbb golongan ni byk jugak bagi sumbangan cukai. Aku hairan kenapa tak canggihkan MyKad supaya boleh bagi subsidi bersasar. Link kan MyKad dengan data LHDN. Tujuan subsidi ni kan nak elak warga asing guna subsidi rakyat malaysia. Pembelian minyak masak dan segala benda y berkaitan patut kena ada MyKad. Invest sket utk security MyKad. Hapuskan sindiket buat MyKad secara haram. Buat taskforce utk bantu golongan berusia atau pedalaman update data di LHDN.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.038999 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top